Perkara yang dinantikan oleh masyarakat Malaysia nampaknya kian berakhir kerana vaksin COVID-19 jenis Pfizer-BioNTech dijadualkan tiba di negara kita pada Ahad ini. Oleh yang demikian, pelaksanaan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan akan mula dilancarkan secara berfasa mulai 26 Februari 2021.
Menurut BERNAMA, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin akan menerima suntikan vaksin tersebut pada hari pelaksanaan program imunisasi itu bersama-sama petugas barisan hadapan. Fasa pertama dijadualkan berlangsung sehingga April dan diikuti fasa kedua bermula April sehingga Ogos yang melibatkan kumpulan berisiko tinggi.
Manakala, fasa ketiga akan melibatkan golongan dewasa berumur 18 tahun ke atas bermula Mei tahun ini hingga Februari 2022.
Program imunisasi menyeluruh ini adalah untuk memastikan imuniti kelompok dapat dibentuk di dalam komuniti agar dapat memutuskan rantaian penularan jangkitan COVID-19, sekali gus diharap dapat menamatkan situasi pandemik ini.
Tan Sri Muhyiddin Yassin juga menjelaskan bahawa vaksin amat penting untuk bukan sahaja melindungi diri sendiri, tetapi juga orang tersayang iaitu ahli keluarga, rakan sekerja, jiran sekeliling dan seluruh komuniti.
Perdana Menteri juga berkata apabila semua orang telah dilindungi dan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan ini berjaya dilaksanakan, ia akan memberikan impak positif dan membolehkan sektor ekonomi serta pelancongan dibuka semula.
Aamiin..
Sama-samalah kita terus berdoa agar vaksin ini berjaya membendung penularan virus pandemic COVID-19. Rindu rasanya nak hidup seperti dahulu tanpa perlu risau akan virus berjangkit ini. Kami juga percaya ramai diantara kita yang sudah merindui aktiviti melancong ke luar negara kan?
Sumber: BERNAMA
Pelajar Asasi Sains Panjat & Tidur Atas Pokok Demi Jawab Exam Online
Kesan pandemic COVID-19 tidak hanya menjejaskan mereka di alam pekerjaan tetapi juga kalangan pelajar universiti apabila kelas diadakan secara online.
Jika tinggal di kawasan bandar, liputan pasti tiada masalah tetapi cabaran mendapatkan capaian internet ini pasti susah buat mereka yang tinggal jauh dan susah mendapat liputan.
Namun tiada yang mustahil asal ingin berusaha seperti dibuktikan oleh seorang pelajar asasi sains Vebeonah Mosibin, 18 yang perlu memanjat dan tidur di atas pokok semata-mata untuk mendapat liputan internet untuk menjawap exam onlinenya.
Laporan Sinar Harian, masalah liputan jalur lebar yang terhad tidak mematahkan semangat seorang pelajar Insititut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) berasal dari Kampung Sapatalang, Pitas, Sabah yang sanggup tidur di atas pokok semata-mata untuk menjalani peperiksaan secara dalam talian.
Veveonah Mosibin, 18, pelajar jurusan Asasi Sains memuat naik video pengalaman dilaluinya menerusi saluran YouTube miliknya dengan tajuk 24 Hours On Tree | Challenge (Cabaran 24 jam atas pokok).
Video berdurasi 11 minit 21 saat itu memaparkan Veveonah terpaksa memanjat pokok untuk mendapatkan capaian internet yang 'kuat' sepanjang peperiksaan (dalam talian) berlangsung pada 9 Jun lalu.
Dalam video tersebut, pelajar itu mendedahkan, dia terfikir untuk melakukan cabaran itu setelah sebuah pondok yang dibina di atas bukit bagi tujuan persediaan menghadapi peperiksaan rosak dipercayai akibat cuaca buruk.
