Bukan hanya menakut-nakutkan, perkara ini betul-betul berlaku dan akan dilaksanakan di negara jiran kita, Singapura mulai 8 Disember depan.
Seperti yang kita tahu pengambilan vaksin merupakan satu cara untuk mengurangkan kebolehjangkitan virus tersebut sesama manusia. Dan terbukti ianya berkesan setelah kita melihat kes baru kian menurun setiap hari di Malaysia. Namun usaha untuk mengembalikan taraf kehidupan yang baik tergendala dek segelintir kelompok yang dilihat bersikap antivaksin.
Memandang serius perkara ini, Kementerian Kesihatan Singapura (MOH) pada Isnin lepas mengumumkan bahawa majoriti golongan tersebut kini memerlukan rawatan intensif yang turut memberi tekanan besar kepada sistem penjagaan kesihatan setelah lonjakan luar biasa kes jangkitan sejak beberapa minggu lalu.
Justeru itu, pesakit COVID-19 yang tolak divaksin atas pilihan sendiri perlu menanggung kos perubatan apabila dimasukkan ke hospital atau mendapatkan rawatan.
Ads
Menurut laporan Mediacorp, pemerintah menanggung bil perubatan sepenuhnya kepada semua penduduk Singapura, penduduk tetap dan pemegang pas jangka masa panjang serta individu yang disahkan positif sejurus pulang dari luar negara.
MOH memaklumkan undang-undang baharu itu akan dilaksanakan kepada semua pesakit COVID-19 yang layak menerima vaksin, namun memilih untuk tidak divaksinkan.
Ads
“Dalam masa sekarang, individu yang belum menerima suntikan vaksin adalah majoriti yang ditahan di unit rawatan rapi dan secara tidak langsung menyumbang kepada tekanan sumber penjagaan kesihatan negara,” katanya.
Difahamkan, bil perubatan bagi individu yang sudah divaksin satu dos akan ditanggung oleh pemerintah sehingga 31 Disember bagi memberikan mereka masa untuk menerima vaksinasi lengkap, menurut MOH.
Pesakit COVID-19 yang tidak divaksin atas pilihan mereka sendiri masih boleh memanfaatkan aturan pembiayaan jagaan kesihatan biasa untuk membayar bil perubatan mereka jika boleh.
Ads
Hal ini juga, tidak mustahil akan dilaksanakan di Malaysia juga di masa akan datang.
Selepas timbul isu Pray4Cikgu Azizan kerana kesalahan menampar seorang murid yang didakwa mempengaruhi pelajar lain untuk sama menghidu gam, isu mengenai kebajikan guru tak pernah surut.
Jika zaman dahulu, guru begitu disanjungi malah mak ayah tak sesekali akan pernah ke sekolah untuk “menampar semula cikgu” jika guru menegur, mendidik mahupun merotan pelajar nakal tapi hari ini begitu berbeza.
Tindakan saman, hebahkan di media sosial dan ada ibu bapa lebih berani. Pergi sekolah dan terus maki hamun cikgu sebelum naik tangan ke muka. Kesudahannya, pelajar dan guru sama-sama rugi kerana ilmu sedia ada tidak dimanfaatkan.
Di sebalik isu pelajar – guru dan ibu bapa yang terlalu memanjakan anak-anak, Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia (NUTP) telah mencadangkan 23 Kod Etika Ibu Bapa/ Penjaga kepada Kementerian Pendidikan supaya diselaraskan di semua institusi pendidikan di seluruh Malaysia.
Presidennya, Kamarozaman Abd Razak berkata, kod etika tersebut sebagai garis panduan dan peraturan yang perlu dipatuhi oleh ibu bapa dan penjaga semasa berada di sekolah untuk menjaga keharmonian dalam kalangan ibu bapa, guru dan pelajar.
Menurutnya, ibu bapa perlu memahami kepentingan menjalinkan kerjasama erat bersama warga pendidikan dan ianya merupakan satu elemen penting dalam membentuk insan yang berilmu, bertanggungjawab, berakhlak mulia dan berkeupayaan mecapai kesejahteraan diri.
“Sebelum ini kod etika untuk ibu bapa dan penjaga adalah berdasarkan persefahaman dan tatatusila di antara pihak sekolah dengan ibu bapa dan penjaga.
“Melalui perkenalan kod etika ini dapat diseragamkan di seluruh institusi pendidikan di seluruh Malaysia sekaligus dapat menjamin persefahaman antara ibu bapa dengan sekolah,” katanya pada sidang media di Dewan Perjuangan, Wisma NUTP, di sini, hari ini.
Kamarozaman berkata, kod etika tersebut adalah hasil perbincangan bersama badan bukan kerajaan (NGO) seperti Malaysia Crime Prevention Foundation (MCPF), UNI- Malaysia Labour Centre (UNI-MLC), Persatuan Ibu Bapa dan Guru Taman Sekolah Kebangsaan Taman Semarak, Pertubuhan Lawyer Friend for Life (LFF), Sarawak Teachers Union, Yayasan Guru Tun Hussien Onn dan Polis Diraja Malaysia.
Menurutnya, antara cadangan yang terkandung dalam kod etika tersebut adalah ibu bapa dan penjaga perlu merujuk kepada pengetua atau guru besar terlebih dahulu sekiranya mempunyai sebarang masalah dengan guru-guru berkaitan anak mereka.
Jelasnya, ini kerana pihak pentadbir merupakan pihak yang bertanggungjawab untuk berbincang berkenaan permasalahan bersama guru dan ibu bapa.
Katanya, cadangan lain membabitkan Ibu bapa/ penjaga tidak dibenarkan membawa masuk topi keledar atau benda yang boleh mendatangkan mudarat atas dasar keselamatan dan pihak sekolah berhak menghubungi pihak polis jika arahan ini tidak dipatuhi.
Jelasnya, bagi menyokong persekitaran sekolah yang selamat, pihak sekolah tidak boleh bertolak ansur dengan ibu bapa yang menyalahgunakan atau mesej yang bernada mengancam seperti kiriman emel, teks, mel suara, telefon atau sebarang bentuk komunikasi bertulis serta media sosial seperti Facebook.
“Sekiranya perkara tersebut berlaku di kawasan sekolah, pihak pentadbir sekolah boleh menghubungi pihak berkuasa atau boleh melarang orang berkenaan memasuki kawasan sekolah.
“Kami tidak menganggu ibu bapa untuk datang ke sekolah tetapi perlulah ada tatatusila dan sekurang-kurangnya hubungi pihak sekolah atau PIBG sebelum membuat laporan polis kerana itu adalah langkah terakhir,” katanya.
Kamarozam berkata, cadangan tersebut akan diserahkan kepada Kementerian Pendidikan dalam masa tersebut untuk diluluskan sebelum diedarkan kepada ibu bapa/ penjaga sebagai garis panduan.
Sementara itu, Setiausaha Agung NUTP Harry Tan Huat Hock berkata, 23 kod etika tersebut membabitkan 15 panduan untuk dipatuhi dan lapan tingkah laku yang perlu dihindari.
Menurutnya, NUTP mengalu-alukan pendapat daripada Sekolah Pendidikan Khas dari segi kefahaman ibu bapa bagi memastikan anak-anak OKU yang mencederakan diri sendiri.
Biar hanya baru 3 garis panduan baru dikeluarkan dan 20 bakal menyusul, isu cikgu –pelajar ini perlu diperhalusi dengan kematangan ibu bapa. Jangan kita lihat guru gagal mendidik sebaliknya tanya apa kesalahan ibu bapa sendiri? Adakah kegagalan itu kita mahu percikkan ke muka orang lain kerana anak sendiri nakal. Ada beratus ribu pelajar, tetapi kenapa anak kita sahaja yang nakal. Jawapan itu hanya ibu bapa saja boleh menjawapnya.
Kes positif COVID-19 mencatatkan nilai empat angka sejak kebelakangan ini dan ia adalah satu kebimbangan buat masyarakat Malaysia. Saban hari, ada sahaja kes yang berlaku di sekeliling kita dan ia juga turut dijangkiti oleh orang-orang terdekat.
Selain hospital, Malaysia Agro Exposition Park Serdang (MAEPS) juga telah dijadikan sebagai pusat kuarantin untuk pesakit COVID-19. Menurut Astro Awani, Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID019 Berisiko Rendah (PKRC) di MAEPS masih mampu untuk menampung pesakit yang bergejela rendah.
Penggunaan katil di PKRC adalah sekitar 3,000 hingga 3,500 dan setakat ini masih terdapat kira-kira 5,000 katil yang masih belum digunakan.
Bagi mereka yang mungkin tertanya-tanya atau pun merupakan pesakit yang bakal dibawa ke MAEPS, korang mesti terfikir apa sahaja yang perlu dibawa ke sana bukan?
Seorang pengguna Facebook yang dikenali sebagai Nur Izyani Kamaruzman telah pun berkongsi info kerana wanita ini juga merupakan bekas pesakit COVID-19 yang pernah ditempatkan di MAEPS. Izyani turut berkongsi di sosial media tentang apa item penting yang perlu dibawa sekiranya korang positif COVID-19 dan dibawa ke MAEPS.
Wad Exora lebih kepada sharing halls, manakala Wad Airiz ada pembahagian bilik (mungkin katil double decker). Bilik air perlu dikongsi dan so far, memang bersih dan selesa. Adakalanya perlu ambil masa beratur, tapi tak mengapa, beratur sahaja laa.
Pesakit perlu dikuarantin lebih kurang 10 hari daripada tarikh swab diambil. Jadi, korang bolehlah agak masa. Antara item penting yang perlu dibawa:
• Makanan (mi segera, biskut, minuman 3 in 1 untuk 10 hari, terpulang pada kes masing-masing). Sarapan dalam pukul 8.15 pagi, makan tengah hari dalam pukul 12 tengah hari, makan malam sekitar 6.30 petang. Ada kes check in pukul 2-3 pagi, mungkin dari Melaka jadi makanan yang dibawa sangat diperlukan.
• Mug/cawan (nak bancuh air panas)
• Baju panas yang betul-betul boleh memanaskan
• Stokin (nak bawa gloves pun boleh sebab memang sejuk sangat)
• Al-quran, buku, gajet untuk mengisi masa terluang
• Di bangunan ini ada coffee machine yang guna QR code or bank cards (mahal dan selalu rosak)
• Selipar untuk ke tandas
• Tuala wanita
• Plug extension untuk cas barangan elektrik
• Duit untuk tambang balik. Discharge from MAEPS adalah atas tanggungan sendiri ya. Jadi, bersedia sehari sebelum discharge, pesakit akan dimaklumkan dan slip discharge akan diberikan.
Secara amnya, itu sahaja yang diperlukan dan semoga perkongsian ini dapat membantu individu yang terpaksa dikuarantin di MAEPS dalam membuat persediaan. Wanita ini juga menjelaskan bahawa dia tahu yang dia akan ke MAEPS pun hanya apabila sudah berada di dalam bas. Ambulan yang mengambilnya di rumah hanya hantar ke pusat pengumpulan pesakit.
Apa-apa pun diharap perkongsian ini dapat memberi manfaat dan sedikit sebanyak menjawab segala persoalan yang berlegar di fikiran korang. Hiks!
Kisah pelancong dihantar pulang dari Korea semakin menjadi bualan netizen di laman sosial. Terbaru, kisah Muhammad Shaifuddin mendapat perhatian apabila dia berkongsi pengalamannya menerusi laman Facebook Road To Korea kerana terpaksa pulang ke tanah air gara-gara butirannya yang ditanya oleh pihak imigresen Korea tidak lengkap.
Sampai saja di lapangan terbang Incheon, Muhammad Shaifuddin dan dua orang lagi rakannya terus ke imigresen untuk pemeriksaan keselamatan dan mendapatkan cop passport.
“Imigresen ade 7lane (2 untuk fast lane) selalunya fast lane jarang dibuka melainkan ade masalah atau pertanyaan panjang untuk pelancong . Jadi ramai yang beratur. Kami bertiga beratur di lane ke 5 , tetiba lane ke 6 dan 7 dibuka dan terus panggil kami berdua(mungkin dye curious dng kami berdua) Dye terus ambik pasport dan tanye datang dgn sape , nk pergi mane bla3. Lepas tuh dia tanye return tiket dan intenari. Silapnya di sini , semua return tiket dan inteneri ade dalam phone. Nak tunjuk dekat officer , officer dye dah tak layan”
Menurut Harian Metro, seorang lagi rakan Shaifuddin dilepaskan, hanya dua orang daripada mereka terpaksa berhadapan selama 7 jam untuk sesi soal jawab bersama pihak imigresen di bilik kuarintin.
Walaupun berusaha membela diri kerana tidak bersalah, mereka akhirnya terpaksa akur apabila diarahkan pulang ke Malaysia.
Impiannya untuk ke Korea Selatan sejak 2010 lagi kerana suka menonton rancangan realiti Running Man terkubur begitu saja.
Nasihatnya kepada orang lain jika ingin ke Korea, sediakan dokumen lengkap dan berpakaian kemas. Bagi lelaki, rambut tu biar kemas. Jangan bagi officer tu syak yang bukan-bukan.
Mungkin belum rezeki bro ni lagi untuk menjelajah Korea. InsyaAllah, satu hari nanti kami doakan agar korang boleh melancong di Korea lagi.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Baru-baru ini tular sebuah video iklan terbaru dari jenama fesyen Korea Selatan ‘Wacky Willy’ berjaya menarik perhatian pengguna media sosial kerana jalan penceritaan komedi...