Polemik rumah tangga antara pasangan selebriti, Puteri Sarah Liyana dan Syamsul Yusof bakal berakhir apabila pengarah dan juga penerbit tersebut bakal melafazkan talak terhadap isterinya pada tanggal 18 April ini.
Menurut laporan Utusan Malaysia, perkahwinan yang telah terbina antara mereka selama ini akan menemui titik perakhiran apabila kata sepakat itu dicapai pada pertemuan kedua-dua pihak yang diadakan, malam tadi.
Selain itu, Hakim Syarie, Akmaluddin Ilyas juga akan merekodkan segala terma-terma penyelesaian dan persetujuan kedua-dua pihak.
Terma penyelesaian dan persetujuan tersebut akan merangkumi isu-isu berkaitan handanah (hak penjagaan anak), nafkah anak-anak, mutaah, edah dan harta sepencarian.
Ads
Sekadar informasi, Puteri Sarah dan Syamsul mendirikan rumah tangga pada tanggal 8 Mac 2014 dan hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Syaikhul Islam dan Sumayyah.
Ads
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Baru-baru ini, penyanyi popular Korea Selatan, Ailee mencuri tumpuan peminat apabila beliau dikhabarkan telah berkahwin sejak tahun lalu bersama bekas pelakon rancangan bersiri Single’s Inferno, Choi Si Hun dan bakal melangsungkan majlis secara rasmi pada April ini.
Menurut laporan Star News, Ailee atau nama sebenarnya Amy Lee (35) dan pasangannya telah mendaftarkan perkahwinan mereka secara sah pada 21 Ogos 2024.
Menerusi satu kenyataan yang dikeluarkan oleh agensi pengurusan Ailee, A2Z Entertainment berkata Ailee akan terus membuat penampilan yang terbaik walaupun selepas berkahwin.
“Ailee akan terus beri yang terbaik dalam kerjaya dan kehidupan peribadinya. Selepas berkahwin, beliau akan tampil dengan imej yang lebih matang dan bertanggungjawab,” kata A2Z Entertainment.
Pasangan ini pernah mendedahkan bahawa mereka tinggal bersama dalam rancangan popular MBC ‘How Do You Play?’, ramai peminat yang tidak menyangka Ailee dan Si Hun telah ‘lock’ hubungan ini secara rasmi sebagai suami isteri lebih awal.
Selepas mendaftar kahwin, mereka memilih untuk menyimpan khabar baik ini dari pengetahuan umum kerana mahu fokus pada fasa baru dalam hidup tanpa tekanan luar.
Sebelum ini, pelantun lagu ‘I Will Go to You Like the First Snow’ itu pernah berkongsi kisah perkenalannya bersama Si Hun mula berputik bila mereka diperkenalkan oleh seorang kenalan bersama. Lepas lebih setahun menjalin cinta, akhirnya mereka ambil keputusan untuk bina masa depan bersama.
Hubungan mereka mula diketahui oleh peminat pada Mac 2024 dan pada ketika itu, Ailee langsung memberi kenyataan rasmi melalui media sosial.
“Kami sedang bahagia bersama. Doakan yang terbaik ya. Nanti bila tiba masa, saya sendiri akan kongsi berita gembira ini,” tulis Ailee.
Sementara itu, pada November 2024, Ailee buat pengumuman rasmi di platform ‘fan cafe’ dan memberitahu Si Hun adalah sumber kekuatan dan ketenangan dalam hidupnya.
“Saya rasa selamat dengan dia. Dia sangat memahami dan sentiasa ada untuk saya,” luahnya dengan penuh rasa syukur.
Walaupun sibuk dalam membuat persiapan majlis perkahwinan yang akan diadakan pada 20 April ini, Ailee juga sempat melancarkan mini-album terbaru berjudul ‘(Me)moir’ pada 20 Mac lalu.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Peminat sedia maklum mengenai kebolehan penyanyi, Stacy Anam beraksi lincah di atas pentas dengan aksi tariannya sambil mengekalkan kemampuan vokal.
Namun tidak ramai sedar segala aksi yang dilakukan Stacy itu juga mempunyai kesan sampingan terhadap tubuhnya sendiri tambahan pula setelah melahirkan dua orang cahaya mata, Eshaal dan Isa hasil perkongsian hidup bersama suami, Akim Ahmad.
