Perkongsian pelakon popular, Nabila Huda mengenai perjalanan terakhir kucing kesayangan pertama yang dibela bernama Aoki baru-baru ini telah menarik perhatian ramai terutama di kalangan pencinta kucing.

Menurut Nabila atau nama sebenar Nabila Huda Suhaimi (40) perkongsian yang dibuat sebelum ini adalah semata-mata ingin memberi kesedaran kepada orang ramai tentang belas kasihan terhadap haiwan dan hatinya cukup tergores apabila ada pihak mengambil jalan mudah dengan membuang haiwan peliharaan yang sakit.

“Bagi saya masalah kewangan bukan alasan untuk buang haiwan peliharaan sesuka hati kerana seseorang itu sepatutnya sudah memikirkan semua kebarangkalian apabila memilih membela kucing atau haiwan lain di rumah”

ARTIKEL BERKAITAN: “Kalau ‘Attitude’ Baik Jauhlah Dia Akan Pergi, Kalau Tak Berapa Baik Itu…” -Nabila Huda

Perkongsian Tentang Aoki Buat Pencinta Kucing Timbul Kesedaran, Hati Nabila Huda Tergores Bila Dengar Haiwan Peliharaan Dibuang Semasa Sakit
Kredit: Instagram Nabila Huda

“Kalau anak kita sakit, tak mungkin kita akan buang sewenang-wenangnya anak itu, begitu jugalah dengan haiwan peliharaan kita,” ujar Nabila sebak ketika ditemui di sidang media Hikayat Bawah Putih Bawang Merah yang diadakan di TGV 1 Utama baru-baru ini.

Ads

Tambahnya, perkongsian mengenai Aoki bukan hanya sekadar untuk menimbulkan kesedaran tetapi secara tidak langsung dapat berkongsi ilmu mengenai kucing yang mungkin tidak diketahui ramai.

Bahkan ada di antara pengikut yang baru menyedari simptom yang dialami Aoki turut ada pada kucing yang pernah dipelihara.

Ads

ARTIKEL BERKAITAN: “Saya Akan Culik Anak Awak…” – Terima Ugutan Individu, Nabila Huda Dituduh ‘Claim’ Budaya Indonesia

Perkongsian Tentang Aoki Buat Pencinta Kucing Timbul Kesedaran, Hati Nabila Huda Tergores Bila Dengar Haiwan Peliharaan Dibuang Semasa Sakit
Kredit: Instagram Nabila Huda

“Mungkin ada pencinta kucing di luar sana yang tidak tahu tentang penyakit-penyakit dihidapi kucing. Saya sendiri tak tahu tentang simptom yang Aoki tunjuk pada awalnya. Paling menarik bila saya kongsi di media sosial, banyak benda yang pengikut saya jadikan rujukan,” jelasnya.

Ads

Terdahulu, Nabila memaklumkan Aoki mati akibat menghidap penyakit buah pinggang kronik tahap empat pada 2 Oktober.

Dalam perkembangan lain, Nabila bakal membintangi drama empat episod Hikayat Bawang Putih Bawang Merah yang akan disiarkan di Astro Ceria bermula 21 Oktober ini. Selain Nabila, Hikayat Bawang Putih turut dibintangi barisan pelakon terkenal termasuk Mira Filzah, Kamal Adli, Amalina Arham dan Datin Lisa Surihani.

Sumber: Sinar Harian

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti TelegramInstagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI