Datuk Seri Ismail Sabri (Gambar hiasan). Sumnber: Bernama

Hari ini kes positif Covid-19 menjangkau angka 20’939 orang, menyaksikan peningkatan konsisten sejak cuti panjang Tahun Baharu Cina yang lalu. Walaupun kes positif dilihat meningkat naik namun kerajaan tidak berhasrat untuk melakukan sebarang sekatan sempadan negeri atau daerah, termasuklah ketika musim perayaan Aidlifitri nanti.

Perkara ini telah dijamin oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri apabila ditanya oleh media mengenai perkara ini sewaktu ditemui ketika menghadiri program Ramah Mesra bersama Jentera Barisan Nasional (BN) Parlimen Ledang yang diadakan secara tertutup di Dewan Putra, Padang Lerek.

““Kita sudah tahu betapa sukarnya kehidupan rakyat apabila PKP dilaksanakan yang mana kerajaan sudah membuka semuanya dan membenarkan rakyat kembali berniaga dan sebagainya. Begitu juga dengan pergerakan merentas negeri kerana kita tidak akan menyekat lagi pergerakan, cuma pintu sempadan negara sahaja belum dibuka lagi disebabkan kes yang tinggi di luar negara.

“Sesetengah negara juga masih menutup pintu sempadan mereka, tetapi dalam negara kerajaan sudah benarkan sepenuhnya untuk merentas termasuk balik raya (Aidilfitri) nanti. Cuma kita sendiri kena tahu mengawal supaya kes tidak terus merebak,” ujarnya.

Ads
Perdana Menteri Jamin Tiada “Lockdown” Aidilfitri Nanti, Hanya Laksana Sekatan Bersasar Bergantung Jumlah Jangkitan
Kredit foto: RODNAE Productions from pexels

Walaupun memberi jaminan bahawa sekatan sempadan negeri tidak akan dilakukan, Perdana Menteri menyatakan jika sesuatu kawasan mencatat peningkatan yang ketara, sekatan hanya akan dilakukan di bahagian itu sahaja dan bukannya berdasarkan daerah.

Jelas beliau, “Kita tidak lagi mahu menjejaskan ekonomi negara meskipun semua menyedari kita terpaksa hidup dengan virus COVID-19 ini. Namun saya tidak akan menyekat pergerakan rakyat untuk rentas daerah atau negeri yang mana sebagai contoh, jika jangkitan kes di Kampung Rawang, di Tangkak ini mencatatkan kes tinggi, sekatan hanya akan dilakukan di kawasan kampung dan bukan keseluruhan daerah Tangkak.”

Ads

Sama-samalah kita menjaga penjarakan sosial dan berwaspada sentiasa jika berada di kawasan terbuka. Pastikan anda sentiasalah mencuci tangan dan pastikan anda tidak melakukan sentuhan terus bagi mengelak berlakunya penyebaran virus Covid-19.

Ads

+++ Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Sumber: Astro Awani

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI