Permohonan Ke IPTA, Lepasan SPM 2020 Boleh ‘Update’ UPU Online Mulai 15 Jun

Share

Hari ini, keputusan SPM 2020 telah pun diumumkan dan mencatatkan pencapaian yang lebih baik dengan Gred Purata Nasional (GPN) 4.80, berbanding 4.86 pada tahun lepas.

Syabas kami ucapkan kepada semua calon SPM 2020.

Bagi lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), mendapat tahu keputusan berjaya memasuki university mana adalah debaran paling havoc

. Ini kerana dengan penerimaan ke universiti yang dipohon, ia adalah satu tiket melangkah ke alam remaja yang menyeronokkan.

Buat lepasan SPM 2020, sila alert dan beri perhatian pada  15 Jun nanti kerana fasa pengemaskinian UPUOnline hanya akan dibuka selama tujuh hari bermula 15 Jun ini pada 12 tengah hari dan akan ditutup pada pukul 5 petang 21 Jun.

Kementerian Pengajian Tinggi dalam satu kenyataan memaklumkan, pemohon boleh mengemas kini semua pilihan program pengajian berdasarkan keputusan SPM 2020 kecuali program pengajian yang telah dipanggil temu duga, ujian atau kedua-duanya.

“Hebahan keputusan permohonan UPUOnline lepasan SPM Sesi Akademik 2021/2022 dijangka dibuat pada minggu ketiga Julai 2021,” memetik kenyataan itu.

Akibat pandemik Covid-19, KPT juga akan melaksanakan program Jom Masuk IPT Virtual 2021 (JMIPT Virtual 2021) dengan kerjasama rakan strategik Universiti Malaya (UM) bagi memastikan penyampaian maklumat berkaitan akses pendidikan tinggi tidak terjejas .

JMIPT Virtual 2021 menyediakan 29 slot webinar, sesi ‘live chat’ dan konsultasi secara berkelompok dan individu oleh pempamer secara virtual. KPT turut mengekalkan jaringan komunikasi sedia ada iaitu talian hotline, sistem maklum balas dan emel rasmi sepanjang program berlangsung.

Jangan lepaskan peluang ini, all the best guys!!!

#KitaJagaKita
#KitaMestiMenang

Published by
Nana