‘Perlu Pandai Bawa Diri & Jangan Mudah Putus Asa’ -Pesanan Siti Nurhaliza Buat Bakat Baharu

Share

Bermula tahun 1996 demi membantu keluarganya, tidak sangka penat lelah sebagai penyanyi berbayar jua. Malah, kini semakin mempunyai jumlah peminat dari serata nusantara tidak kira peringkat umur!

Siapa tidak kenal dengan figura ini. Bukan hanya berjaya dalam industri muzik tanah air, penyanyi nombor satu tanah air, Datuk Seri Siti Nurhaliza, telah mengecapi kejayaan dalam bidang perniagaan juga.

ARTIKEL BERKAITAN: Aktif Muay Thai Antara ‘Rahsia’ Siti Nurhaliza Kekal Terlihat Jelita, Awet Muda

Sebagai bintang legenda, penyanyi lagu popular Wajah Kekasih ini menitipkan nasihat dan pesanan buat bakat baharu di luar sana yang mahu ada kelas tersendiri dan kekal relevan sebagai anak seni.

“Walaupun sudah agak lama di dalam industri muzik, saya sentiasa berusaha memperbaiki, mencari formula baru, mengikuti perkembangan semasa dan harus bekerja keras untuk menempa nama.

“Saya yakin adik-adik saya di luar sana juga mempunyai bakat luar biasa, perlu pandai menjaga dan membawa diri, kerjaya diuruskan dengan baik dan jangan mudah putus ada,” katanya.

Sekadar informasi, pada tanggal 1 April lalu, genaplah 27 tahun penyanyi tersohor tanah air ini berlayar di persada seni tempatan.

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

SUMBER FOTO: Instagram Siti Nurhaliza

Published by
Fath