Memang seronok baru bernikah tapi korang sedar tak perbuatan yang kita anggap untuk suka-suka ini boleh mengudang dosa dan fitnah.
Mungkin ramai kurang sedar atau tidak memahami, namun baru-baru ini kecoh tentang trend yang dipanggil ‘unboxing’ isteri di media sosial sehingga menjadi perdebatan dalam kalangan warganet.
ARTIKEL BERKAITAN : Jangan Seronok Main ‘Add Yours Challenge’ Di Instagram, Boleh Jadi Sasaran ‘Scammer’!
Bagi korang yang tak tahu, ‘unboxing’ isteri ini dimuatnaik dalam bentuk video memaparkan pasangan pengantin baru yang masih berbusana pengantin, di mana si suami akan membuka aksesori yang dipakai isteri di hari perkahwinan mereka.
Aduiyaii…ini pun boleh jadi trend eh…
Video sedemikian mendapat kritikan daripada banyak pihak yang kurang bersetuju dengan trend baharu ini kerana dilihat kurang sesuai menjadi tatapan umum terutamanya kanak-kanak.
Oleh itu, Jabatan Agama Islam Perak (JAIPK) melalui laman Facebook rasmi memuat naik ulasan pendek mengenai isu ini agar dapat memberi penjelasan kepada masyarakat.
Menurut JAIPK, perbuatan ‘unboxing’ isteri ini perlu dijauhkan kerana para suami wajib memelihara serta melindungi kehormatan dan maruah diri mahupun isteri.
”Kemesraan suami isteri adalah amalan yang baik namun tidak boleh dipertontonkan, apatah lagi jika ia melanggar batasan syarak.
”Perbuatan ‘unboxing’ isteri adalah bukan ajaran Islam kerana ia adalah permulaan kepada dosa dan mengundang fitnah,” kata JAIPK.
Jelas JAIPK, larangan terhadap perbuatan ‘unboxing’ isteri ini adalah berdasarkan kaedah sadd al-zarai’ iaitu menutup punca keburukan.
Apa pandangan korang?
Moga jadi peringatan kepada semua…Ishh tak perlu la nak ikut sangat budaya luar ni.
Sumber: Jabatan Agama Islam Perak