Hiburan

Perlu Waktu Untuk Album Baru, Adele Umum Bakal Berehat Dari Dunia Muzik Buat Sementara Waktu

Share

Selepas album berjudul 30 yang dilancarkan pada tahun 2021, penyanyi terkenal, Adele baru-baru ini mengumumkan bahawa dia akan berehat dari industri muzik.

Menurut Adele, buat masa ini dia tidak mempunyai sebarang perancangan untuk menghasilkan karya atau album baru dalam masa terdekat dan jika album tersebut dihasilkan, mungkin akan memerlukan beberapa waktu.

Penyanyi yang berusia 36 tahun itu juga berkata bahawa dia mahu berehat sementara daripada melakukan sebarang aktiviti yang melibatkan muzik selepas persembahan residen di Las Vegas tahun ini tamat.

Menerusi satu temu bual, penyanyi asal United Kingdom ini juga memberi gambaran bahawa dia sudah lama tidak menulis atau menggubah sebarang lagu baharu.

“Saya langsung tiada perancangan untuk lagu baharu. Tangki saya kosong buat masa sekarang ini. Saya mahu merehat panjang dan melakukan perkara kreatif lain buat seketika”

Bukan itu sahaja, pelantun lagu Hello ini juga secara berseloroh mendedahkan dia sudah lama tidak berlatih menyanyi di rumah seperti kebiasaan dilakukan sebelum ini.

Sekadar info, Adele akan membuat persembahan istimewa eksklusif di Munich pada 2, 3, 9 & 10 Ogos dengan tambahan tarikh pada 14, 16, 23 dan 24 Ogos ini. Difahamkan arena persembahan tersebut boleh memuatkan 80,000 orang penonton dalam satu malam.

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti TelegramInstagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Published by
ZOE