Seiring arus kemodenan, ramai diantara beralih daripada membawa wang tunai kepada perbankan internet dan e-dompet.
Namun, anak muda dan remaja masa kini harus tahu bahawa wang kertas pertama negara adalah asas utama dalam sejarah pembentukan Malaysia, menyatukan Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak.
Seorang pengguna Twitter bernama @ellmart88 ada berkongsikan dengan lebih lanjut berkenaan perkara itu. Untuk mengetahui, ikuti bebenang yang dikongsikannya seperti berikut:
Peristiwa Hari Ini
Ringgit Diperkenalkan.
12 Jun 1967 – Matawang baharu Ringgit, mula digunakan sebagai nilai tukaran antarabangsa bagi menggantikan Dollar Malaya dan British Borneo di Malaysia. pic.twitter.com/Ok99PQEADu
— Rhys Barzinni (@ellmart88) June 12, 2021
Peristiwa Hari Ini
Ringgit Diperkenalkan.
12 Jun 1967 – Matawang baharu Ringgit, mula digunakan sebagai nilai tukaran antarabangsa bagi menggantikan Dollar Malaya dan British Borneo di Malaysia. pic.twitter.com/Ok99PQEADu
— Rhys Barzinni (@ellmart88) June 12, 2021
Ketika itu, wang kertas yang bernilai RM 1, RM 5, RM 10 dan RM 100 tertera gambar wajah DYMM Yang di-Pertuan Agong Pertama, Almarhum Tuanku Abdul Rahman Ibni Al-Marhum Tuanku Muhammad.
Mulai tahun 1967 juga, wang baru ini mula diedar dan digunakan di seluruh negara. pic.twitter.com/j2OZoFFOua
— Rhys Barzinni (@ellmart88) June 12, 2021
Matawang syiling yang bernilai 1,5,10,20 dan 50 sen tertera Bangunan Parlimen dan Bulan Bintang berbucu tiga belas di permukaan belakang.
Kedua-dua wang lama dan baru dipakai serentak sehinggalah semua wang lama ditarik balik penggunaanya. pic.twitter.com/yps5EI9H9q
— Rhys Barzinni (@ellmart88) June 12, 2021
Di sini, Remaja kongsikan juga beberapa fakta yang mungkin hanya segelintir rakyat Malaysia yang mengetahui perkataan ‘ringgit’ yang kini digunakan sebagai mata wang rasmi negara.
1. Sebutan ringgit sudah diguna pakai masyarakat Melayu dalam urusan jual beli kira-kira 500 tahun dulu iaitu ketika Tanah Melayu didatangi pedagang Sepanyol dan Portugis.
2. Perkataan ringgit terhasil daripada satu perkataan Melayu asli yang disebut ‘bergerigi’. Bergerigi itu pula merujuk pada sisi bergerigi yang terdapat pada syiling perak dolar Sepanyol, yang digunakan secara meluas pada era penjajahan Portugis di Melaka sekitar abad ke-16 dan ke-17.
3. Mata wang yang datang dari Sepanyol dinamakan Realle. Realle ketika itu dibuat daripada perak yang ditimbang mengikut sukatan sama namun teknologi ketika itu membuatkan bentuk syiling yang terhasil tidak sekata.
4. Sistem syiling lama yang digelarkan penduduk tempatan sebagai ‘realle batu’, bertukar menjadi ‘realle ringgit’ ekoran wujudnya gerigi-gerigi di bahagian rim syiling.
5. Perkataan ringgit pernah digunakan pada beberapa jenis mata wang lain. Terma ‘ringgit’ telah dicetakkan pada wang kertas 5 dolar keluaran Oriental Banking Corporation of Singapore pada tahun 1849.
6. Mata wang ringgit Malaysia dikeluarkan oleh bank pusat yang baharu, iaitu Bank Negara Malaysia, secara rasminya pada 12 Jun 1967, bagi menggantikan ringgit Malaya dan Borneo British ketika itu.
7. Pada 1992, lambang ‘$’ dalam wang kertas dikeluarkan dan diganti dengan ‘RM’ atau Ringgit Malaysia, manakala di peringkat antarabangsa pula, penggunaan ‘MYR’ diperluaskan sebagai simbol kod mata wang negara Malaysia.
Sumber: Twitter @ellmart88 , BH, Malaysia Coin