Pernah Alami Masalah Jerawat Teruk, Harris Annuar Kongsi Tip Skincare & Pemakanan

Share

Masalah jerawat bukan hanya dihadapi oleh golongan wanita, malah kaum lelaki juga tidak terkecuali daripada mengalaminya.

Selebriti media sosial dan finalis Hero Remaja 2017, Harris Annuar mengakui bahawa dia pernah berhadapan dengan masalah jerawat yang teruk beberapa tahun dahulu hingga membuatkannya hilang keyakinan diri.

“Sebelum Harris menyertai pencarian Hero Remaja 2017, Harris memang mempunyai masalah kulit muka berjerawat sejak tahun 2013 lagi. Jadi, kali ini Harris nak kongsi sedikit tip dan bagaimana cara Harris merawat masalah kulit berjerawat,”

“Sebenarnya tidak ada banyak rutin penjagaan muka yang Harris lakukan. Biasalah lelaki kan. Buat perkara basic sahaja. Selalunya kalau nak cuci muka, Harris akan cari pencuci muka yang agak mild dan bukannya scrub. Kalau kita pakai yang scrub punya, kulit akan jadi kering dan bila terlalu kering ia akan menambahkan lagi jerawat pada kulit muka,” jelas Harris.

Harris menggunakan pencuci muka Nivea Men Acne Mud Foam dan dia sempat menunjukkan teknik cucian muka yang boleh diamalkan oleh korang semua.

“Pertama sekali, apa yang telah diajarkan oleh Mommy Harris, kita lakukan teknik urutan circle pada pipi dan ratakan pada seluruh wajah serta bahagian hidung. Kalau di bahagian hidung, lakukan teknik V motion dan pastikan jangan lupa untuk ratakan pencuci itu di bahagian dahi juga,”

“Selain daripada melakukan penjagaan pada kulit wajah, untuk mengurangkan masalah jerawat juga kita harus menjaga pemakanan. Kalau dulu, Harris memang akan elakkan makan coklat dan kekacang, sebaliknya Harris banyakkan memakan buah tomato. Tomato adalah makanan yang baik untuk membuatkan kulit korang sihat,”

“Satu lagi tip yang Harris nak kongsi, sebelum tidur pastikan korang kena cuci muka terlebih dahulu sebab dah seharian kulit terbiar di luar. Harris juga kini telah mempunyai produk sendiri iaitu PGO Drying Lotion. Produk ini akan dipakai selepas setiap kali cuci muka dan sebelum tidur. Caranya mudah sahaja, letakkan krim tersebut pada jerawat korang dan biarkan semalaman,”

“Ini sahajalah rutin skincare yang Harris lakukan setiap hari untuk dapatkan kulit yang sihat dan bebas jerawat. Harris harap perkongsian ini dapat memberi manfaat buat korang yang juga mempunyai masalah kulit berjerawat,” jelas Harris lagi.

Published by
Noor Ain Norman