"Sebelum ini saya telah bina pondok sebagai seperti video yang saya muat naik sebelum ini namun pagi ini (9 Jun), saya lihat ia telah rosak kerana saya sudah lama tidak datang, sudah berminggu-minggu kerana banyak kerja. Kerja di ladang, menoreh getah dan tolong ibu bapa.
Pondok yang dibina atas bukit oleh Veveonah sebagai persediaan menjawab peperiksaan rosak akibat ribut menyebabkan pelajar itu terpaksa memanjat pokok.
"Jadi saya tidak tahu keadaan pondok itu. Bila saya datang rupanya sudah rosak," katanya dalam video tersebut.
Berbekalkan kelambu, telefon bimbit, pengecas mudah alih (power bank), sebotol air dan beberapa bungkus nasi serta peralatan untuk menjawab peperiksaan, Veveonah berada di atas pokok tersebut dalam tempoh 24 jam dari jam 7.30 pagi.
Pelajar itu mengambil peperiksaan bagi subjek Kimia sebelah pagi dan subjek Pengajian Malaysia pada sebelah petang.
Ketika berada di atas pokok itu, Veveonah juga terpaksa berdepan detik cemas apabila seekor tebuan tanah bersaiz besar tersesat masuk ke dalam kelambunya.
Veveonah berada dalam kelambu atas pokok pada waktu malam dengan berbekalkan lampu telefon bimbit.
"Agaknya tebuan ini tersesat. Ni kalau menggigit ni, memang sakit," kata Veveonah yang membuka kelambu bagi menghalau serangga itu keluar.
Selesai menduduki peperiksaan pada sebelah petang, Veveonah tidak pulang sebaliknya kekal berada di atas pokok untuk tidur dan pulang keesokan paginya.
Pelajar ini mula aktif sebagai 'YouTuber' sejak April lalu dan terdapat empat lagi video lain yang dimuat naik sejak sebulan lalu yang memaparkan perkongsian teknik cara hidup tradisional.
Pen Paling Rare, Souvenir Dari Jepun Ni Ada Parasit Hidup
Bila ada rakan-rakan yang pergi travel, perkara paling excited yang kita tunggu-tunggu adalah menanti mereka membawa pulang ole-ole dari luar negara. Tapi sebelum Covid-19 melanda la, sekarang bercuti di rumah je…hehe
Tapi kali ni penulis nak bercerita tentang negara matahari terbit iaitu Jepun. Sebagimana kita tahu, orang-orang Jepun ni memang krstif dan advance dari kita dari segi pemikiran dorang.
Baru-baru ini, sebatang pen yang direka khas mempunyai cacing hidup menjadi tular dalam media sosial di Jepun. Kalau kita cukup geli dengan cacing, menurut Oddity Central, cenderamata dari Jepun dikatakan mengandungi parasit nematoda iaitu sejenis cacing daripada Genus Anisakis.
醤油にわさびを混ぜると下品という言説が流れてきた。何を混ぜたら上品なのか?という問いに対し、アニサキスという結論に達した(違) pic.twitter.com/zjNmKhlfNv
— 神戸大学大学院 保健学研究科 寄生虫学 (@kobe_para) April 6, 2021
Jelas laporan itu, beberapa gambar pen unik itu turut tular dalam laman media sosial negara itu sehingga menerima pelbagai reaksi.
Berdasarkan beberapa pengguna di laman Twitter, seorang usahawan dari Wilayah Kochi mencetuskan idea untuk menghasilkan pen yang unik itu.
“Pen yang mengandungi nematoda boleh dianggap sebagai cenderamata yang menarik untuk dijual,” jelas laporan itu.
いっぱい入ってます… pic.twitter.com/S2xk0Qm3Q0
— 多田水産🐟 (@tada2547) April 4, 2021
Menurut seorang pembeli, pen yang mengandungi nematoda dijual pada harga 950 yen (RM35).
Jelasnya, parasit di dalam pen itu kekal aktif selama empat hingga lima hari dan kemudian tahapnya menurun dan akhirnya mati.
