Bagi peminat drama bersiri popular yang pernah menduduki tangga pertama, Emily in Paris di platform penstriman Netflix, pastinya korang pernah terpesona dengan kecantikan dan kecomelan bintang utamanya, Lily Collins dalam siri tersebut.
ARTIKEL BERKAITAN : Kenali Ashley Park, Pelakon Watak Mindy Dalam ‘Emily in Paris’ – REMAJA
Baru-baru ini, ramai benar peminat lelaki Lily Collins yang kecewa setelah mendapat tahu pelakon watak Emily itu telah menamatkan zaman bujangnya dengan lelaki pilihan, Charlie McDowell dalam majlis yang dilangsungkan secara tertutup. Charlie McDowell juga merupakan seorang penulis dan pengarah.
Dalam beberapa keping foto yang dimuat naik, ternyata majlis tersebut secantik pengantinnya apabila Lily dan Charlie memilih tema woodlands ala cerita dongeng. Lily turut memuat naik foto balutan busana perkahwinannya yang direka khas oleh pereka fesyen ikonik Amerika Syarikat, Ralph Lauren.
Lily Collins memilih gaun renda meleret mengikut potongan badan dengan perincian turtleneck
untuk dipadankan dengan kain layah (veil) di kepala. Khabarnya, keseluruhan busana ini memerlukan masa hampir 200 jam untuk disiapkan!Tambah eksklusif lagi apabila veil tersebut dihiasi bunga mikro bersulamkan manik-manik Swarovski dan kelopak organza sutera yang ditempatkan mengikuti reka bentuk renda Calais-Caudry.
Terdahulu, pasangan ini bertunang pada September 2020 selepas mereka menjalin hubungan cinta selama setahun.
ARTIKEL BERKAITAN : [TRIVIA] Mengapa Kitty Spencer Tidak Mengenakan The Spencer Tiara? Dan Ini Lima Busana Perkahwinan Yang Digayakannya – REMAJA
BACA LAGI : Perkahwinan Gadis & ‘Oppa’ Ini Tarik Perhatian, Kedua-Duanya Mualaf! – REMAJA