

Nama Club Mickey Mouse pada suatu ketika dahulu menjadi nama sebutan setiap penggemar saluran Disney. Malah, artis-artis terkenal seperti Britney Spears, Justin Timberlake dan Christina Aguilera lahir dari program ini.
Kini tiba masa untuk Disney dan Astro memperkenalkan Club Mickey Mouse di Malaysia. Selepas pencarian di seluruh negara seramai 7 orang bakat muda telah dipilih bagi menganggotai kumpulan Mouseketeers pertama di Malaysia. Mereka menjadi hos rancangan Saluran Disney berbilang platform, Club Mickey Mouse. Ia juga bakal disiarkan buat pertama kali di Asia Tenggara.
Mouseketeers yang terpilih terdiri daripada Charis (selaku ketua), Faiz, Natasya, Dheena, Erissa, Wafiy dan Gabriel. Program versi Malaysia ini merupakan francais yang sarat dengan kandungan muzik, komedi, permainan dan turut menampilkan selebriti tempatan seperti Nur Fazura, Fattah Amin dan Joe Flizzow.
Menurut Amit Malhotra, Timbalan Presiden & Pengurus Besar Media Networks The Walt Disney Company Asia Tenggara, pihaknya berbangga dapat Mouseketeers mereka yang sangat berbakat. Bersama-sama rakan niaga, Astro pihaknya gembira dapat membawa rancangan ikonik ini ke Asia Tenggara dan khususnya Malaysia.
Jangan lupa saksikan Club Mickey Mouse bermula pada Jumaat, 15 September 2017, jam 1:30 petang.
10 Filem Tentang Bencana Alam Paling ‘Wow’, Terbaik Untuk Ditonton

Isi Kandungan
ToggleBencana alam adalah kesan buruk daripada kejadian atau gabungan aktiviti semula jadi, seperti letusan gunung berapi, gempa bumi, tanah runtuh dan aktiviti manusia.
Baru-baru ini, negara kita mengalami musibah apabila kawasan di sekitar Lembah Klang dinaiki air yang mengakibatkan banjir luar biasa. Ramai mangsa yang terlibat sehingga ada nyawa yang terkorban kerana tidak sempat diselamatkan.
Seluruh rakyat Malaysia turut berduka cita dengan situasi bencana yang menimpa masyarakat di Semenanjung, khususnya di Selangor dan Pahang.
Maka tidak hairanlah kebanyakan filem yang dihasilkan mengambil inspirasi daripada bencana yang berlaku seluruh dunia dan tidak dinafikan ramai peminat yang sememangnya gemar menonton filem-filem yang bertemakan bencana alam.
Penonton dapat melihat bagaimana situasi ‘sebenar’ sekiranya bencana berlaku dan cara yang dilakukan oleh masyarakat untuk survive dalam situasi tersebut. Memang menarik kan?
Berikut kami senaraikan antara filem yang berkisarkan tentang bencana alam yang menarik untuk ditonton.
1. The Day After Tomorrow
Perubahan cuaca yang tidak menentu berlaku di beberapa buah negara. Hujan ais, ribut taufan, banjir besar berlaku dalam masa yang begitu pantas. Saat bencana tersebut berlaku, Sam Hall berjanji untuk mengambil anaknya yang mengikuti acara sukan tetapi disebabkan bencana itu mereka telah terpisah.
2. Geostorm
Filem yang ditayangkan pada tahun 2017 ini menceritakan tentang global warning yang akhirnya menyebabkan bencana alam tsunami. Geostorm juga padat dengan aksi dan konspirasi politik yang menegangkan, sudah tentu menarik untuk ditonton.
3. Crawl
Menceritakan kisah perjuangan seorang bapa yang ingin menyelamatkan anaknya ketika berlaku banjir besar dan didatangi oleh sekumpulan buaya ganas.
4. Hafalan Shalat Delisa
Filem ini diinpirasikan daripada bencana tsunami yang pernah melanda bandar Acheh. Delisa, seorang anak kecil yang tinggal di pantai Acheh dan ketika dia ingin bersiap untuk menghadiri ujian praktikal solat, telah berlakunya gempa dan tsunami yang memisahkan Delisa dengan kedua orang tuanya.
5. Poseidon
Sebuah cruise yang membawa penumpang berlayar di tengah laut untuk menyambut tahun baru, namun ombak besar membadai kapal tersebut dan penumpang yang terselemat perlu mencari jalan keluar.
6. The Impossible
Kisah benar yang menceritakan tentang sebuah keluarga bercuti ke pantai Thailand dan berlakunya bencana tsunami yang memisahkan mereka sekeluarga.
7. Deep Impact
Sebuah komet yang besar khabarnya akan jatuh ke bumi dan memusnahkan segalanya. Demi menyelamatkan bumi, pelbagai usaha dilakukan oleh pihak berwajib sebelum berlakunya kejadian bencana itu.
8. 2012
Suatu ketika dahulu, timbul anasir yang mengatakan bumi akan kiamat pada tahun 2012 kerana terpengaruh daripada filem ini. 2012 menceritakan tentang ‘kiamat’ yang menghancurkan bumi akibat titik balik matahari musim sejuk di belahan bumi utara.
9. The Perfect Storm
Sekumpulan nelayan mencuba nasib untuk mendapatkan hasil tangkapan ikan yang banyak dan mereka telah berlayar di tempat yang dilarang di tengah laut. Namun begitu, mereka terpaksa berhadapan dengan bencana yang berlaku.
10. Deep Water Horizon
Disebabkan berlakunya masalah teknikal, sebuah pelantar minyak telah meletup dan terbakar. Para pekerja yang terselamat terpaksa berusaha untuk menyelamatkan diri daripada pelantar tersebut.
Ha, kalau bosan-bosan bolehlah layan filem-filem yang kami senaraikan ini. Selamat menonton!
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Anak Gadis Dituduh Jadi Perampas Suami Orang, Respon Azhar Sulaiman Tarik Perhatian Netizen

