Satu posting oleh akaun Instagram, House of Pahang semalam mengesahkan keberadaan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Institut Jantung Negara (IJN).
Menurut Datuk Pengelola Bijaya Diraja daripada Istana Negara, Dato’ Indera Ahmad Fadil Shamsuddin, Baginda dirawat di wad di-Raja hospital tersebut sejak Isnin selepas mengadu kesihatan berada pada tahap tidak memuaskan.
“Selepas menerima nasihat, Al-Sultan Abdullah diletakkan di bawah pengawasan doktor dan keadaan Baginda tidak berada dalam situasi kritikal,” kata beliau sambil berkongsi bahawa Baginda dijangka akan dibenarkan keluar dari wad dalam waktu terdekat.
Dalam pada itu, beliau turut berkongsi bahawa Raja Permaisuri Agong, Tunku Aziziah Aminah Maimunah Iskandariah yang sedang dalam rangka lawatan peribadi ke Kota Bharu mengambil keputusan untuk bergegas pulang ke Kuala Lumpur untuk bersama Baginda sejak semalam. Lawatan yang dijadualkan berlangsung selama 3 hari itu dibatalkan serta-merta.
Sama-samalah kita menadah tangan dan mendoakan agar Yang di-Pertuan Agong terus dikurniakan kesihatan dan kesejahteraan demi memimpin Malaysia.
*
Tinjauan REMAJA di media sosial juga menunjukkan keprihatinan netizen tempatan yang mendoakan agar Baginda dikurniakan kesembuhan dengan segera.
*
*
Dirgahayu Tuanku.