Orang kata, kalau kita mulai ingin serius dengan pasangan baru, segala ‘bukti’ tentang perasaan kita terhadap lelaki atau perempuan lain sebelum ini haruslah dihapuskan. Termasuk foto di Instagram?

 

Yes! Model berusia 22 tahun dan personaliti TV, Hailey Baldwin merasakan adalah WAJIB untuk seseorang itu melupakan ‘sisa’ yang masih ada daripada hubungan lepas, termasuklah sebarang foto di Istagram

Walaupun menidakkan pernah ada perasaan cinta dengan penyanyi In My Blood, Shawn Mendes walaupun mereka sama-sama hadir di karpet merah Met Gala 2018 Mei lalu, Hailey nampaknya merasakan adalah perlu untuk memadam fotonya bersama Shawn di Instagram.

Ini kerana Hailey dikhabarkan sedang cuba untuk serius bersama Justin Bieber selepas mereka berdua dilihat lebih mesra sejak beberapa minggu lalu.

Ads

 

Perlu Ke Delete Foto Bersama ‘Lelaki Lain’ Selepas Ada BF? Hailey Baldwin Rasakan Ya!
Shawn Mendes dan Hailey Baldwin di Met Gala 2018.

 

Pada Mei lalu, ramai yang membuat spekulasi menyatakan ada sesuatu di antara Shawn dan Hailey memandangkan mereka berdua kelihatan rapat sejak akhir 2017. Malah, kehadiran bersama Met Gala seakan mengukuhkan spekulasi tersebut dan acara itu dikatakan adalah lokasi ‘merasmikan’ hubungan yang diperkatakan itu.

Namu, baik Hailey atau Shawn menidakkan perkara tersebut setelah mengakui masing-masing masih single.

Ads

“Kami hang out dan dia merupakan lelaki yang baik, a very nice young gentleman,” katanya kepada akhbar The UK Times, “Tetapi saya masih single.

“Sukar untuk kita mencari seseorang yang boleh ‘sekepala’ dengan kita dan (Shawn) is refreshing.

 

Perlu Ke Delete Foto Bersama ‘Lelaki Lain’ Selepas Ada BF? Hailey Baldwin Rasakan Ya!

Ads

 

Walaupun berkawan baik, nampaknya Hailey terpaksa memadam semua gambar bersama Shawn Jumaat lalu. Hhm, pelik kan.

Atau sememangnya itu adalah unwritten rules penting di dalam sesebuah perhubungan baru iaitu untuk menghapuskan segala memori yang kita ada bersama kawan lelaki atau perempuan lain, terutamanya kawan sekacak Shawn?

Hanya Hailey yang ada jawapannya.

 

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI