Pernah tak korang rasai pengalaman bercuti di rumah orang asing yang baru sahaja korang kenal? Rasanya, kalau diikutkan, memang jarang dibuat orang, lebih lagi kalau kenalan baru kita itu belum rapat atau sampai tahap ‘kawan’.
Menerusi filem ‘Speak No Evil’ yang diadaptasi dari filem Denmark ini pada awalnya mencetus kebimbangan penonton filem kerana dikatakan versi baru atau versi Amerika ini akan merosakkan kualiti asal filem tersebut.
Namun, pengarah dan penulis, James Watkins mengambil cabaran dengan pembuatan semula filem Denmark bergenre seram psiko dengan judul yang sama arahan Christian Tafdrup tetap berjaya menarik hati penonton.
‘Speak No Evil’ mengisahkan tentang percutian sepasang suami (Ben) isteri (Louise) bersama anak perempuan (Agnes) mereka semasa di Itali yang bertemu dengan satu pasangan lain (Paddy & Ciara) yang mempunyai anak lelaki (Ant).
Selepas meluangkan masa beberapa kali di Itali dan pulang ke rumah, keluarga Ben dijemput oleh Paddy untuk bercuti selama hujung minggu dan tinggal di rumah mereka yang terletak jauh dari kawasan bandar.
Situasi yang pada awalnya harmoni bertukar menjadi janggal dan berbahaya selepas satu per satu perkara berlaku selepas keluarga Ben mengambil keputusan untuk pulang ke rumah mereka di bandar tanpa memberitahu atau meminta izin keluarga Paddy sehingga mereka terpaksa berpatah semula ke rumah Paddy semata-mata untuk mengambil patung kesayangan Agnes.
Menarik mengenai filem ‘Speak No Evil’ versi 2024 ini juga adalah pembuatan semula filem ini lebih meluas jika dibandingkan dengan filem asal dari Denmark yang lebih menakutkan. Melalui versi tahun 2024, penonton juga dapat melihat bagaimana tema baru diterapkan seperti penyalahgunaan berlaku, dinamik perkahwinan yang kompleks, dan perbezaan hak lelaki kulit putih.
Kalau nak tahu, filem ‘Speak No Evil’ sudah pun ditayangkan di pawagam sejak 12 September lalu tau! Bagi peminat filem seram psiko memang patut tonton cerita ini sebab ia penuh ketegangan dan pasti akan menguji emosi anda!
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.