Setelah lebih dua minggu membiarkan masyarakat berspekulasi pramatang mengenai status perkahwinan, pelakon cantik manis, Nynaa Harizal telah ditemui hari ini di Mahkamah Rendah Syariah Johor Bahru untuk menfailkan permohonan penceraian daripada suaminya, Fahmi Ilyas, 29.
Sepanjang dua minggu, ura-ura pemenang tempat ketiga pencarian Dewi Remaja 2019 itu kononnya diculik oleh ibu bapanya sendiri telah hangat diperkatakan warganet. Namun Nynaa memilih untuk berdiam diri dan sekadar memuat naik beberapa foto serta video di akaun Instagram bagi mengesahkan dirinya kini selamat di sisi keluarga tercinta.
Tindakan berdiam diri itu juga baginya adalah terbaik demi menjaga hati ramai pihak yang terlibat dalam perkahwinan mereka yang berusia kira-kira dua bulan lebih saja.
Sewaktu ditemui sebentar tadi, Nynaa telah menafikan ura-ura diculik dan dipaksa untuk mengikut ibu bapanya sewaktu berada di set penggambaran sebuah drama.
“Untuk mengatakan bahawa ibu bapa menculik dan memaksa saya adalah satu telahan yang tidak tepat.
Ads
“Sejak 2 November lalu, saya pada setiap masa berada dalam jagaan kedua ibu bapa dan ahli keluarga saya di Johor Bahru.
“Saya melalui peguam syarie menfailkan Permohonan Penceraian Dengan Talaq atau Dengan Perintah mengikut Seksyen 47 Enakmen Keluarga Islam (Negeri Johor) Tahun 2003 pada 10 November lalu.
“Salinan diserahkan kepada suami pada keesokan harinya (11 November 2021), jam 3.16 petang,” ulasnya menerusi kenyataan selepas hadir untuk sebutan permohonan penceraian di sana, hari ini. Bagaimanapun, punca sebenar di sebalik permohonan penceraian tidak dikongsikan oleh Nynaa demi menghormati prosiding mahkamah yang sedang berlangsung.
Ads
“Sementara proses Mahkamah Syariah ini berjalan dan selagi mana ia tidak menjejaskan prosiding, syaa membuka ruang untuk perbincangan dengan suami. Ini dinyatakan kepada suami melalui perbualan telefon pada 12 November lalu,” katanya lagi.
Suaminya, Fahmi Ilyas tidak berada di sana dan hanya diwakili oleh peguam.
Ads
Terdahulu, Nynaa dan Fahmi melangsungkan acara pertunangan kecil-kecilan pada 21 Ogos 2021 dan mendirikan rumah tangga seminggu kemudian pada 28 Ogos 2021. Semasa ditemuramah oleh REMAJA, Nynaa pernah berkongsi tentang perancangannya untuk mengadakan majlis resepsi pada akhir tahun ini.
Saban tahun, ramai ternanti-nantikan kempen Raya terbaru jenama mesra muslimah, Naelofar.
Tahun 2022 tidak terkecuali apabila usahawan dan selebriti, Neelofakembali menggembirakan peminat tegar jenama tersebut setelah kempen Naelofar Raya 2022 dipertontonkan buat kali pertama pada minggu ini.
Sejak hujung minggu lalu, Lofa telahpun menarik tumpuan peminatnya dengan teka-teki siapakah bakal menggantikannya untuk paparan kempen kali ini disebabkan situasinya yang masih dalam tempoh berpantang tidak mengizinkan untuknya terlibat sama.
Rupa-rupanya, wajah terbaru Naelofar Raya tidak lain tidak bukan ialah rakan Dewi Remaja 2009/2010-nya sendiri, Izara Aishah!
Menjalin persahabatan ‘Dewi Sisterhood’ lebih 12 tahun lalu, Neelofa dan Izara yang masing-masing menempatkan diri dalam kalangan finalis Top 3 pada waktu itu masih rapat dan saling berhubung di hadapan serta belakang lensa kamera.
Menerusi kempen ini, Izara telah menggayakan koleksi hijab baharu jenama berkenaan lalu membuatkan peminat malah Neelofa sendiri untuk teruja menyaksikan semua foto-foto yang telah dirakamkan.
