Penyanyi dan juga peserta The Hardest Singing Show (THSS), Ayda Jebat menganggap pentas THSS sebagai sebuah peluang yang baik untuk para peserta menonjolkan lagi bakat dan keunikkan masing-masing.
Menurut Ayda yang telah memukau para juri dan penonton pada minggu ketujuh dengan mempersembahkan lagu Shakira
La La La malam Ahad di pentas CIDB, rancangan THSS ini memerlukan setiap peserta untuk menampilkan kelainan pada setiap minggu.“Kreativiti di luar limitasi, kreativiti ada pelbagai jenis tapi bukan setiap minggu saya buat persembahan yang berbahaya. Kita ada juga minggu yang mana saya buat magis”
“Saya juga percaya THSS ini perlukan setiap peserta dan juga krew yang perform dengan kita untuk keluar dari diri yang sebenar. Sebab itu, setiap minggu mereka akan Level Up”
Dalam pada itu, Ayda juga berharap setiap kelainan yang dibawakan oleh peserta The Hardest Singing Show diterima baik oleh para juri dan penonton.
“Apabila berada dalam sebuah pertandingan, sudah tentu kita nak cabar diri untuk jadi lebih versatil. Jadi bila berada di atas pentas THSS, saya nampak ia adalah satu peluang untuk saya dan pasukan saya berkarya”
“Saya juga berharap agar pihak juri dan penonton dapat menerima setiap kelainan dan keunikan yang dibawakan bukan sahaja melalui nyanyian tapi persembahan dan apa sahaja kreativiti yang peserta tunjukkan atas pentas”
Sekadar info, THSS akan berlangsung selama 10 minggu dan dikendalikan oleh dua orang pengacara iaitu Nabil Ahmad dan Rina Nose. Setiap persembahan diadili oleh barisan juri profesional iaitu Edry Abdul Halim, Datuk Rossa dan Zizan Razak.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.