
Pereka fesyen terkenal Jepun, Issey Miyake dilaporkan meninggal dunia pada usia 84 tahun akibat kanser hati. Berita kematiannya itu diumumkan kepada media pada Selasa (9 Ogos 2022).
Mendiang terkenal dengan inovasi fesyen yang menggunakan yang menggunakan teknologi dan mula mencipta nama di peringkat antarabangsa sekitar tahun 1970-an. Malah, Miyake juga bertanggungjawab menghasilkan baju turtleneck hitam buat pengasas Apple, Steve Jobs.

Selepas menamatkan pelajaran dalam jurusan reka bentuk grafik di universiti seni Tokyo, mendiang mempelajari rekaan pakaian di Paris dan kemudiannya bekerja dengan pereka fesyen terkenal Guy Laroche serta Hubert de Givenchy sebelum ke New York.
Pada tahun 1970, Miyake kembali ke Tokyo dan mengasaskan Miyake Design Studio. Sepanjang hayatnya, mendiang Miyake terkenal dengan koleksi Pleats Please yang menampilkan gaya pakaian berlisu. Hasil rekaannya yang cukup unik dan berinovasi pernah dipamerkan di muzium dan galeri serata dunia.

Kehilangannya pasti dirasai oleh industri fesyen dunia dan takziah kami ucapkan buat seluruh keluarga mendiang.
Sumber: (1)
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
https://www.youtube.com/watch?v=ZR5k3G3N5LY&t=1064s
Meremang Seram! Hantu Raya Cari Tuan Baru Selepas Kematian Tuannya

Puas Nabil mencari lembunya yang hilang. Dari hujung kampung ke hujung tetapi tiga ekor lembunya tidak nampak bayang langsung. Lembu peliharaannya sudah besar, sudah boleh dijual dan sudah pun ada pembelinya untuk korban hari raya haji. Tapi sekarang lesap entah ke mana.
“Baik minta tolong Wak Seman, mana tahu dia boleh membantu, monolognya sendirian selepas puas mencari.
Malam itu dia ke rumah Wak Seman, bomoh terkenal di kampungnya. Selepas diberitahu hajatnya, kata Wak Seman esok pergi cari lembunya di rumpun buluh besar di hujung kampung. Insya Allah ada di situ. Selepas membayar pengerasnya dia pulang ke rumah. Pagi itu, dia segera ke lokasi dinyatakan, memang benar tiga ekor lembunya elok tertambat.
Kehebatan Wak Seman dalam ilmu pengubatan memang tiada siapa boleh lawan. Cakaplah kes apa, kena sampuk, barang hilang, bini lari dari rumah, laki ada hubungan dengan orang, semuanya Wak Seman boleh bagi elok. Sebab itulah namanya memang terkenal seantera daerah, orang luar utara pun datang berubat dengannya. Sebab itulah namanya cukup besar dan dikenal ramai sekitar tahun 90-an dahulu.
Namun sebulan kemudian kampung gempar dengan kematiannya yang secara tiba-tiba. Mayatnya ditemui terlangkup di dapur dengan mata terbelalak ke atas, seolah-olah seperti dicekik. Wak Seman memang sudah lama menduda, isterinya meninggal dunia dan anak-anaknya hanya balik sesekala ke kampung kerana sudah bekerja di bandar. Orang temui mayatnya selepas seorang penduduk kampung cuba mencarinya kerana mahu berubat.
Memandangkan mayatnya dijumpai agak lewat, proses menggali kubur agak lewat diadakan. Lagi pun menunggu anak-anak balik, jadi mereka mengambil sepakat jenazahnya akan dikebumikan esok pagi, sekitar jam 10 pagi.
Orang kampung silih berganti ziarah. Ali juga sama kerana dia pernah meminta pertolongan dari Wak Seman dahulu. Dia sempat menghadiahkan bacaan Yassin sebelum melangkah keluar rumah.
Namun di laman, telinganya dapat menangkap suara dehem.


