Perkara Sangat Perempuan Benci Dalam Perhubungan Ialah CURANG

Share

Sekali curang, dalam perhubungan perempuan boleh terima lagi.

Dua kali juga masih boleh terima (ini kata-kata Bella Astillah ya di mahkamah) kerana tiada manusia yang sempurna dan kita harus memberi peluang untuk orang lain memperbaiki kehidupannya kerana diri kita mungkin tidak sempurna juga.

Tapi kalau sudah lebih dua kali memasuki kali ketiga, ia adalah pilihan untuk sengaja  melakukan kecurangan tersebut (tidak boleh diberi kemaafan lagi) yang dikatakan antara faktor paling menyakitkan hati bagi golongan wanita.

Bella akui sekali atau dua kali masih boleh diberi peluang namun kali ketiga, itu namanya pilihan dan sukar diterima

Kenapa kecurangan terjadi dalam perhubungan?

 

  1. Pasangan ambil kesempatan

Lelaki ada ketikanya suka test market. Bila umpan mengena mereka akan berasa bangga dengan perbuatan tersebut dan menganggap ianya tidak salah. Masa yang sama, melihat “kelemahan”pasangan, mereka tahu cara terbaik untuk mengambil ruang dan peluang tersebut.

2) Sekadar suka-suka

Lelaki terkenal dengan egonya. Ada masanya lelaki  curang untuk menguji sejauh mana pasangan menyayanyinya. Mereka juga hendak tahu sama ada mereka masih berkemampuan  untuk memikat hati wanita lain. Ada ketikanya mereka curang sehingga mereka lupa sudah ada kekasih atau berkahwin.

3)Sudah tiada lagi rasa cinta

Di awal perhubungan, semua orang akan berasa bahagia dan perasaan sentiasa berbunga-bunga. Namun seiring masa yang berlalu, korang akan dapat menangkap kekurangan masing-masing.

Saat itu, tiada lagi percikan rasa cinta atau ghairah untuk meneruskan perhubungan. Kalau ada tanda-tanda  ini, cepat-cepatlah berbincang ya.

4) Lelaki rasa diri mereka menarik

Age just a number. Ada sesetengahnya pula, walau usia semakin bertambah namun tidak menampakkan usia sebenarnya. Tetapi untuk lelaki yang walaupun suah tua, ada lelaki masih mampu untuk curang kerana mereka merasakan diri mereka punya tarikan dan nampak muda berbanding usia. Sebab itulah pasangan harus berhati-hati dan mesti selalu peka pada perubahan pasangan.

Kajian saintifik yang diterbitkan oleh sebuah jurnal, Frontiers In Psychology mengatakan lelaki yang kaya dan berduia akan lebih kerap beranggapan pasangannya kurang menarik dari segi kecantikan.

5) Lelaki curang selalunya mudah rasa bosan pada pasangan

Tak tahulah apa yang difikirkan oleh lelaki. Tapi kajian mendapati lelaki selalunya bosan dengan perempuan yang terlalu manja dan mengada-ngada. Mereka biasanya mahu pasangan yang ada sikap mandiri iaitu mampu berusaha melakukan sedikit sebanyak dan bergantung sepenuhnya kepada mereka.

Lelaki yang suka mencari keseronokan di luar biasanya sangat cenderung untuk berlaku curang. Mereka beranggapan, wanita di luar sana sangat menarik berbanding pasangan.

6) Cemburu

Cemburu adalah perasaan negetif yang membuat korang menyalahkan orang lain untuk melindungi diri sendiri. Biasanya mereka menzahirkan hal ini untuk menutup kelemahan diri sendiri atau pembohongan yang telah dilakukan. Kalau ini yang korang nampak berlaku semasa perhubungan, ia sebenarnya satu masalah serius yang banyak dihadapi dan perlu diselesaikan agar masalah tidak jadi semakin serius iaitu membawa kepada kecurangan.

7) Berterusan bertengkar

Pertengkaran yang berterusan adalah tanda hubungan cinta tidak sihat. Hubungan cinta yang kuat biasanya didasari boleh berkompromi. Tapi kalau dah selalu bertengkar hanya pada isu-isu remeh, sendiri boleh faham ya yang hubungan korang bermasalah. Bila bertengkar juga ia mengubah mencari orang lain dan seterusnya kecurangan boleh terbentuk.

8) Suka manipulasi pasangan

Memaksa orang lain mengikut kehendak kita adalah perkara susah kerana jika hal ini ditunjukkan secara terang-terangan, pasti hubungan cinta berantakan. Tanpa sedar ramai pasangan melakukanya dalam diam. Tapi kalau korang tersedar hal ini, lebih baik putuskan hubungan.

 

 

Published by
Almaswa Haji Che Ros