“MasyaAllah semua gambar cantik !!! Finally dapat juga Naelofar berwajahkan Izara for RAYA,” catat Neelofa sebelum ia dibalas Izara yang berkata, “Alhamdulillah, thank you for choosing me Kalofa.”
Rata-rata peminat tampil memuji kecantikan ibu kepada Irisa Alaia ini dalam lilitan hijab bercorak Naelofar pada kali ini. Bila lihat Izara manis menggayakannya, terus rasa nak beli kan untuk Hari Raya Aidilfitri tahun ini! Hehe..
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Masa yang di nanti telah pun tiba. Banyak yang DM kami bertanya tentang bila Dewi Remaja nak diadakan?
Esok merupakan hari yang ditunggu-tunggu kerana kami ingin menjemput korang untuk mencuba nasib di casting yang akan diadakan di Hotel Premiera Kuala Lumpur. Ujibakat yang bakal berlangsung sepanjang dua hari pada dua minggu berturut-turut ini (29 & 30 Sept – 6 & 7 Okt) bakal menyaksikan satu lagi sejarah dalam industri hiburan tanah air.
Nama-nama besar seperti Neelofa, Raysha Rizrose, Izara Aisyah dan ramai lagi merupakan antara bintang kelahiran Dewi Remaja. Mana tahu tahun ni rezeki korang pula kan? Why not korang cuba!
Bagi yang masih risau dan tertanya-tanya macam mana agaknya kriteria dan persiapan yang mungkin korang kena buat, nah kami kongsikan antara persoalan yang sering diajukan di Instagram @majalahremaja berserta jawapannya sekali.
Boleh refer untuk buat persiapan terakhir esok!
Tarikh casting
Syarat umur
Kena pandai fesyen ke?
Berhijab boleh masuk ke?
Terbuka untuk semua warganegara Malaysia
Pilih rupa je ke?
Tak cukup tinggi boleh ke?
Macam mana nak dapatkan majalah isu Oktober?
Kriteria yang kami cari..
Lokasi casting di KL je ke?
Student boleh masuk ke?
Mana nak dapat borang penyertaan?
Apa yang akan diajar dalam Dewi Remaja?
Siaran rasmi Dewi Remaja
Diharap soalan-soalan dan jawapan yang kami berikan ini dapat membantu korang semua. Good luck gaiss!
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Pagi ini viral di sosial media apabila artis yang popular dengan lagu Kosong, Najwa Latiff memuat satu posting diatas pelamin dengan memberi bayangan sudah bergelar seorang isteri. Eh biar betul ni? Tak ada ribut, tak ada petir tiba-tiba Najwa Latiff dah berumah tangga.
Hal ini selepas dia memuat naik satu posting di atas pelamin bersama seorang lelaki.
Untuk pengetahuan semua, Najwa selamat bergelar isteri kepada rapper, Akwa Ariffin dengan sekali lafaz pada pagi Jumaat ini.
Majlis pernikahan pasangan tersebut diadakan secara tertutup di Batu Pahat, Johor kira-kira 8.30am dengan kehadiran ahli keluarga dan kenalan terdekat sahaja.
Akwa, 30 menyerahkan mas kahwin berupa 2.5 gram emas kepada isterinya Najwa atau nama penuhnya Imratul Najwa Abdul Latif , 27 tahun.
Menurut pengurusnya , Azahari Jaafar, Najwa sudah lama merancang perkahwinan tersebut namun mengambil keputusan untuk tidak menghebahkan perkara itu.
Sebelum ini juga, penyanyi bersuara merdu ini mengakui sedang dalam proses mengenali hati budi seorang jejaka dalam perhubungan yang serius, lapor Harian Metro.
Terdahulu, Najwa yang juga bergelar pensyarah menyambung pengajian di peringkat doktor falsafah (PhD) dalam bidang Pengajaran Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua (TESL) di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
Rata-rata komen mendoakan pasangan ini
Apa-apapun, Remaja ucapkan tahniah buat pasangan pengantin baru ini.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Hanya sehari sebelum dilangsungkan, acara One Love Music Festival yang dijadualkan menghiburkan pengunjung selama 12 jam berturut-turut di MAEPS, Serdang esok terpaksa dibatalkan.
Penganjurnya, Tuff...