Pada aksi minggu suku akhir program The Hardest Singing Show malam tadi, Stacy ketika ditemui REMAJA memberitahu dirinya terpaksa melupakan sebentar kesakitan hamstring kanan yang dialaminya ketika bahagian korus pertama persembahan lagu Rampas.
“Ini adalah kali pertama otot di bahagian pinggul kanan (hamstring) saya tertarik semasa menyanyi di The Hardest Singing Show. Disebabkan saya perlu memakai harness (abah-abah) untuk persembahan ini, saya elakkan daripada minum air dan itu telah mengganggu regangan otot saya.
“Saya amat risau kerana ia berlaku pada bahagian korus awal. Sebab itulah saya tidak boleh lakukan stun terbalikkan badan (seperti yang penonton saksikan dalam rakaman video ‘VT’). Saya terfikir, bagaimanalah saya ingin tamatkan persembahan ini? Saya tahan saja dan ikut gerak-geri seperti latihan.
Semasa mendengar komen-komen juri, saya saja yang tahu kesakitan yang terjadi. Beginilah kalau sudah jadi ‘mak-mak’, keluar pula simptom ‘mak-mak’ semasa persembahan. Saya anggap ini sebagai memori pertandingan ini,” kongsinya yang mengenakan busana rekaan Hasz Hashim.
Tambah pemilik nama penuh Ummu Shaikhah Stacy binti Anam itu lagi, dia kini akan lebih berhati-hati kerana pertandingan masih berbaki dua minggu lagi.
Biarpun sudah terbiasa berdepan kecederaan hamstring kerana sering beraksi lincah di pentas, Stacy tetap enggan mengambil mudah sebarang kecederaan yang mungkin menimpa dirinya.
Terdahulu, Stacy berjaya menempatkan diri di kedudukan keempat terbaik pada minggu suku akhir The Hardest Singing Show dengan skor sebanyak 77.30 peratus daripada panel juri terdiri daripada Edry Abdul Halim, Dato’ Seri Rossa, Zizan Razak dan juri jemputan, Ajai.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Pejam celik, pejam celik, siri variety popular Korea iaitu Running Man bakal menayangkan episod ke 542 sejak mula ke udara!
Cepat kan! Kami masih teringat episod terawal rancangan tersebut yang menjemput beberapa selebriti K-Pop dan K-Drama seperti Jessica Jung, Nickhun 2PM dan Son Dam-bi.
Selama ini, Running Man juga pernah berpeluang untuk menjemput bukan saja selebriti dari Korea Selatan. Malah beberapa nama besar dari luar bidang hiburan juga pernah menyertainya sebagai tetamu undangan.
Ini termasuklah pemain bola lisut profesional iaitu Choo Shin-soo dan Ryu Hyun-jin (episod 119), Jackie Chan (episod 135) dan pemain bola sepak, Park Ji Sung (episod 95-97 dan episod 152-154).
Kemunculan Istimewa
Namun, tiada siapa yang menjangkakan Running Man juga akan menjemput selebriti Hollywood gred A sebagai tetamu undangan akan datang!
Khabar angin yang sudah kedengaran sejak beberapa hari yang lalu akhirnya bakal direalisasikan! Running Man akan disertai oleh pelakon filem Mission: Impossible: Fallout termasuklah Tom Cruise, Henry Cavill (pernah berlakon untuk Superman) dan Simon Pegg (pernah berlakon untuk Star Trek).
Berita tersebut telah disahkan oleh pihak produksi dan stesen televisyen, SBS. Baru-baru ini, SBS telah memuat naik video teaser yang menampilkan Tom Cruise semasa mereka sedang menjalani sesi penggambaran untuk episod 542.
Kemunculan Tom Cruise, Henry Cavill dan Simon Pegg ini adalah sebahagian daripada misi promosi filem terbaru Mission: Impossible di Korea Selatan.
Untuk filem yang akan ditayangkan pada 27 Julai ini, Ethan Hunt (Tom) akan menentang Solomon Lean (Sean Harris) yang berjaya melarikan diri. Henry Cavill pula akan melakonkan watak agen CIA, August Walker.
Episod Running Man istimewa ini pula akan ditayangkan pada 22 Julai. Tak sabarnya, AIGOO!
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Selepas mencipta fenomena besar di Indonesia, Qodrat 2 kini bersedia untuk ‘menyihir’ penonton Malaysia pula! Filem seram aksi ini akan ditayangkan di seluruh pawagam...