Macam-macam kes berkenaan dengan pelajar yang selalu kita dengar. Lebih membimbangkan, ada juga yang melibatkan kes bunuh diri di kalangan pelajar.
Perkara ini perlu diambil serius dan ibu bapa memainkan peranan penting dalam menangani masalah seumpama ini berlaku lagi. Banyak faktor yang boleh dikaitkan dengan permasalahan ini, dan antaranya adalah kerana stres yang melampau di tempat belajar/sekolah.
Terdapat banyak faktor yang boleh menyebabkan seseorang pelajar mengalami stres dan antaranya adalah seperti:
1. Persekitaran
Kebanyakan mereka yang berasa stres mungkin disebabkan oleh tempat belajar yang tidak selesa, suasana bising semasa kuliah, serta keadaan bilik kuliah yang agak sempit dan kurang selasa.
Kalau terlalu ramai pelajar dan ruangannya pula kecil, macam mana nak fokus belajar kan?
Ads
2. Rakan sebaya
Rakan sebaya didapati lebih banyak menyumbang stres di kalangan pelajar kerana mungkin disebabkan oleh kehidupan seharian pelajar yang lebih banyak meluangkan masa bersama. Bahkan, mereka juga mengalami stres apabila mempunyai konflik dengan rakan sebaya.
3. Prestasi akademik
Kebanyakan pelajar turut menjadi tertekan kerana terlalu memikirkan untuk mendapatkan keputusan cemerlang dalam akademik. Jadi, sekiranya mereka tidak berjaya mendapat keputusan yang baik, ini membuatkan mereka jadi lebih stres.
4. Keluarga
Ads
Sikap ibu bapa sendiri kadang kala membuatkan anak mereka menjadi stres. Tekanan yang diberikan seperti menyuruh anak-anak belajar lebih masa dan sentiasa mendapat keputusan cemerlang dalam pelajaran.
5. Cinta
Ha, jangan ingat cinta tak main peranan dalam emosi pelajar ya. Hiks! Emosi pelajar boleh terganggu jika mereka mempunyai masalah bersama pasangan.
Nah, korang boleh relate tak dengan semua perkara diatas?
Ads
Korang juga boleh menonton siri terbaru daripada HBO, The Teenage Psychic untuk lebih menyelami kehidupan pelajar remaja yang tertekan dengan keadaan sekeliling.
Musim kedua The Teenage Psychic mengisahkan tentang Xiao Zhen cuba untuk mengambil bahagian di sekolah barunya selepas tragedi yang dihadapinya tahun lepas.
Sebagai presiden baru kelab drama, Xiao Zhen memberi tumpuan untuk merekrut ahli-ahli baru dan perkara menjadi lebih rumit apabila rahsia Guru Kim kembali menghantuinya.
Bagi yang mengikuti siri ini, pastinya korang tak sabar nak tahu apa yang terjadi seterusnya kan?
Jangan lupa saksikan The Teenage Psychic, back-to-back episode bermula 6 Oktober 2019 (Ahad), eksklusif di HBO GO dan HBO (Astro Ch 411 dan 431 HD).
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Seorang lagi permata seni tanah air telah meninggalkan kita….
Hari ini industri seni dikejutkan dengan berita pemergian seorang pelakon veteran iaitu Badrul Muhayat yang telah menghembuskan nafas terakhirnya pada usia 55 tahun.
Berita duka itu disampaikan oleh pelakon Anne Abdullah menerusi sebuah hantaran di platform Facebook miliknya.
“Assalammualaikum saya nak maklumkan yang Badrul Muhayat dah meninggal dunia di homestay Penang. Al-Fatihah,” coretnya ringkas.
Menerusi entri Instagram pula, Anne juga ada memuat naik hantaran yang memaklumkan bahawa pelakon veteran berkenaan telah meninggal dunia.
Sekadar info, Badrul Muhayat atau nama penuhnya Badrul Muhayat Ahmad Jailani dilahirkan pada 18 April 1968 dan merupakan bekas peserta Hero Remaja.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER: Facebook & Instagram Anne Abdullah
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Tanggal 10 Februari pada setiap tahun adalah momen yang cukup istimewa buat insan bernama Noor Neelofa.
Menginjak ke usia 34 tahun pada hari ini, Neelofa kekal menjadi individu yang dicontohi, disegani dan diikuti oleh jutaan peminatnya dari Malaysia dan seluruh dunia.
Menerusi hantaran di Instagram, Neelofa dilihat menitipkan ucapan isitimewa buat suaminya, Haris Ismail atau mesra disapa sebagai PU Riz yang setiasa prihatin dalam setiap hal.
“Buat suamiku atas segala bimbingan, kasih sayang dan prihatin dalam setiap hal. Tiada satu pun tentang taggungjawab yang boleh dipersoal kerana insan ini dari hari pertama perkahwinan sehingga sekarang penuhi segalanya dengan baik dengan izin Allah.”-Tulis Neelofa
Dapat Hadiah Gelang Tangan Yang Sepadan Dengan Cincin Perkahwinan
“Saya tak pernah meminta itu dan ini tapi masyaAllah, selalu cuba untuk bahagiakan isterinya.
Istimewa hari lahir, dihadiahkan gelang tangan yang sepadan dengan cincin kahwin, terima kasih suamiku. Semoga Allah SWT sentiasa kurniakan ketenangan, kebahagiaan, kesejahteraan dalam keluarga kita ❤️🤲🏼.”-kongsi Neelofa
Berkesempatan ini, REMAJA juga ingin mengucapkan Happy Birthday buat Neelofa yang ke-34. Semoga terus sukses dan dalam rahmat NYA!
Sebelum ini REMAJA ada kongsikan karakter individu yang lahir pada bulan Februari. Berikut merupakan kajian yang telah dibuat berdasarkan personaliti bulan kelahiran Februari.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Jika korang merupakan peminat model popular dan sosialit, Kendall Jenner, pastinya korang masih teringat akan dress Giambattista Valli x H&M yang disarungnya pada bulan Mei lalu semasa menghadiri acara amFAR.
Dress shocking pink ini menjadi topik perbualan hangat di media sosial kerana bukan saja ia cantik dan kena dengan Kendall, tetapi ia adalah kolaborasi pertama kedua-dua jenama tersebut.
H&M melancarkan 9 pakaian khas dan kesemuanya sold out hingga menyebabkan laman web H&M ‘crash’.
Melihat kepada respon tersebut, Valli mendekati H&M semua untuk mengeluarkan koleksi kapsul edisi terhad bersamanya. 4 bulan kemudian…
H&M kembali dengan satu lagi koleksi bersama Giambattista Valli dan ia akan mula dijual secara eksklusif di H&M Lot 10 dan di laman web hm.com pada 7 November ini.
Kempen ini bukan saja dibintangi oleh Kendall Jenner. Ia juga menampilkan beberapa bintang popular seperti Chiara Ferragni, H.E.R, Chris Lee, Clara 3000 dan Cameron Monaghan.
Secantik set penggambaran mereka sekitar Rome, cantik lagi keseluruhan koleksi edisi terhad H&M x Giambattista Valli ini.
Hanya sehari sebelum dilangsungkan, acara One Love Music Festival yang dijadualkan menghiburkan pengunjung selama 12 jam berturut-turut di MAEPS, Serdang esok terpaksa dibatalkan.
Penganjurnya, Tuff...