“Perempuan kalau cinta, cinta mati bah”
Itulah ungkapan ringkas pemilik nama Dayang Ara Nabellah Awang Astillah yang lebih dikenali sebagai Bella Astillah menerusi sebuah hantaran video di aplikasi TikTok miliknya.
Menerusi klip video yang sama, ibu kepada sepasang cahaya mata itu kemudiannya menyanyikan sebuah lagu yang berjudul Mati Matian yang dipopularkan oleh penyanyi dari negara seberang, Mahalini.
ARTIKEL BERKAITAN: “Aliff Minta Cerai & Dia Kata Dah Tiada Perasaan Pada Februari Lalu” -Bella Astillah
“Perempuan kalau cinta, cinta mati. Tuhan ini cinta atau…” coretnya ringkas di ruangan kapsyen.
Pemerhatian Remaja mendapati, rata-rata pengguna mengatakan lagu yang dinyanyikan itu sangat tepat dengan situasi yang sedang dihadapi oleh penyanyi yang berasal dari negeri di bawah bayu, Sabah itu.
Pada masa sama, mereka memberikan kata-kata semangat buat Bella dalam mengharungi polemik rumah tangga bersama penyanyi terkenal, Aliff Aziz.
“Bella… istikharah minta Allah tunjuk… kalau boleh dah lepaskan.. mintak lupakan semuanya,” komen seorang pengguna.
“Related lagu ini dengan dia,” komen juga pengguna lain.
“No turning back Bella… please… stay strong Bella,” tulis seorang lagi.
Terdahulu, Aliff dan Ruhainies ditangkap khalwat oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) di sebuah kondominium di ibu negara.
Sekadar info, Bella dan Aliff mendirikan rumah tangga pada 9 September 2016 dan hasil perkahwinan tersebut mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Mohamad Ayden Adrean dan Ara Adreanna.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER: TikTok Bella Astillah