Perdana Menteri & Petugas Barisan Hadapan Terima Suntikan Vaksin Ahad Ini

Share

Perkara yang dinantikan oleh masyarakat Malaysia nampaknya kian berakhir kerana vaksin COVID-19 jenis Pfizer-BioNTech dijadualkan tiba di negara kita pada Ahad ini. Oleh yang demikian, pelaksanaan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan akan mula dilancarkan secara berfasa mulai 26 Februari 2021.

Foto: Sinar Harian

Menurut BERNAMA, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin akan menerima suntikan vaksin tersebut pada hari pelaksanaan program imunisasi itu bersama-sama petugas barisan hadapan. Fasa pertama dijadualkan berlangsung sehingga April dan diikuti fasa kedua bermula April sehingga Ogos yang melibatkan kumpulan berisiko tinggi.

Foto: themalaysianreserve.com

Manakala, fasa ketiga akan melibatkan golongan dewasa berumur 18 tahun ke atas bermula Mei tahun ini hingga Februari 2022.

Program imunisasi menyeluruh ini adalah untuk memastikan imuniti kelompok dapat dibentuk di dalam komuniti agar dapat memutuskan rantaian penularan jangkitan COVID-19, sekali gus diharap dapat menamatkan situasi pandemik ini.

Tan Sri Muhyiddin Yassin juga menjelaskan bahawa vaksin amat penting untuk bukan sahaja melindungi diri sendiri, tetapi juga orang tersayang iaitu ahli keluarga, rakan sekerja, jiran sekeliling dan seluruh komuniti.

Gambar hiasan

Perdana Menteri juga berkata apabila semua orang telah dilindungi dan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan ini berjaya dilaksanakan, ia akan memberikan impak positif dan membolehkan sektor ekonomi serta pelancongan dibuka semula.

Aamiin..

Sama-samalah kita terus berdoa agar vaksin ini berjaya membendung penularan virus pandemic COVID-19. Rindu rasanya nak hidup seperti dahulu tanpa perlu risau akan virus berjangkit ini. Kami juga percaya ramai diantara kita yang sudah merindui aktiviti melancong ke luar negara kan?

Sumber: BERNAMA

Published by
Noor Ain Norman