“Ermmm…ermmm” dari perdu pokok pisang. Saat matanya liar mencari, dia benar-benar terperanjat kerana di perdu itu Wak Seman sedang elok memerhatikannya. Terus dia melolong sambil orang kampung panik kerana dia terus pengsan selepas kejadian itu.
Lama juga dia pengsan. Sebaik sedar dia tergagap-gagap berkata Wak Seman..Wak Seman. Ada di perdu pokok tapi ramai yang tidak percaya kerana mana mungkin kejadian ini.
Esoknya jenazah Wak Seman elok dikebumikan. Tapi orang kampung mula hairan kerana jenazahnya agak berat ketika diusung. Kain kapannya juga tidak muat dan banyak lagi kejadian pelik. Masing-masing sudah bercakap namun ramai yang mahu menjaga aibnya.
Malam selepas pengkebumiannya, kampung gempar lagi. Kalau semalam Ali nampak, kali ini Nabil sendiri terserempak di mana katanya Wak Seman menahan motor dibawanya, suruh hantar ke hujung kampung. Terus Nabil kemalangan kerana terlalu takut.
Ramai kaitkan Wan Seman membela hantu raya. Sebabnya ramai yang berjumpa “Wak Seman” yang hanya berdehem bila ditegur.
Lebih menggerikan, ada anak dara yang pengsan selepas melihat Wak Seman melahap makanan di dapur. Nasi kosong dan ayam dipanggang.

Orang kampung sebelah juga sudah heboh. Baru ini Zali juga kemalangan dan pengsan selepas menumpangkan Wak Seman ke warung. Disebabkan dia baru datang dari bandar dia memang tak pernah bertemu lelaki ini. Sewaktu mula memboncengkan Wak Seman, motornya mula berat sebelum terus terhenti tepat-tepat di tengah kubur.
“Aku mahu tuan baru, aku mahu tuan baru,” kata Wak Seman sambil memegang bahu Zali.
Kecoh kampung itu, walau ramai ustaz-ustaz dipanggil tetapi gangguan dari hantu raya Wak Seman tak surut-surut. Kata Ustaz-Ustaz ini, hantu raya peliharana Wak Seman ini terlalu kuat dan mahu mencari tuan baru. Hantu raya ini jugalah yang “menolong” Wak Seman dalam kerja mengubatnya. Tidak hairanlah sesiapa yang datang berubat, masalah mereka akan selesai. Tetapi selepas tuannya mati, dia mencari tuan baru.
Selama 44 hari itu, kampung sunyi sepi. Ramai yang takut untuk keluar rumah selepas heboh hantu raya Wak Seman mencari tuan baru. Kejadian benar-benar berlaku di utara tanahair ini hanya kembali redha apabila jasad Wak Seman sudah hancur menjadi tulang temulang di dalam tanah.
Kisahnya reda begitu saja tetapi pernah sesekali orang luar akan alami kemalangan kerata apabila melalui kampung ini kerana selepas menumpangkan seorang tua yang tidak berbaju, ketika itulah hantu Wak Seman dengan bersuara garau akan berkata “aku mahu tuan baru, aku mahu tuan baru berulang kali sebelum mangsanya ditemui alami cedera parah. Tidak diketahui siapa pewarisnya tetapi kisah ini tidak pernah habis dibicarakan terutama bagi generasi lama yang tahu kejadian yang benar-benar terjadi ini.
Jangan lupa tonton Suri Ram di Maya Hd dan Astro Prima jam 11 malam ini dalam episod Hantu Raya.
Media error: Format(s) not supported or source(s) not found
Muat Turun Fail: https://www.remaja.my/wp-content/uploads/2018/08/WhatsApp-Video-2018-08-01-at-3.48.10-PM.mp4?_=1
Video Rasmi ‘In My Feelings’ Dah Keluar, Ada Dance Move Mirip #KeKeChallenge?

