“Perjalanan Lebih 10 Kilometer Tidak Dibenarkan” – Perdana Menteri

Share

Bagi penduduk di 6 buah negeri yang disenaraikan sebagai kawasan di bawah arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula Rabu ini, ada sesuatu yang perlu korang patuhi.

Ia berkenaan perjalanan dalam negeri itu sendiri yang kini telah disekat pada jarak tertentu.

Menurut Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin lewat petang tadi, perjalanan merentas negeri di dalam negera kini disekat sama sekali, seperti satu ketika dahulu.

Manakala dalam kawasan negeri di bawah arahan PKP seperti Selangor, Pulau pinang, Melaka, Johor, Sabah dan ketiga-tiga buah Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan), penduduk tidak dibenarkan untuk merentas daerah.

Kongsi beliau, sekatan jalan raya akan mula dilakukan bermula tengah malam pada 13 Januari (Rabu) ini demi memastikan rakyat (kembali) mematuhi arahan yang lebih ketat. Ini demi mengekang kenaikan kes positif COVID-19 baharu selepas ia mencecah angka 3,000 baru-baru ini.

“Bagi negeri di bawah PKP, pergerakan anda telah dihadkan dalam lingkungan 10 kilometer radius. Untuk tujuan pembelian barangan keperluan dari pasaraya atau kedai serbaguna yang terdekat, hanya dua orang ahli keluarga saja yang dibenarkan keluar dan berada dalam kenderaan pada satu-satu masa.

“Sesiapa yang didapati melanggar sekatan ini boleh didenda sehinggan RM1000 maksimum,” jelas beliau.

ARTIKEL BERKAITAN: Semakin Sukar Dikawal, PM Umum Tindakan Tegas PKP 14 Hari Di 6 Negeri – REMAJA

Published by
FZ