Bukan sekadar menunggu cenderamata, tapi ramai juga yang teruja bila kawan-kawan belikan makanan yang sedap-sedap dari negara luar. Mana tidaknya, bila kita ke negara lain, sudah tentu banyak perkara yang berbeza dan tidak ada di negara sendiri, terutamanya makanan.
Sumber : Oddity Central, @tada2547, @kobe_para
Kontroversi Pemakaian Tudung Corak “DREAMCATCHER” Menyerupai Kepercayaan Red Indian, Apa Kata Mufti Wilayah?
Sehari dua ini kecoh tentang isu tudung bercorak dreamcatcher yang banyak terjual pada tudung. Corak dreamcatcher ini merupakan lambang kepercayaan Red Indian atau golongan Orang Asli Amerika. Apa yang korang perlu tahu tentang dreamcatcher ini? Dreamcatcher atau penangkap mimpi adalah merupakan satu alat yang menjadi kepercayaan penduduk pribumi. Terdapat pelbagai mitos mengenai asal usul dreamcatcher.
Disebabkan terlalu banyak lambakan tudung, material, jenis kain dan sebagainya, ada ketikanya kita terlepas melihat corak pada tudung yang dianggap biasa pada pandangan mata tetapi Rasulullah telah melarang pakaian yang menyerupai golongan ini seperti disebut hadis “Barangsiapa yang menyerupai sesuatu kaum dia adalah dari kalangan mereka.” (HR Abu Daud, no. 4031).
Boleh ke kita pakai tudung corak sebegini? Apa kata Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri mengenai corak tudung ini.
Soalan : Apakah hukum memakai tudung bercorak dreamcatcher sedangkan terdapat pihak yang mendakwa corak tersebut mempunyai unsur-unsur agama lain?
Jawapan:
Sebelum menjawab persoalan di atas, perlu diketahui terlebih dahulu apa yang dimaksudkan dengan dreamcatcher. Dreamcatcher atau penangkap mimpi adalah merupakan satu alat yang menjadi kepercayaan penduduk pribumi Amerika (Indian). Terdapat pelbagai mitos mengenai asal usul dreamcatcher.
Sebuah dreamcatcher terbuat daripada satu simpulan kayu berbentuk lingkaran yang di dalamnya terdapat jaring anyaman dengan lubang di tengahnya. Di bahagian bawah lingkaran kayu itu terdapat dua atau lebih bulu yang tergantung-gantung. Orang asli Amerika percaya bahawa udara pada malam hari dipenuhi dengan mimpi-mimpi sama ada mimpi baik atau mimpi buruk. Justeru, mereka menggantungkan dreamcatcher di atas tubuh seseorang yang tidur untuk melindunginya daripada mimpi buruk.
Walau bagaimanapun, pada tahun 1960-an dan 1970-an, dreamcatcher diterimapakai dalam Pergerakan Pan-India sebagai simbol perpaduan antara pelbagai budaya puak asli Amerika, atau simbol identifikasi umum dengan budaya orang asli Amerika. Kemudian, nama dreamcatcher telah mula diterbitkan oleh media arus perdana pada tahun 1970-an dan seterusnya menjadi popular sebagai barangan kraf asli pada tahun 1980-an. Akhirnya pada awal tahun 1990-an ia menjadi barangan yang sangat popular dan berpasaran tinggi.
Berdasarkan penerangan ringkas di atas, dapat difahami bahawa dreamcatcher pada asalnya merupakan satu alat yang menjadi kepercayaan kuno penduduk asli Amerika. Namun begitu, kepercayaan ini boleh disifatkan hampir luput pada masa kini dan telah bertukar menjadi barangan kraf yang dibuat untuk tujuan komersial.
