Anastasiya Knyazeva pernah dinobat kanak-kanak paling cantik didunia ketika berusia 6 tahun.
Memiliki rupa paras cantik dengan mata biru yang memukau seperti anak patung. Anastasia jadi bualan kerana itu. Malah, dia juga dilantik menjadi model untuk beberapa jenama terkemuka dunia dan mempunyai jumlah pengikut yang ramai Instagram ketika itu.
Kini sudah berusia 13 tahun dan menginjak remaja, ini wajah terbarunya:
Fakta Menarik Anastasiya
- Anastasiya Knyazeva, merupakan seorang model kanak-kanak dari Rusia, menjadi viral di laman sosial, dek kerana mempunyai senyuman dan mata yang mempesonakan ketika berusia 6 tahun.
- Sehingga kini, Anastasiya mempunyai lebih dari 1.1M pengikut di laman Instagram nya.
- Dia juga merupakan seorang model kanak-kanak yang berjaya dan pernah membintangi beberapa kempen termasuk jenama Rusia Chobi Kids.
- Anastasia menjadi rebutan dari pelbagai syarikat periklanan untuk menjadikannya sebagai model malah duta yang berasaskan produk berprofil tinggi..
- Anak mata berwarna biru, rambut lurus yang tersisir rapi saling tak tumpah seperti patung barbie yang digilai oleh ramai kanak-kanak di luar sana.
- Ibunya, Anna, telah membuka akaun media sosial untuk anaknya itu sejak Anastasi berusia empat tahun
- Anastasiya Knyazeva lahir pada June 30, 2011, di Moscow, Rusia.
- Mempunyai seorang kakak yang juga kadang-kadang muncul dalam gambar di Instagramnya
- Dianggap sebagai ikon fesyen kanak-kanak oleh peminat di seluruh dunia
BACA LAGI: “Saya Risau Leona Ni Jenis Hari-Hari Bodoh…”, Azhar Sulaiman Bimbang Karenah Anak Perempuan – REMAJA
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER : Instagram Князева Анастасия (@knyazeva_anastasiya_official)
“Typical Malaysian”, Perkongsian Baik Isteri Paru-Paru Suami Bocor Akibat Wap Vape Jadi Kecaman
Semalam tular di media sosial perkongsian dari seorang isteri bahawa paru-paru suaminya bocor akibat positif tibi.
Malah doktor yang merawat suaminya memaklumkan antara punca seorang individu boleh dijangkiti tibi disebabkan dua kemungkinan iaitu, dalam badan manusia memang ada sel tibi cumanya tak aktif. Bila kuman tibi tu akan aktif?
Apabila kita dikelilingi/didekati oleh pesakit tibi (+ve) . Kita mudah untuk dijangkiti tibi.
One more is apabila peparu kita lembab ia akan aktifkan kuman tibi tu malah ia akan menjadi teruk boleh menyebabkan peparu kita bocor sebab kuman tu aktif.
Macam mana boleh terjadi ya peparu lembab?
Penghisap vape sekalian, asap yang kamu semua seburkan itu berbentuk wap air yang berperisa. Banyak flavors betul? Sedap sungguhkan. Tapi risikonya asap yang disebur itu akan menjadi wap air bila kita terhidu ia akan menyebabkan peparu kita lembab. Sebab itu la kuman tibi akan diaktif, sebab peparu kita lembab.
Bila peparu kita lembab kita mudah diserang macam macam penyakit, termasukla ia akan menyebabkan kebocoran sedikit demi sedikit di peparu kita.
Perkongsian di fb Key Arina mengenai keadaan suaminya yang mengalami kebocoran paru-paru telah menjadi viral dan mendapat 16 K share dan 13K komen.
NAMUN seperti biasa, typical Malaysian hanya tahu kondem dan mengejek terutama dari perokok dan kaki vaping yang merasakan hanya mereka saja betul.
Soal kesihatan bukan isu main-main. Hanya mereka yang sakit saja tahu kesan dan akibat serta penderitaannya.
Malah di Amerika turut membuktikan ketagihan vape boleh mengakibatkan paru-paru bocor dan remaja berusia 17 tahun itu sudah pun mendapatkan paru-paru baru selepas paru-parunya rosak teruk akibat ketagihan vape.
Bacalah perkongsian dari Key Arina hari ini selepas perkongsiannya tular di media sosial.
Seperti katanya, manusia berhak memberi pendapat kerana kita manusia tak lari daripada kesilapan.
Alhamdulillah yang mana mengambil ikhtibar dari kejadian yang nana share semoga anda semua istiqomah dalam usaha berhenti merokok dan vape.
Pelbagai komen pandangan hanya yang lalui sahaja yang tahu betapa besarkan kesan rokok mahupun vape.
