Hiburan

“Pergilah Kelas Menuntut Ilmu Sebelum Jejakkan Kaki Dalam Industri…” -Fazlina Ahmad Daud Senang Dengan Kehadiran Bakat Baharu

Share

Siapa tidak kenal dengan anak seni berbakat besar seorang ini. Bakat lakonannya sering menjadi perhatian ramai apabila sering kali mewarnai layar skrin menerusi naskhah tempatan.

Fazlina Ahmad Daud, pelakon yang merupakan adik kepada pelakon terkenal, Fauziah Ahmad Daud ini menerima dengan tangan yang luas kehadiran pendatang baharu dalam industri seni tanah air.

Ujarnya, para pelakon senior haruslah menerima dan memberi sokongan yang baik buat mereka yang baru sahaja hendak bertatih mengenali industri ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Tiara Jacquelina Tiada Perancangan Mahu Teruskan Pementasan Muzikal Puteri Gunung Ledang

“Siapa saya untuk menidakkan rezeki orang lain? Itu adalah rezeki mereka. Saya perlu menerima kehadiran mereka dengan baik dan memberikan sokongan.

“Sebagai pelakon senior, saya kena membantu mereka juga. Cuma saya berharap pendatang-pendatang baharu ini, sebelum menjejakkan kaki dalam industri, pergilah kelas untuk menuntut ilmu.

“Terlalu ramai cikgu-cikgu lakonan yang anda boleh timba ilmu untuk mempersiapkan diri. Sekurang-kurangnya biar ada asas dalam bidang lakonan. Jadi mereka perlu sedar diri dan sedar ruang sebelum memasuki industri. Ingat, bakat boleh diasah,” katanya kepada Remaja.

Bertanya pula mengenai caranya berdepan dengan kecaman oleh jabatan netizen yang dilhat semakin lantang mengkritik dalam media sosial.

Dia bagaimanapun enggan mengambil pusing dengan segala komen negatif yang dilemparkan mereka.

“Sejujurnya saya tidak akan ambil hati. Mereka (netizen) berhak untuk bercakap apa sahaja. Terpulang pada mereka.

“Sebenarnya, berbalik pada kita sama ada untuk menerima dengan baik atau memeningkan kepada dengan memikirkan tentang komen-komen netizen.

“Itu adalah hak kebebasan bersuara. Semua orang punya hak untuk meninggalkan komen dan mengeluarkan apa sahaja yang terbuku dalam hati dan minda mereka. Cuma saya minta, hormatilah satu sama lain,” kongsinya lagi.

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.


Published by
Fath