Larangan menyerupaikan pakaian orang kafir
Kita dilarang oleh Rasulullah SAW menyerupai golongan kafir dalam hal yang merupakan identiti atau lambang atau syiar agama mereka. Sabda Rasulullah SAW:
“Barangsiapa yang menyerupai sesuatu kaum dia adalah dari kalangan mereka.” (HR Abu Daud, no. 4031)
Berdasarkan penelitian para ulama terhadap nas-nas al-Qur’an dan al-Sunnah, salah satu bentuk penyerupaan dengan orang kafir yang dilarang ke atas umat Islam adalah pada pakaian.
Menurut sebahagian pendapat dalam Mazhab Hanafi, Maliki dan jumhur Mazhab Syafie, menyerupai pakaian yang menjadi syiar orang kafir dihukumkan kafir. Kerana itu, sesiapa yang memakai topi orang Yahudi dengan sengaja maka ia kufur kecuali jika dipaksa atau memakainya sekadar untuk berlindung daripada kepanasan. Begitu juga orang yang memakai pakaian khas paderi Kristian, ia dihukumkan kafir kecuali jika memakainya sebagai helah dalam peperangan, maka ia tidak dihukumkan kafir. (Al-Fatawa al-Hindiyyah: 2/276; Jawahir al-Iklil: 2/278; Tuhfah al-Muhtaj: 9/91)
Walaubagaimanapun, sesetengah ulama Mazhab Hanafi, Maliki dan Syafie pula mengatakan, sesiapa yang mengenakan pakaian khas orang kafir, tidak jatuh kafir kecuali jika ia beriktikad dengan iktikad kufur tersebut. Sebagaimana kata al-Imam Abu Hanifah, “Seseorang tidak keluar daripada iman kecuali daripada pintu yang ia masuki, maka masuk ia ke dalam Islam menerusi perakuan dan pembenaran, sedangkan kedua-duanya masih kekal.” (Al-Fatawa al-Bazzaziyyah: 6/332)
Mazhab Hanbali pula mengatakan haram memakai pakaian bukan Islam yang merupakan syiar agama mereka. Kata al-Buhuti, “Jika seorang muslim memakai pakaian yang menjadi syiar ahli zimmah (kafir yang tunduk di bawah kerajaan Islam), atau menggantung salib pada dadanya, hukumnya haram, namun ia tidak kafir dengan demikian, tetapi berdosa seperti kemaksiatan yang lain.” (Kasysyaf al-Qina’: 3/128)
Pandangan ini juga sama dengan apa yang diutarakan oleh al-Nawawi yang mengatakan, seseorang yang memakai pakaian khas paderi Kristian ia tidak kafir kecuali jika disertai dengan niat (mengikuti iktikad mereka). (Raudah al-Talibin: 10/69)
Berdasarkan perbahasan ulama berkaitan tasyabbuh dan fakta mengenai dreamcatcher di atas, dapat disimpulkan penggunaan corak yang bermotifkan dreamcatcher adalah seperti berikut:
- Pemakaian tudung yang terdapat padanya motif dreamcatcher tidak sampai ke tahap menyerupai agama lain, ini kerana ia tidak pernah menjadi pakaian khas yang merujuk kepada syiar mana-mana agama lain seperti pemakaian salib dan seumpamanya;
- Motif dreamcatcher adalah merujuk kepada alat yang menjadi mitos kepada golongan asli Amerika dengan kepercayaan tertentu. Namun demikian, pada masa kini ia lebih kepada barangan kraf yang dijual sebagai alat perhiasan. Justeru, meniru corak alat tersebut tanpa mempunyai apa-apa iktikad tertentu di sebaliknya adalah harus;
- Dalam hal isu ini dimanipulasikan dengan mengaitkannya kepada kepercayaan asal alat tersebut, maka dinasihatkan agar umat Islam lebih berhati-hati. Ini bagi mengelakkan timbul fitnah ke atas orang yang menjual dan memakainya. Oleh itu, memilih alternatif lain yang tidak mengandungi apa-apa kontroversi adalah lebih baik dan lebih selamat.
Wallahu a’lam.