Untuk kes husband saya , kahaknya still negative tak growth so dia adalah pesakit tibi (-ve) . Alhamdulillah kami ikhtiar dengan pelbagai cara , ROKOK & VAPE alhamdulillah dah berhenti dekat 2 bulan.
Alhamdulillah tca yang lepas xraynya makin CLEAR daripada sebelum ini. Jangan salahkan product ataupun apa saja salahkan la diri sendiri yang masih menegakkan benda yang terjadi merata rata. Asbab ikhtiar tu terpulang pada diri masing masing.
Saya dah jelaskan disitu 2 possibility ;
*ENVIROMENT dikelilingi dengan pesakit tibi (+ve) , ataupun dari tempat kerja sendiri yang banyak foreigner
*Disebabkan diri sendiri adalah perokok/penghisap vape
KENAPA SAYA KATAKAN ROKOK/VAPE MEMBAWA SEDIKIT SEBANYAK IMPAK TIBI?
Kepada perokok & penghisap vape sekalian cabarla diri anda ke hospital swasta/kerajaan detail fbc blood test & xray. Ada lebihan duit pergi la swasta untuk urusan yang lebih pantas and diconsult oleh doktor doktor pakar yang ada , bukan saya kata hospital kerajaan tak bagus cuba untuk mendapatkan keputusan yang lebih cepat sebelum ia menjadi teruk I choose swasta and sekarang pun saya continue tca hanya di hospital kerajaan.
Balik pada isu perokok/penghisap vape sekalian. Adakah kamu yakin bahawa peparu anda clear? Tiada masalah langsung? Sekarang dah banyak sangat penghisap vape yang peparunya bocor and soon on . Terpulang la pada diri anda , anda berhak membuat keputusan.
Vape ini adalah salah satu punca kenapa husband saya terkena tibi , sebab tibi selalu di uji dengan kahak once kahak dia growth ataupun (+ve) ia adalah pesakit TIBI (+ve), tapi husband saya disahkan TIBI base on result CT SCAN yang dilakukan. Dan doc bagitau vape mungkin juga punca tibi , dan dinasihatkan supaya berhenti rokok/vape kerana telah menyebabkan peparunya bocor walaupun hanya sedikit beberapa mm sahaja, virus tibi tu makan organ dalaman. Alhamdulillah sekarang dah recover syukur.
And juga mungkin atas kesilapan diri sendiri berkongsi vape/rokok dengan orang lain tapi balik pada kejadian Allah kalau dia nak uji seseorang tu tak kira siapa di mana bagaimana ia akan datang cepat atau lambat sahaja. Semoga menjadi ikhtibar kepada semua.
KENAPA KALAU SAKIT SOALAN PERTAMA DOKTOR TANYA ADAKAH KAMU HISAP ROKOK/VAPE ?
*Sebab rokok/vape merupakan salah satu sebabnya kita dijangkiti pelbagai penyakit mahupun asthma, masalah peparu, mahupun jantung.
ROKOK MAHUPUN VAPE SILENT KILLER YANG BERLELUASA NOWDAY!
SAYANGI LA PEPARU ANDA
Yang masih muda fikir la kehadapan buka la minda anda dengan mengambil ikhtibar daripada apa yang terjadi di persekitaran kita ini bukan kita menyokong benda yang memang buruk padahnya
ONLY YOU CAN CHANGE YOURSELF & YOUR MIND
Disini saya selitkan la beberapa comment yang terjadi pada diri mereka sendiri yang mereka share di dalam comment mungkin kita tak perasan.
semoga kita terus positive and berfikiran jauh kehadapan.
KESIHATAN TAK BOLEH DIGANTI DENGAN WANG RINGGIT MAHUPUN VAPE & ROKOK.
DAH TERKENA TAK PANDANG DAH VAPE & ROKOK TU TRUST ME
Memang akan ambil masa and akan jadi ketagih tapi kalau kamu dikelilingi orang yang positive and bantu kamu untuk berhenti inshaAllah boleh
Biar la tak dapat rokok/vape selsema menangis daripada NANTI MENANGIS KERANA DERITA PELBAGAI PENYAKIT.
Kejap jea sakit ketagih tu ANDA BOLEH BERUBAH.
Serendah RM10 & Berusia 21 Tahun, Korang Boleh Lepaskan Taraf Warganegara & Duduk Di Luar Negara
Isi Kandungan
ToggleTentu ramai yang tertanya-tanya bagaimana seorang individu melepaskan taraf warganegara dipegangnya.
Menurut peraturan dikeluarkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), seorang individu tidak boleh memiliki dua kewarganegaraan di mana ia perlu dilucutkan satu darinya berdasarkan Perkara 23 Perlembangaan Persekutuan.
