Perkahwinan Bawah Umur, Remaja 14 Dan 16 Tahun Selamat Bernikah

Share

Setiap manusia diciptakan berpasangan, termasuklah jodoh kita yang telah ditentukan oleh Allah SWT sebelum lahir ke dunia lagi.

Baru-baru ini tular di media sosial apabila pelajar sekolah melansungkan perkahwinan di usia 14 dan 16 tahun, kalau di Malaysia dalam lingkungkan tingkatan 2 dan 4.

Hal ini terjadi di negara jiran kita, Indonesia setelah pelajar Marchel Gunawan,14 tahun dan Nurul Amin, 16 tahun berkahwin di kediaman pengantin perempuan di Desa Laompo, Kabupaten Batauga, Kabupaten Buton Selatan, Sabtu yang lepas.

Sumber Gambar : sindonews.com

Mendapat restu keluarga, ibu pengantin perempuan menyuarakan rasa teruja beliau mengenai perkahwinan ini namun terselit perasaan bimbang dengan masa depan kedua pengantin baharu terbabit.

“Kami restu mereka bernikah kerana kedua-duanya saling mencintai dan mahu mengelak kejadian buruk berlaku di kemudian hari. Soal pelajaran sekolah, Insya-Allah pasti ada jalan terbaik untuk mereka berdua,” katanya dalam portal Kompas.com

Difahamkan bahawa pernikahan bawah umur ini dibenarkan oleh Pejabat Urusan Agama di Buton Selatan, Sulawesi Tenggara.

Untuk rekod, pasangan ini pernah memohon untuk berkahwin tetapi ditolak pada 8 Februari disebabkan faktor umur. Bagaimanapun permohonan kedua diluluskan oleh pihak KUA.

Apa pun, doa yang baik-baik untuk pasangan pengantin baru ini. Moga perkahwinan mereka kekal hingga jannah. Paling penting jangan lupa pelajaran okay!

SUMBER

Published by
Nana