Pelakon Idris Elba sekali lagi muncul dengan filem terbaharu, Beast yang kini sudah pun ditayangkan di seluruh pawagam tanah air. Menampilkan barisan pelakon lain seperti Sharlto Copley, Riley Keough, Iyana Halley dan Leah Sava Jeffries, naskhah kali ini bakal membawa penonton menyaksikan babak cemas bagaimana ingin menyelamatkan diri daripada binatang buas.
Bagi peminat yang gemarkan filem-filem tentang haiwan buas, tidak salah sekiranya korang memilih untuk menonton Beast di pawagam. Menceritakan tentang Dr. Nate Samuels yang kembali ke Afrika Selatan di mana lokasi pertama kali bertemu isterinya. Dia bersama dua anak perempuannya yang masih remaja memulakan perjalanan yang telah lama dirancang selepas kematian bekas isteri.
Namun, perjalanan itu menjadi satu perjuangan yang menakutkan apabila mereka perlu melarikan diri daripada seekor singa buas. Singa itu melihat semua manusia sebagai musuh dan mula menjejaki mereka. Bermulalah pergelutan di antara keluarga itu yang ingin menyelamatkan diri daripada serangan binatang buas.
Selepas menonton filem ini pada tayangan perdana tempoh hari, kami merasakan di permulaan cerita agak sedikit perlahan dan membosankan. Namun, selepas mereka tiba di Afrika dan bertemu dengan singa buas itu, emosi penonton mulai resah melihat pergelutan yang berlaku demi menyelamatkan diri.
Lakonan Idris Elba tidak perlu lagi diperkatakan kerana figura ini sememangnya berbakat dan berjaya membawa setiap watak yang diberikan dengan baik. Dia juga berjaya membawa watak sebagai seorang ayah yang bertanggungjawab dan penonton tidak hanya ‘suka-suka’ menonton filem ini kerana ada mesej tersirat yang ingin disampaikan.
Ads
Secara keseluruhannya, kami merasakan filem Beast masih berbaloi untuk ditonton kerana jalan ceritanya tidak terlalu meleret disebabkan durasi filem ini hanya lebih kurang 1 jam 30 minit.
Selamat menonton!
Ads
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Siapa tak kenal dengan pelakon Emma Roberts ini, berlakon sejak dari usia 9 tahun lagi dia boleh dikatakan sinonim dengan filem-filem zaman remaja kita.
Pelakon yang popular dengan drama bersiri ‘American Horror Story’ dan ‘Scream Queens’ ini telah mengumumkan bahawa dia dan pasangannya, Garrett Hedlund sedang menanti kelahiran cahaya mata pertama mereka menerusi satu hantaran di Instagram.
Dia yang sangat menjaga privasi kehidupan peribadinya hanya mengumumkan berita gembira kepada umum setelah kandunganya kelihatan.
Berikut adalah lima fakta tentang si cantik ini: –
1. Dia merupakan anak saudara kepada pelakon hebat, Julia Roberts.
2. Membintangi filem Valentine bersama ibu saudaranya namun watak mereka tidak berada dalam satu skrin dan set yang sama.
3. Pernah menghasilkan album pada tahun 2005 yang bertajuk Unfabulous and More.
4. Pernah bercinta dengan pelon Alex Pettyfer, Dathan Kuppin dan Chord Overstreet. Oh so hansome! Hiks.
5. Nama tengahnya ialah Rose. Menjadikan nama penuhnya Emma Rose Roberts.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Aktres jelita, Siti Saleha, telah tercalon menerusi Bintang Asia Terbaik di Anugerah Drama Antarabangsa Seoul 2024 yang bakal berlangsung Rabu ini di Seoul, Korea Selatan.
Menerusi laporan media tempatan, pelakon berusia 34 tahun yang tercalon menerusi naskhah siri asal tonton berjudul SeOfis itu memaklumkan, nama mendapat pencalonan pun sudah umpama kemenangan buat dirinya.
“Pengurus beritahu TV3 dan tonton calonkan nama saya untuk anugerah ini beberapa bulan lalu. Selain saya, ada juga beberapa nama pelakon lain yang turut dicalonkan.
“Masa mula-mula diberitahu, saya susah juga nak percaya. Tapi selepas membuat kaji selidik, barulah saya tahu yang anugerah ini sudah lama wujud.
“Sangat menakjubkan bila nama saya tercalon dalam acara anugerah bertaraf antarabangsa seperti ini. Pemenang berdasarkan undian global peminat menerusi aplikasi Idol Champ,” katanya.
Menerusi kategori yang sama, barisan pelakon dari Korea Selatan, Indonesia, Filipina, Thailand dan Singapura turut dicalonkan.
Kata pelakon drama popular 7 Hari Mencintaiku itu, dia sentiasa menghargai pencapaian di peringkat luar negara dan menyifatkan peluang sebegitu membuka jalan buatnya terus melebarkan nama pada peringkat antarabangsa.
“Saya melihat pencalonan ini sebagai satu peluang yang besar untuk saya kembangkan lagi bakat lakonan. Walaupun sekadar finalis itu sudah memadai.
“Saya tidak sabar berjumpa dengan semua yang hadir dan beramah mesra serta bergambar kenangan dengan calon dari negara serantau lain,” ujarnya lagi.
