Kiri, Kirsten Dunst sebagai Marie Antoinette dalam filem yang disiarkan pada tahun 2006. Sumber gambar: GQ. Kanan, Ilustrasi Marie Antoinette oleh pelukis. Sumber: Smithsonian Magazine

Kalau penulis sebut nama Perancis, pasti pembaca semua tahu tentang kehebatan dan juga keindahan negara ini. Ibu negaranya, Paris sentiasa menjadi tumpuan para pelancong dari Malaysia sebagai sebuah lokasi wajib dikunjungi jika ke Eropah.

Namun tahukah anda Perancis suatu ketika dahulu pernah diperintah oleh keluarga DiRaja sehinggalah institusi itu digulingkan. Paling menyayat hati Raja dan Permaisuri dipenggal kepala oleh puak menentang yang mengelarkan diri mereka pembawa revolusi yang akhirnya membentuk sebuah negara republik.

Ketika itu raja dan permaisuri terakhir yang berada ditakhta adalah Louise XVI dan Marie Antoinette. Baginda berdua ketika itu masing-masing berusia 38 dan 37 tahun ketika dihukum pancung pada 1793. Bila sebut nama permaisuri ini, pasti terbayang-bayang tentang kisah klasik popular Marie Antoinette yang banyak diadaptasi menjadi filem bukan?

Kalau ya, anda betul. Inilah figura Marie Antoinette yang dianggap sebagai ‘scapegoat’ queen atau dalam bahasa Melayu permaisuri kambing hitam. Tetapi kenapa ya? Benarkah dia kambing hitam atau memang betul kerakusan dan kemewahan yang ditonjolkan membuat rakyat marah?

Permaisuri Ini Punca Perancis Tidak Beraja? Boros & Mewah Saat Rakyat Sedang Susah?
Watak Marie Antoinette yang dilakonkan Kirsten Dunst. Sumber gambar: We Heart It

Marie Antoinette merupakan anakanda kepada Maria Theresa, Ratu kerajaan Habsburg dan Francis I yang merupakan pemerintah empayar Holy Roman. Dilahirkan pada 2 November 1755, baginda dikahwinkan dengan Louise XVI ketika berumur 14 tahun. Perkahwinan tanpa cinta ini dilihat sebagai satu strategi untuk mengukuhkan hubungan di antara Perancis dan Austria, yang mana kedua-dua negara itu mempunyai hubungan yang bergolak.

Ads

Walaubagaimanapun perkara ini tidak berlajan lancar kerana hubungan Marie dengan Austria dianggap satu pengkhianatan oleh rakyat negara tersebut. Sehinggakan pada tahun 1792, kerajaan revolusi merancang menyerang Austria dan ini semestinya menggugat kedudukan Marie kerana dia berasal dari sana. Bagai jatuh ditimpa tangga, Perancis kalah dalam serangan itu dan kekalahan tersebut dialihkan kepada Marie kononnya baginda yang membocorkan strategi kepada Austria.

PERMAISURI TERAKHIR PERANCIS

Sebagai permaisuri terakhir Perancis, ketika pemerintahan suaminya, pemerintahan baginda mendapat tentangan hebat melalui Revolusi Perancis yang mana ia merupakan revolusi untuk menghapuskan tradisi pemerintahan monarki mutlak.

Ads

Menurut sumber antara propaganda yang dilakukan adalah dengan memencemarkan imej baginda berdua kepada rakyat. Marie Antoinette terutamanya telah dilabel sebagai seorang permaisuri yang suka membazir sedangkan ketika itu rakyat sudah cukup tertekan dengan kemiskinan. Keinginan baginda dalam memiliki barangan mewah dan ketika itu baginda terlibat dalam skandal pembelian rantai berlian yang penuh kontroversi. Lebih teruk, Marie juga dilabel sebagai seorang permaisuri yang suka melakukan hubungan intim dengan ramai lelaki.

Permaisuri Ini Punca Perancis Tidak Beraja? Boros & Mewah Saat Rakyat Sedang Susah?
Marie merupakan Puteri Austria yang mana negara itu merupakan musuh Perancis. Sumber gambar: The Glam Pad

Namun ada perkara lain sebenarnya yang terjadi ketika itu yang menyebabkan ekonomi Perancis menjadi buruk iaitu campur tangan Perancis dalam membantu Amerika Syarikat menghalau British yang cuba menjajah negeri tersebut. Akibatnya, Perancis sendiri terhimpit dengan masalah kewangan.

Bagi mencari jalan keluar dari perkara ini Louise XVI cuba mengubah sistem cukai yang sedia ada. Ketika itu hanya rakyat jelata yang membayar cukai sedangkan pihak gereja dan bangsawan tidak dikenakan cukai. Apabila baginda mahu menukar sistem ini dan mengenakan cukai kepada golongan gereja dan bangsawan, tentangan hebat telah diterima. Keengganan para hartawan ini dilihat sebagai satu kegagalan sistem pemerintahan DiRaja yang tidak mengambil peduli hak rakyat.

Ads
Permaisuri Ini Punca Perancis Tidak Beraja? Boros & Mewah Saat Rakyat Sedang Susah?
Ilustrasi tentang bagaimana Marie Antoinette di pancung. Sumber gambar: ThoughtCo

Akhirnya pada tahun 1973 baginda berdua telah dihukum pancung oleh kerajaan revolusi. Louis XVI dihukum pancung 8 bulan sebelum Marie menerima nasib yang sama. Walaupun dianggap sebagai permaisuri yang mementingkan diri dan tidak mememikirkan rakyat. Sejarah mengenai baginda dan juga kisah hidupnya dirai sehinga kini sehinggakan baginda menjadi subjek untuk difilemkan.

Ada juga pihak berpendapat, Marie mungkin bukan seburuk yang dikatakan. Semuanya dilakukan pihak revolusi bagi memperlihatkan kegagalan kerajaan DiRaja sekaligus membuang kuasa monarki penuh. Kedudukan baginda sebagai anak kepada musuh negara Perancis menjadikan baginda ‘the perfect scapegoat’ tatkala rakyat sudah muak dengan kerajaan monarki.

Sumber: (1), (2), (3)

 

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI