Jelas, sekarang merupakan waktu yang cukup manis buat insan bernama Noor Neelofa.
Setelah melancarkan aplikasi islamik, The Noor App semalam, Neelofa mengumumkan bahawa dirinya dan Pencetus Ummah (PU) Riz aau nama sebenarnya Haris Ismail berada dalam keadaan yang lebih baik dan lebih positif.
ARTIKEL BERKAITAN : Lihat 5 Cara Untuk ‘Personalize’ Aplikasi The Noor Cetusan Neelofa – REMAJA
Sebelum ini, Neelofa dan PU Riz telah menjadi topik perbualan hangat seluruh negara setelah hubungan mereka dilaporkan sedang berentakan. Ini berikutan muat naik secara ‘berjemaah’ yang dilakukan oleh ahli keluarga Neelofa sehingga ia mencetuskan spekulasi di kalangan peminat mereka berdua.
Bukan itu saja, fitnah yang mengaitkan pasangan itu dengan penggunaan minyak pengasih juga telah dinafikan sekeras-kerasnya oleh Neelofa dalam video yang terpaksa dimuat naik olehnya demi menjernihkan semula keadaan.
BACA LAGI : ‘Adik, You Are Still So Young’ – Neelofa Maafkan Individu Didakwa Menabur Fitnah – REMAJA
Lantas semasa acara pelancaran aplikasi The Noor secara atas talian dilakukan bersama pihak media, Neelofa menjelaskan bahawa salah faham yang berlaku di antara pasangan mahupun orang di sekeliling mereka adalah perkara biasa.
“Tipulah tak ada pahit manis atau naik turun dalam hubungan. Tapi kami belajar daripada apa yang berlaku. Kami berdua berjaya mengatasinya dengan bantuan keluarga. Alhamdulillah, semuanya semakin baik dan positif.
“Perlahan-lahan selepas kami berbincang dan berkomunikasi, hubungan (PU Riz dan keluarga Neelofa) semakin pulih. Perlu bagi masa untuk semua faham dan menerima,” jelasnya lagi yang akan berkongsi maklumat perkahwinannya dalam masa terdekat.
“Untuk berkongsi lebih terutama soal tarikh perkahwinan, bukan sekarang. Saya mungkin akan beritahu dalam masa terdekat, semuanya bergantung kepada keadaan pandemik ini.”
Sama-samalah kita doakan saja yang terbaik buat mereka berdua, okay.
ARTIKEL BERKAITAN : ‘Berpakat’ Kongsi Kata-Kata Sama, Adik-Beradik Neelofa Ingin Beri Hint Tertentu? – REMAJA