Musim keempat program nyanyian Big Stage yang bermula pada malam ini telah melunaskan janjinya untuk memberikan kejutan.
Selain memperkenalkan dua kerusi baharu di meja juri iaitu Juri Juara yang diwakili oleh juara Gegar Vaganza musim ke-8, Alif Aziz dan Juri Pedas menerusi Mas Idayu, Big Stage 2022 juga nampaknya mengekalkan tugas Presiden Netizen dan kali ini, ia diwakili oleh usahawan popular yang baru saja terkesan dengan kontroversi dalam dunia hiburan, Dato’ Seri Vida.
Kemunculan DSV yang diumumkan oleh pengacara, Aliff Satar dan Sherry Alhadad merupakan ‘rahsia besar’ yang disimpan oleh produksi Astro Ria sebagai penyeri bagi musim kali ini.
“Hi semua, Assalamualaikum. Saya Dato’ Seri Vida. Nak mula buku baharu, perjalanan baharu di Big Stage ini. Jadi untuk mulakan benda yang baik, saya nak mohon maaf… saya perlukan kemaafan semua untuk saya bermula.
“Jadi, saya dengan rela hati memohon maaf andai ada perkara yang mengguris hati rakyat Malaysia; terkasar bahasa tersilap kata, maafkan saya.
“Dan saya harapkan dengan kehadiran saya dalam Big Stage ini boleh memberikan inspirasi kepada peserta-peserta dan penonton setia Big Stage. Akhir kata, terimalah saya seadanya. Yang buruk itu daripada kekhilafan saya, yang baik itu daripada Allah SWT. Terimalah saya Dato’ Seri Vida. Assalamualaikum wrh wbt,” pintanya sewaktu kemunculan tersebut.
Turut berada di meja panel pada musim kali ini ialah Datuk Seri Siti Nurhaliza dan Ajai.
Siapa peserta kegemaran korang dalam program Big Stage 2022 ini? Dengar khabar ada seorang lagi peserta baharu yang akan melengkapkan barisan 12 orang peserta.
ARTIKEL BERKAITAN : Medan Pertarungan Penyanyi Serumpun, Big Stage 2022 Perkenal Peserta Malaysia, Brunei & Indonesia – REMAJA
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.