Tiada apa yang mustahil dalam dunia fesyen, dan nampaknya pereka fesyen kelahiran Johor ini menjadikan beg plastik biskut sebagai satu rekaan dengan sentuhan baru lagi trendy dan vintage.

Kreatifnya guna barang terbuang jadikan beg yang awesome!

Pereka Fesyen Dari Johor Popularkan Beg Tangan Plastik Biskut Jenama Legend, Vintage Habis!

Siapa tak kenal dengan biskut daripada jenama legand Hup Seng dan roti Gardenia. Antara makanan yang cukup sinonim dengan rakyat Malaysia. Ia bukan sahaja menjadi snek kegemaran rakyat Malaysia, malah kini menjadi aksesori fesyen yang menarik perhatian ramai baru-baru ini.

Jika sebelum ini, beg ikea dijadikan inspirasi Balenciaga untuk menghasilkan rekaan beg tote yang mencecah hampir RM10 Ribu. Terbaru, seorang pereka fesyen di Johor berjaya menghasilkan beg tangan menggunakan plastik bungkusan kedua jenama popular itu. Aksesori daripada Wan’s Handmade ini menjadikan bungkusan plastik itu kepada sebuah beg tangan yang cukup kreatif dengan stail vintage.

Ads

Pereka fesyen dari Batu Pahat yang membuat kostum, beg dan anak patung ini menerima banyak pesanan dan komen setelah mempromosikan beg tangan Hup Seng Cream Crackers berwarna kuning di Facebook beberapa hari lalu.

Pereka Fesyen Dari Johor Popularkan Beg Tangan Plastik Biskut Jenama Legend, Vintage Habis!

Ads

Perkongsian di Facebook itu menerima lebih 4,000 perkongsian yang kebanyakannya berminat untuk mendapatkan beg tangan tersebut. Selain daripada plastik bungkusan Hup Seng Cream Crackers, dia turut menggunakan bungkusan roti jenama Massimo untuk rekaan yang lain.

Berdasarkan perkongsian di Instagram, beg yang dikitar semula ini adalah sebahagian daripada projek yang dinamakan sebagai Plastic Reborn Project yang memberi kehidupan baru kepada sampah. Dia mengumpulkan bungkusan plastik terpakai dan memberi mereka identiti baru dengan tujuan baru.

Ads

Pereka Fesyen Dari Johor Popularkan Beg Tangan Plastik Biskut Jenama Legend, Vintage Habis!

Kreatif habis kan pereka fesyen dari Batu Pahat ni. Untuk pengetahuan korang, beg plastik daripada Plastic Reborn Project ini berharga dari RM79 ke atas sementara ciptaannya yang lain dijual antara RM15 hingga RM200.

Serius, dulu kita main buang je plastik biskut ni kan..

Sumber : Instagram

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI