Perempuan Perlu Tahu Seni Pertahankan Diri, Sherin Amiri Join MMA

Share

Mixed Martial Arts (MMA) antara sukan seni pertahanan diri yang popular pada hari ini. Bukan saja lelaki, dah ramai juga kaum wanita yang turut menceburi sukan lasak ini.

Ramai di antara kita yang mungkin sudah pernah belajar seni mempertahankan diri seperti silat, taekwando atau karate sejak dibangku sekolah lagi, tapi tidak pernah mencuba sukan MMA.

MMA bukan hanya pertarungan semata-mata, ia juga seni mempertahan diri yang memerlukan semangat, disiplin, kerja keras, fokus dan kesabaran.

Bagi Sherin Amiri selaku pemenang tempat ketiga Pencarian Dewi Remaja 18/19, sebagai seorang wanita kita perlu ada sekurang-kurangnya basic seni mempertahankan diri untuk melindungi diri sendiri sekiranya berlaku sebarang perkara yang tidak diingini.

“Alhamdulillah, saya memang dah ada basic dalam kickboxing dan Muay Thai. Jadi, dah tiba masanya untuk saya mencuba sesuatu perkara yang berbeza bagi menambah lagi ilmu yang ada,”

“Tak dinafikan, perempuan perlu ada self protection, jadi kalau nak berlawan dengan lelaki pun nanti senang. Hehe! Sekarang ni macam-macam perkara boleh berlaku. Lebih-lebih kepada kaum wanita. Mungkin lelaki menganggap perempuan ni kaum yang lemah, so kita kena buktikan kepada mereka yang kita tidak boleh diperlekehkan begitu saja,” jelas Sherin.

Beri kesedaran

Paling penting sekali, seni mempertahankan diri ini diajar untuk mempersiapkan kaum wanita supaya diberi perlindungan dan menjaga keselamatan. Bukan untuk ambil kesempatan terhadap orang lain, tapi bagi manfaat kepada diri sendiri.

Baru-baru ini, Sherin dan Safwan Nazri, finalis Hero Remaja 2017 dilihat sangat aktif mempromosikan MMA di laman Instagram mereka. Mungkin ada mesej yang ingin disampaikan kepada orang ramai.

 “Sebenarnya kami berdua ingin memberi kesedaran kepada masyarakat di luar sana akan kepentingan mempelajari seni mempertahankan diri. Bagi Sherin yang sebelum ini memang dah ada basic, saya nak brush up skills yang ada dan untuk Safwan sendiri, dia nak cabar diri melakukan sesuatu yang baru,”

Published by
Noor Ain Norman