Permohonan Biasiswa Yang di-Pertuan Agong Mula Dibuka Bagi Pelajar Sarjana & PHD

Share

 

Berita baik kepada pelajar institusi pendidikan tinggi apabila permohonan Biasiswa Yang di-Pertuan Agong atau BYPDA bagi 2022 telahpun dibuka bermula semalam, 19 Januari 2022.

Menurut Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), permohanan biasiswa ini dikhususkan kepada pelajar pengajian peringkat Sarjana dan Doktor Falsafah (PhD) sama ada yang menuntuk di dalam mahupun di luar negara.

Apa yang menarik mengenai biasiswa BYDPA ini adalah kerana ia menyediakan 12 biassiwa secara keseluruhannya; enam adalah untuk pelajar pengajian Sarjana dan enam lagi untuk pelajar pengajian PdD. BYPDA juga khusus untuk jurusan Sains & Teknologi, Ekonomi, Undang-Undang dan Kewangan Islam.

Tambah JPA lagi, calon perlulah terdiri daripada warganegara Malaysia yang berumur tidak lebih dari 35 tahun pada 1 Januari 2022. Mereka juga perlu mempunyai keputusan akademik cemerlang iaitu Purata Nilai Gred Kumulatif (CGPA) minimum 3.75 atau kelas pertama atau yang setaraf dengannya di peringkat Ijazah Sarjana Muda atau Sarjana.

Selain itu, JPA juga meletakkan syarat kelayakan lain di mana seorang calon perlulah telah mendapatkan tawaran tanpa syarat (unconditional offer) bagi pengajian secara sepenuh masa pada tahun penawaran atau telah memulakan pengajian secara sepenuh masa pada tahun penawaran di Institusi Pengajian Tinggi yang telah disenaraikan oleh JPA mengikut bidang pengajian.

Tentunya, sekiranya calon pernah aktif terlibat dalam aktiviti di luar jurusan mereka seperti penghasilan kerja-kerja kreatif & inovatif; sebagai contoh penulisan, reka cipta seni atau teknologi dan sebagainya, ia akan memberi kelebihan dan poin bonus buat calon Sarjana. Manakala bagi calon PhD, penglibatan aktif ini adalah salah satu daripaada syarat wajib.

ARTIKEL BERKAITAN : ‘Black Panther’ & 4 Selebriti Ini Sumbangkan Biasiswa Kepada Remaja Cemerlang – REMAJA

Bagi mereka yang layak dan berminat untuk memohon, mereka boleh berbuat sedemikian dengan mengisi borang permohonan secara dalam talian menerusi portal esilav2.jpa.gov.my bermula sekarang hinggalah tarikh tutupnya pada 22 Februari 2022.

Untuk setiap permohonan, pelajar perlu melengkapkan borang permohonan dan menyediakan dokumen sokongan seperti yang dituntut dalam senarai syarat-syarat permohonan. Ia perlu dikemukakan dan diterima oleh pihak JPA sebelum atau pada 22 Februari sama ada secara serahan tangan ataupun melalui kiriman pos.

Haa, ada yang berminat dan layak?

Dapatkan makluman lanjut mengenai biasiswa BYDPA ini menerusi portal JPA atau hubungi talian 03-8885 3879 / 3569 / 3438 / 3371 / 3571 pada hari bekerja mulai 9 pagi higga 5 petang atau emelkan pertanyaan kepada penawaranldp@jpa.gov.my.

All the best!

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Sumber : BERNAMA

Published by
FZ