Umum mengetahui Kasih Leona Iris, anak kepada pelakon Azhar Sulaiman sering menjadi perhatian orang ramai. Lebih-lebih lagi fesyennya yang sering jadi ikutan golongan muda; GenZ.
Mesra disapa Leona, gadis berusia 20 tahun ini boleh dikatakan tak pernah terlepas daripada kontroversi. Tapi, normal lah bagi remaja seusia dengannya gemar bereksperimentasi dengan fesyen masa kini.
ARTIKEL BERKAITAN : Bukannya Kecil Lagi, Kasih Leona Pernah Ditegur Azhar Sulaiman Untuk Berubah
Kasih Iris Leona sekali lagi menjadi bualan netizen apabila beliau telah dituduh menjalinkan hubungan sulit bersama suami orang oleh seorang wanita yang dikenali sebagai Nor Azira Othman di ruangan komen Instagram bapanya.
someone accused me of having an affair with her husband 😅 pic.twitter.com/XPNLfigLq1
— leona (@kasihirisleona) August 14, 2022
Nor Azira turut meminta supaya Leona memulangkan kembali wang yang telah dibelanjakan bersama suaminya termasuklah bil hotel, makanan, tiket penerbangan dan bil lain yang berkaitan sepanjang bercuti bersama suaminya itu.
Dakwanya lagi, Leona telah menghabiskan wang suaminya RM3,000 pada setiap bulan dan menuduh anak perempuan pelakon itu sebagai seorang ‘scammer’ dalam rumah tangganya sejak 2014.
Bukan itu sahaja, Azira turut menuntut agar Azhar memulangkan kembali kesemua wang suami yang telah dibelanjakan oleh Leona sebelum dia membuat laporan polis.
Tak mahu nama baik anaknya terus tercemar, Azhar bertindak menghantar mesej secara ‘Whatsapp’ kepada Azira bagi membincangkan hal berkenaan dengan mengemukakan bukti dakwaan yang telah dilemparkan kepada anaknya.
Respon Azhar Sulaiman Tarik Perhatian
Bagaimanapun, netizen tertarik dengan sikap sabar dan profesional sang bapa. Melalui perkongsian di laman Instagramnya. Malah, Azhar Sulaiman siap mendoakan dan menasihati wanita tersebut.
Tulis finalis Hero Remaja 1990/1991 ini,
Salam Nor Azira Othman…..
I wish not to prolong this matter dengan you pasal Leona.
I wish you the very best in Life and sentiasa dibawah lindungan Allah swt selalu…..
Just a friendly advise for you….
Carilah seorang kawan baru yang mahir pasal Mediasoc ni…..
Dengan saya you terselamat sebab saya masih memikirkan kesihatan mental you….
Kalau orang lain,pasti mereka akan saman you..
Take care.
Komen Netizen
So kind of you…

Namun, bukti yang diberikan Nor Azira ternyata buat netizen garu kepala. Hanya kerana satu ‘retweet’ sudah cukup baginya untuk menjadi bukti. Senang betul buat duit! Scam style baru ni!
BACA LAGI : Bakal Lawyer, Anak Kembar Azhar Sulaiman Dapat 7A Dalam SPM! – REMAJA
Sumber : Instagram Azhar Sulaiman
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
“Bagaikan Mimpi….” – Datuk Seri Siti Nurhaliza Terharu Dipilih Untuk Berkongsi Pentas Di Konsert Eksklusif David Foster and Friends!

Siapa sahaja tidak kenal dengan figura komposer terkenal, David Foster yang saban kali memenangi anugerah Grammy tahun demi tahun. Bagi mereka yang meminati legenda industri seni ini pastikan anda rebut peluang untuk menyaksikan beliau secara langsung bulan Ogos ini tau!
ARTIKEL BERKAITAN: Turut Bersetuju Komen Syafinaz Selamat, Siti Nurhaliza Sifatkan Nadeera Punyai ‘Skill’ & Suara Yang Bagus
Penganjuran Konsert Eksklusif David Foster and Friends di jangka mendapat sambutan luar biasa daripada peminat tempatan dan antarabangsa apabila buat julung kalinya akan diadakan di Mega Star Arena, Kuala Lumpur pada 7 Ogos 2023 (Isnin).
Penampilan khas dan eksklusif oleh Penyanyi Nombor 1 Tanah Air, Dato’ Sri Siti Nurhaliza yang turut akan bergandingan bersama David Foster dijangka akan mengamatkan suasana panggung Mega Star Arena.
Konsert “David Foster & Friends” ini merupakan anjuran Yayasan Prihatin Nasional (PRIHATIN) dengan kerjasama B De Paris Beauty Project di mana sebahagian hasil jualan tiket yang dijual akan disalurkan bagi manfaat pendidikan pelajar di menara gading yang tidak berkemampuan dalam kategori asnaf dan B40.
Turut menampilkan Michael Bolton, Peabo Bryson, Katharine Hope McPhee, Loren Allred adalah rakan-rakan David Foster yang akan turut menemani pemuzik terkenal David Foster dalam konsertnya. Wowwww… memang level international betul!
Datuk Seri Siti Nurhaliza yang ditemui ketika sidang media baru-baru ini turut mengekspresikan rasa terujanya untuk berkolaborasi dengan David setelah hampir 9 tahun berkongsi pentas bersama.
“Jujur bagi saya, ianya umpama mimpi untuk berpeluang bergandingan dengan David dan rakan artis internasional yang lain.
“Saya sendiri terkejut ketika dimaklumkan oleh pihak beliau bahawa David sendiri memilih saya untuk menjadi wakil Malaysia di konsertnya. Rasa macam kecil sangat diri ini tapi akan saya manfaatkan peluang ini untuk membawa nama baik negara sebaiknya,” ujar beliau kepada pihak media.
Dilaporkan bahawa konsert ini bakal mengukuhkan nama Malaysia dipersada antarabangsa dan memperkuatkan hubungan di antara Malaysia dan negara luar di samping memperkasa usaha Yayasan Prihatin Nasional untuk menganjurkan konsert amal antarabangsa berskala besar.
BACA LAGI: SPM 2022: Subjek Sejarah Catat Peningkatan Prestasi Terbaik, Pendidikan Moral Catat Penurunan
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
KREDIT FOTO: Yahoo, Yayasan Prihatin