Selain SeOfis, filem Doh lakonan bekas Hero Remaja, Syafiq Kyle juga antara drama yang dihantar untuk pencalonan.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Selalu tengok kawan-kawan sering sangat pergi becuti, kadang timbul juga tanda tanya banyak betul duit dorang.
Bila tanya, katanya “Ala, beli tiket flight murah je”. Tapi kita cari sendiri tak jumpa pula. Macam mana mereka kata boleh dapat tiket murah?
Nah, sebenarnya ada trik yang perlu korang tahu untuk dapatkan tiket flight dengan harga yang jauh lebih murah.
Bagi yang dah selalu travel, mungkin ini juga cara yang dilakukan oleh mereka.Kalau nak travel dengan jimat, jom ikut tip ni.
1. Awal vs Akhir
Bagi yang menggunakan perkhidmatan syarikat penerbangan berikut, ini trik yang mungkin boleh membantu korang untuk mendapatkan harga tiket murah.
Air Asia = tempah awal (6-12 bulan)
Malaysia Airlines = tempah akhir (kurang dari 1 bulan)
2. Book pada hari Selasa dan Rabu
Selasa dan Rabu adalah hari terbaik untuk beli tiket flight kerana majority syarikat penerbangan akan tetapkan sistem tempahan pada hari Selasa jam 7 malam.
Ini kerana mereka menganggap ramai yang akan menempah tiket pada hari minggu dan berdasarkan statistik, terbukti kebanyakan orang hanya belek-belek harga tiket pada hari Jumaat, Sabtu dan Ahad.
3. Follow media sosial dan website rasmi syarikat penerbangan
Jika korang memang follow page syarikat-syarikat penerbangan seperti di Facebook, Twitter, dan Instagram, senang la untuk update setiap promosi yang mereka buat.
4. Cari ‘Best Deal’ untuk penerbangan Antarabangsa
Selalunya, syarikat penerbangan akan tawarkan best deal kira-kira 11 hingga 12 minggu lebih awal untuk penerbangan antarabangsa. Waktu ni la kena selalu check harga tiket kalau nak yang murah. Dah dapat flight ticket murah, jangan lupa pula checkharga hotel yang berkualiti dan paling penting superb murah.
Guna kod promo ini
5. 12 tengah malam
Ramai juga yang dah tahu waktu-waktu tertentu syarikat penerbangan akan membuka promosi online mereka. Jadi, ada yang sanggup tak tidur sebab promosi ni hanya akan bermula pada jam 12 tengah malam.
6. Lapangan terbang alternatif
Ramai yang tak tahu lapangan terbang Adisumormo (Solo) dengan Bandara Adisujipto (Yogyakarta) hanya terpisah dengan jarak 30 minit penerbangan.
Contohnya, lihat pada promosi di atas, tiket penerbangan KL ke Yogyakarta berharga RM79 berbanding KL ke Solo RM59. Kos di antara Solo ke Jogja pula adalah serendah RP10ribu (RM4).
Jadi penting untuk korang tahu juga jarak di antara lapangan-lapangan terbang mengikut destinasi. Kemudian, pilih promosi yang sesuai dan paling penting, menjimatkan.
7. Clear cookies di browser
Clear kan terlebih dahulu cookies pada handphone, laptop atau PC sebelum melawat website penerbangan 30 hari sebelum tu. Melalui cookies ni, sistem tempahan syarikat penerbangan akan menganggap korang dah tengok website mereka berulang kali.
Sistem tempahan akan menetapkan harga yang sama walaupun korang dah masuk website tu berulang kali. Kadang-kadang, harga lebih tinggi pun ada. So, amalkan la tabiat clear kan cookies ni pada browser internet korang.
8. Buat perbandingan harga
Nak murah kenalah rajin sikit. Jangan malas untuk bandingkan harga tiket di website-website yang lain. Jangan terkejut kalau korang terjumpa harga tiket yang jauh lebih murah daripada syarikat penerbangan yang sama.
Berikut adalah search engine yang kerap digunakan untuk travel:
a. Skyscanner
b. CheapFlight
c. Momondo
d. Kayak
e. Google Flight
f. Ita Software
9. Kejar harga bukan DESTINASI
Teringin sangat nak pergi Jepun. Tiket ke Tokyo (RM329) dan Osaka (RM299). Jadi, kenapa perlu pilih Tokyo saja sebab setiap destinasi penerbangan mempunyai keunikan dan kelebihan yang tersendiri. So, buatlah pilihan dengan bijak.
10. Jadi pelanggan setia
Orang yang setia akan selalu ada ganjarannya. Cewah, hiks! Kesetiaan kepada sesebuah syarikat penerbangan pastinya lebih berbaloi apabila kita mendapat reward, keistimewaan penumpang dan lain-lain.
11. One-way ticket
Apabila menempah tiket, syarikat penerbangan pasti tahu yang kita akan pulang. Time ni la dorang nak ‘pau’ kaw-kaw. Untuk mengaburi mata mereka, tempah promosi satu arah dan untuk tiket penerbangan balik, dibuat selepas itu.
Mungkin agak renyah sikit tapi usaha ni dapat menjimatkan kos tiket penerbangan yang sememangnya menjadi kos utama setiap kali travel.
Bila dah tahu tip-tip ni rasanya nak pergi bercuti sebulan sekali pula. Hiks!
Baru-baru ini tular sebuah video iklan terbaru dari jenama fesyen Korea Selatan ‘Wacky Willy’ berjaya menarik perhatian pengguna media sosial kerana jalan penceritaan komedi...