Isu pemandu memandu di bawah pengaruh alkohol bagai tiada kesudahannya. Sudah terlalu banyak kes dilaporkan di media massa dan ia mendatangkan kemarahan orang ramai yang melihat isu ini bagai tiada kesudahannya.
Insiden melibatkan pemandu mabuk alkohol ini tidak hanya terjadi di negara kita tetapi juga di luar negara.
Terkini, seorang pelajar sekolah menengah meninggal dunia apabila menjadi mangsa kemalangan melibatkan pemandu disyaki memandu dalam keadaan mabuk di sini semalam.
Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur Asisten Komisioner Dzulkifly Yahya berkata, kejadian berlaku awal pagi semalam sekitar jam 3 pagi di Jalan Raja Laut.
Kejadian itu melibatkan dua kenderaan iaitu penunggang motosikal Yamaha Y15 dan pemandu kenderaan Myvi berwarna silver.
“Dalam kejadian berdekatan Public Bank menghala ke Jalan Ipoh itu, pemandu kereta Myvi dari susur jalan Sri Amar (Chow Kit) tiba-tiba mengubah haluan secara melintang untuk memasuki lorong Tiong Nam.
Ads
“Pada masa yang masa penunggang motosikal dikenalpasti sebagai remaja berusia 17 tahun yang bergerak lurus di Jalan Raja Laut terkejut kehadiran Myvi secara tiba-tiba sebelum telah melanggar pintu sisi depan kiri.
“Akibat perlanggaran itu, mangsa seorang pelajar yang masih bersekolah jatuh atas jalan dan mengalami kecederaan parah di kepala.
“Mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah di kepala,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Siasatan polis mendapati mangsa, Muhammad Hazeq Hakimi Romli merupakan pelajar tingkatan lima di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Lembah Keramat.
Tambah beliau, pemandu Myvi itu berusia 36 tahun yang bekerja sebagai pelatih anjing ditahan polis untuk siasatan lanjut.
Katanya, sapek telah dilibatkan dalam ujian EBA iaitu mengukur tahap kandungan alkohol dalam badan dan bacaan menunjukkan 165miligram /100mililiter melebih had yang ditetapkan pihak berkuasa di atas jalan.
Ads
Rata-rata netizen meluahkan rasa marah dan geram dengan silap pemandu itu.
Suspek direman untuk siasatan lanjut selama empat hari dan kes disiasat di bawah Seksyen 44(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Jelas dahkan, bahawa memandu dalam keadaan pengaruh alkohol ini sangat merbahaya. REMAJA ingin bertanya, bilakah penguatkuasaan memandu dalam keadaan pengaruh alkohol ini akan dikuatkuasakan di negara kita kerana sudah banyak kes dipaparkan di media massa.
Adakah sehingga lebih banyak nyawa terkorban atau kita ambil sikap, tunggu dan lihat?
Sumber : Twitter
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Taufan teruk yang membawa hujan lebat dan angin kuat membadai bahagian tengah dan timur Jepun telah mengakibatkan angka kematian meningkat kepada 25 orang sejak semalam.
Menurut Sinar Harian yang memetik kenyataan daripada laporan Kyodo News, seramai 15 mangsa masih hilang dan usaha mengesan mereka sedang giat dijalankan.
Taufan Hagibis ini juga telah menyebabkan kejadian tanah runtuh dan banjir kilat, serta dilaporkan lebih daripada 100 orang cedera manakala ratusan ribu penduduk terutama di Tokyo dinasihatkan berpindah.
Masyarakat dunia turut meninggalkan komen di laman Facebook NHK World Japan dengan mengirimkan doa buat seluruh rakyat Jepun.
Khabarnya lagi, rumah di sepanjang sungai Chikuma di bandar Nagano hampir ditenggelami sepenuhnya sehingga penduduk terpaksa memanjat bumbung untuk menyelamatkan diri.
Berikut merupakan antara gambar yang dikongsi di media sosial berkenaan dengan bencana Taufan Hagibis yang melanda Jepun.
Kami mengucapkan takziah buat kesemua keluarga mangsa dan turut mengirimkan doa agar seluruh masyarakat di Jepun dilindungi daripada bencana ini.
Pray for Japan!
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Biasanya kalau sebut pulau-pulau menarik untuk kita melancong, mesti terlintas dalam kepala Hawaii kan?