Rasanya, semua orang pernah menonton video #KekeChallenge kan?
Tipulah kalau tak pernah, duduk bawah batu ke macam mana tu? Hehe..
Sebulan sudah cabaran #KekeChallenge tular di media sosial sehinggakan bermacam-macam versi yang telah kami tonton. Akhirnya klip video rasmi single Drake berjudul In My Feelings ini telahpun dimuat naik di saluran YouTube DrakeVeVo.
Satu saja persoalan yang penulis fikirkan, adakah klip video ini akan dipenuhi dengan video-video cabaran #KeKeChallenge dari serata dunia termasuklah dari Malaysia, mungkin?
Jawapannya, ya dan tidak.
Walaupun Drake tidak menari di tepi keretanya, namun ada beberapa pergerakan tarian oleh dua orang model yang kelihatan mirip dengan cabaran #KeKeChallenge di awal klip video.
Malah pada minit ke 3.53, Drake mulai bercakap mengenai ‘mimpi ngeri’ tentang seorang budak lelaki New York yang melakukan tarian #KeKeChallenge dan menjadikan tular di seluruh dunia. Secara tidak langsung, Drake mengakui betapa popularnya #KekeChallenge dan bagaimana seluruh dunia obses dengan cabaran tersebut.
Pada pengujung klip video (minit ke 7.25) pula, Drake menampilkan beberapa klip selebriti popular yang melakukan #KekeChallenge! Ini termasuklah Dua Lipa, Ryan Secrest dan Will Smith. Malangnya, tiada selebriti dari Malaysia yang terpilih untuk muncul dalam In My Feelings.
Which is such a shame. Orang Malaysia hebat kot menari di sebelah kereta ini, betul tak?
Cuba tengok klip video terbaru dari Drake ini dan rate sama ada ia hebat atau tidak.
Ngeri, 3 Bulan Sebelum Nikah Badan Habis Melecur Gara-Gara ‘Pressure Cooker’ Meletup

Malang tidak berbau. Kemalangan boleh berlaku kepada sesiapa di mana sahaja pada bila-bila masa.
Pasti ramai sukakan alatan memasak yang memudahkan dan cepat iaitu periuk tekanan atau lebih dikenali sebagai pressure cooker. Kebaikan utama periuk ini pasti ramai tahu ianya dapat menjimatkan masa memasak. Tetapi, tak semua orang tahu bahawa pressure cooker adalah amat bahaya jika tidak tahu penggunaannya yang betul seperti yang dialami oleh lekaki ini.
Baru-baru ini, perkongsian melalui salah satu group di laman Facebook iaitu Suami Masak Apa Hari Ini (SMAHI) itu mendapat perhatian ramai suami dan bakal suami diluar sana.
Shah Shahrolnizam turut memuat naik gambar kecederaannya yang dialami ketika itu.
Assalamualaikum semua SMAHI
Ni saya nk cerita sikit. Benda ni terjadi pada tahun lepas. 3bulan sebelum majlis nikah saya. Terjadi pada bulan 8 (26/08/19) jam 10:35am. Waktu tu saya tengah siapkan oder catering utk 40pax di cafeteria saya di bangsar. Nak setup catering pkul 11pagi. Jadi keadaan semakin singkat. Agak sedikit rushing disitu. nak dijadikan cerita, saya baru beli Pressure Cooker. Di manual book tulis, after bunyi “wisel” boleh bukak. Maknanya dah settle lah masak. Ohh saya rebus daging waktu tu. Lupa nak cakap. After wisel bunyi, saya still lagi tarik button wisel tu utk keluarkan pressure dalam tu.
Then lepas dah sette tarik button tu angin xklur lagi so dah xde pressure lah kan. Pastu saya bukak, bukak punya bukak. Cubaan utk bukak gagal. Dan saya paksa bukak. Paksa punya paksa. BOOMB!! Pressure Cooker tadi meletup. Dan hasil letupan tadi jadi lah mcm ni. Saya mcm org kena simbah asid. Hanya tuhan je yang tahu keadaan saya masa tu. .
Syukur Alhamdulillah kehadrat illahi, saya sempat dikejarkan ke Klinik berhampiran. Keadaan agak panik waktu tu, saya just sempat cuci muka je masa tu. Dan terus ke Klinik.
P/s: for those yang tak pernah guna pressure cooker atau yang nk beli pressure cooker pastikan ada tahu cara guna dan berhati2 ketika menggunakannya. Para perjuang senduk kuali di dapur. Hati2 lah ketika menjalankan tugas. Pakailah pakaian yang sesuai. Anda yang menjalankan tugas anda yang tahu mengendalikannya. Buat para2 SUAMI @ bakal suami di luar sana. Pesan lah pada kaum keluarga anda dan perhatikan anak2 anda dan jauhkan dari anak anda. Ingat kawan2, ini bukan kemalangan. Ini rezeki allah bagi. .
Hat mana yang tak tau pressure cooker tu apa.
Perkongsian ini mendapat lebih 5k tanda suka, pemuda ini memohon orang ramai supaya berhati-hati ketika menggunakan periuk pressure cooker. Ternyata ini bukanlah kes pertama melibatkan pressure cooker.
Ngeri pula penulis, so korang yang guna pressure cooker tu hati-hati ye…
Sumber : Shah Shahrolnizam