Perempuan ‘Datang Bulan’ Masih Boleh Rebut Pahala Ramadan Dengan 8 Cara Mudah

Share

 

Sis, situasi datang bulan itu adalah perkara normal.

 

Bagaimanapun, setibanya bulan Ramadan, kita sebolehnya ingin mempertingkatkan ibadah kepada Allah SWT tak kira siang atau malam. Apabila ‘sampai seru’ datang bulan Ramadan kali ini, tentulah kita jadi kecewa kerana semangat nak beribadah seakan terhenti di tengah jalan.

Jangan risau, girls. Korang masih boleh merebut peluang untuk memperolehi pahala walaupun semasa datang bulan. Jom kita lihat alternatif yang ada selain ibadah solat, puasa dan iktikaf.

 

Menghadiri majlis-majlis ilmu.

Ya kita tidak boleh ke masjid untuk menghadiri majlis ilmu. Tetapi ramai pendakwah yang kini melakukan sesi secara live di Instagram, Facebook dan YouTube. Cari saja akaun mereka dan belajar sesuatu yang baru.

Sesi usrah seperti yang dianjurkan oleh Naelofar Hijab ini adalah salah satu contoh majlis perkongsian ilmu oleh penceramah muda.

 

Menjauhi perbuatan yang ditegah Allah SWT dengan menjaga lidah, mata dan telinga.

So, kalau terdengar ada kawan atau jiran yang nak memulakan sesi membawang, janganlah korang excited nak dengar juga. Jauhi daripada mereka dengan beredar dari situ ataupun memakai earphone.

 

Berzikir seperti bertasbih, bertahmid, bertahlil dan mengirimkan selawat kepada junjungan Nabi Muhammad SAW.

 

 

Memuat naik status, posting, gambar, video, artikel atau apa saja perkara yang mengajak followers korang ke arah kebaikan di media sosial.

Inilah masa yang paling sesuai untuk korang beribadah ‘secara halus’.

 

Menyediakan juadah berbuka kepada mereka yang berpuasa seperti ahli keluarga, jiran dan kawan.

Amalan memberi makanan dan minuman kepada golongan berpuasa membolehkan korang mendapat pahala puasa daripada penerima tau! Tanpa mengurangkan pahala puasa mereka, of course.

 

 

Memberikan salam kepada kenalan beragama Islam.

Cuba perlahan-lahan gantikan Hello kepada Assalamualaikum semasa bercakap di telefon.

 

Membaca dan mendengar bacaan al-Quran tanpa memegang kitab.

Dengarlah radio bercorak Islam berbanding lagu-lagu yang biasa kita dengar. Spotify pun ada banyak playlist lagu-lagu kerohanian.

 

Sesi tazkirah bersama Ustazah Norhafizah Musa di IKIM.FM ini juga antara contoh slot baik untuk didengari di dalam kereta.

 

Membantu mereka yang memerlukan pertolongan.

Tak kiralah perbuatan bersedekah atau menolong menyampaikan hasrat pertolongan seseorang, asalkan hati korang ikhlas pahala pun masuk ke dalam akaun, insyaAllah.

 

Apa-apa pun. jangan jadikan haid sebagai penghalang untuk merebut pahala pada bulan Ramadan okay!

NEXT READ: Cara Nak Bayar Zakat Fitrah Semasa PKP

Published by
FZ