Tarikan utama yang ada di pulau-pulau ini adalah air lautnya yang jernih kebiru-biruan, selain mempunyai pantai yang bersih, hutan, bukit-bukau serta perkampungan komuniti yang mendamaikan.
Namun tahukah anda, di Hawaii juga terdapat saudara kita yang beragama Islam.
Malah kalau korang nak tahu, Hawaii pun ada masjidnya sendiri yang dinamakan Manoa Mosque yang dibangunkan pada tahun 1980.
Pada bulan Ramadan yang mulia ini, rata-rata masyarakat Islam berpandukan kepada laungan azan di masjid, televisyen mahu pun radio sebagai tanda telah masuk waktu berbuka. Malah, tular video di TikTok memaparkan seorang muazzin sedang mengalunkan azan di sebuah masjid di Hawaii.
Lelaki tersebut kelihatan sangat bersemangat dalam melaungkan azan dan keunikan alunan azannya juga yang jarang-jarang didengar membuatkan ramai yang terpesona.
Untuk info, kebanyakan umat Muslim di Hawaii pada mulanya merupakan para pendatang dari Asia Timur dan Afrika. Malah mereka juga telah membentuk Muslim Association of Hawaii di sana.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Di saat seluruh dunia terkesan dengan wabak corona virus, pelbagai sikap dapat dilihat. Ada yang begitu mementingkan diri sendiri (misalannya membeli barang keperluan melebihi had sehingga tidak tinggal sisa untuk orang lain), masih ada yang enggan mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan (merayau ke sana sini), membuat jualan dengan harga agak tinggi khususnya melibatkan hand sanitizer dan mask (seolah-olah mahu mengaut untung berlebihan sedangkan barangan dibeli pada harga rendah serta sikap-sikap negetif lain.
Namun masa yang sama, Allah turut menghadirkan juga insan-insan baik yang mampu memberi pertolongan kepada insan memerlukan. Misalannya barisan hadapan petugas menangani isu COVID-19, golongan berkemampuan berkongsi rezeki yang ada kepada mereka yang memerlukan dan banyak lagi perkara-perkara baik dilakukan bagi mengimbangi perbuatan di atas. Pendek kata, sikap adalah cerminan hati kita sendiri dan hanya kita yang mampu menilainya.
Apa yang pasti di saat negara kita sedang diuji dengan wabak ini, kita saling bantu membantu dengan setiap kudrat yang diberikan oleh Allah. Perkongsian dari fb Aminah Ahmad Unni memaparkan video jururawat dan staff Kementerian Kesihatan menjahit sendiri gown untuk kegunaan staff bila berhadapan kes pesakit positif corona virus ini. Ianya satu sikap terpuji dan semoga Allah membalas setiap kebaikan kita lakukan dalam meringankan beban orang lain.
Dapat dilihat mereka bergandingan masa dan tenaga menyiapkan gown untuk kegunaan barisan hadapan petugas hospital yang memerlukannya dan mungkin kehabisan stok. Kata orang berat sama dipikul, ringan sama dijinjing.
Jika masih ada yang ambil ringan berkaitan virus ini, semalam buat pertama kalinya mereka yang positif dijangkiti sudah melepasi angka setengah juta orang di seluruh dunia.
Menyaksikan Amerika Syarikat menduduki carta nombor satu di dunia dengan lebih 82,000 kes positif. Sudah tentu fakta ini agak menggerunkan kerana mengatasi China dan Italy yang mencatatkan jumalah tertinggi sebelum ini. Negeri seperti New York, Washington dan California paling teruk terjejas dengan pertambahan kes 17,119 kes dalam masa tercepat.
So stay at home, jangan engkar arahan keluar semasa Perintah Kawalan Pergerakan ini. Kita mungkin tidak terasa dengan keadaan hari ini tapi ramai yang terkesan terutama peniaga yang bergantung pada jualan harian untuk menampung hidup. Bertimbang rasalah, agar negara kita bebas dari wabak menakutkan ini.
Masya Allah 😍 hebatnya Misi misi dan staff KKMJahit sendiri gown untuk dipakai staff .Moga usaha kalian mdpt redha Allah dan terbuka jalan jalan ke Jannah. Aamiin.
Kejadian buli melibatkan beberapa pelajar Maktab Tentera Diraja (MTD) dan juga di institusi pendidikan bukan satu omong kosong, tetapi nyata berlaku sehingga membahayakan nyawa...