Polemik rumah tangga antara pasangan selebriti, Puteri Sarah Liyana dan Syamsul Yusof bakal berakhir apabila pengarah dan juga penerbit tersebut bakal melafazkan talak terhadap isterinya pada tanggal 18 April ini.
Menurut laporan Utusan Malaysia, perkahwinan yang telah terbina antara mereka selama ini akan menemui titik perakhiran apabila kata sepakat itu dicapai pada pertemuan kedua-dua pihak yang diadakan, malam tadi.
ARTIKEL BERKAITAN : “Sinar Apa? Sinar Harian? Just Let Me Go” Puteri Sarah Mohon Suami Lepaskan Cara Baik
Selain itu, Hakim Syarie, Akmaluddin Ilyas juga akan merekodkan segala terma-terma penyelesaian dan persetujuan kedua-dua pihak.
Terma penyelesaian dan persetujuan tersebut akan merangkumi isu-isu berkaitan handanah (hak penjagaan anak), nafkah anak-anak, mutaah, edah dan harta sepencarian.
Sekadar informasi, Puteri Sarah dan Syamsul mendirikan rumah tangga pada tanggal 8 Mac 2014 dan hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Syaikhul Islam dan Sumayyah.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER: Utusan Malaysia