Masa yang sama, Perkara 24(1) Perlembagaan Persekutuan menyebut kerajaan Persekutuan juga boleh melucutkan kewarganegaraan Malaysia kepada individu yang telah memperoleh kewarganegaraan negara lain.
Untuk pengetahuan korang, dalam tempoh 20 tahun ini seramai 81,950 warganegara Malaysia telah melepaskan taraf warganegara dan memilih duduk di negara yang menjadi pilihan mereka dan sudah pun memperoleh taraf warganegara negara pilihan.
Ramai di antara kita tertanya-tanya bagaimana prosedur seorang individu (warganegara Malaysia) boleh melepaskan taraf warganegara dan apakah cara melakukannya.
Menurut portal rasmi Jabatan Pendaftaran Negara, sebelum korang lepaskan warganegara Malaysia sebab rasa Malaysia tak ada salji, tak ada ladang anggur, gaji rendah, selesa bekerja di luar negara atau apa saja alasan korang untuk duduk di negara pilihan, pertamanya korang mestilah berusia 21 tahun ke atas (terkecuali bagi perempuan dan berkahwin ya).
Paling utama sebelum lepaskan taraf warganegara tu, korang wajib mendapat surat dan passport dari negara pilihan korang tu. Maksudnya jangan suka-suka lepaskan taraf warganegara sebab bosan Malaysia tak ada ladang anggur atau epal atau sebab gaji korang kecil di sini.
Kenapa usia mesti 21 tahun ke atas? Sebabnya kalau di Malaysia, korang dan boleh pilih pemimpin dengan boleh mengundi dan bebas membuat pilihan. Kalau umur belum capai 21 tahun, redha je la walau tak suka.
Menurut peraturan di keluarkan oleh JPN, bagi mereka yang berumur dua puluh satu tahun atau lebih, sempurna akal dan yang telah menjadi atau akan menjadi warganegara asing boleh menolak taraf kewarganegaraan Malaysianya. Bagi perempuan yang telah berkahwin faktor umur tidak diambil kira. Nie maklumat lanjut lagi ya.
1.Pemohon hendaklah berumur 21 tahun ke atas.
2. Sempurna akal.
3. Telah memperolehi taraf warganegara negara asing atau perakuan negara berkenaan akan menjadi warganegara negara asing.
4. Mengisi Borang K dalam 2 salinan dengan lengkap dan sertakan salinan dokumen yang perlu dibawa bersama (with copies of the necessary documents).
Nak ke mana lepas ada semua tu?
Pemohon dikehendaki hadir sendiri di mana-mana kaunter Bahagian Kewarganegaraan JPN atau di Pejabat Konsul Malaysia di luar negara dengan melengkapi 2 keping Borang K (asal).
1. Salinan pasport Negara asing
2. Salinan sijil warganegara Negara asing atau Salinan Surat Pengesahan yang pemohon akan menjadi Warganegara asing
3. Sijil kelahiran atau Cabutan sijil kelahiran terbaru bagi kelahiran di Malaysia atau Borang W bagi kelahiran di Luar Negara (jika ada)
4. Sijil Warganegara (jika ada)
5. Kad pengenalan (jika ada)
6. 2 keping gambar pemohon berukuran pasport, berlatar belakang biru
7. Cap ibu jari kiri dan kanan pemohon
8. Borang K hendaklah ditandatangani dan disahkan dihadapan Majistret/Jaksa Pendamai/Peguamcara/Notari Awam atau Pesuruhjaya Sumpah
9. Pasport Malaysia atau lain-lain dokumen perjalanan
10. Dokumen perkahwinan (jika perempuan yang berumur bawah 21 tahun)
Nota: Semua salinan fotostat dokumen-dokumen sokongan hendaklah dibuat di atas kertas bersaiz A4
Bayaran murah je gais, RM10 saja
RM10.00 bayaran pendaftaran permohonan.
Muatturun borang K di sini .
Makluman lain
Semua permohonan urusan kewarganegaraan hendaklah menggunakan borang asal . Borang-borang boleh didapatkan daripada Ibu Pejabat JPN Putrajaya atau mana-mana Ibu Pejabat JPN Negeri / Cawangan. Bagi permohonan pendaftaran kelahiran luar negara dan pelepasan kewarganegaraan, borang boleh juga didapatkan dari Pejabat Konsul di luar negara.
Hokay, itulah saja syarat-syaratnya. Mudah sangat-sangatkan. Tapi bila dah buat keputusan jangan rasa menyesal ya. Kata orang hujan emas negara orang, hujan batu negara sendiri. Katanya lagi best hujan batu sebab kalau kena kepala berlubang, hikz. Gurau ajer…
Do’s & Don’t! 9 Perkara PENTING Pengundi Pertama Kali Perlu Lakukan Bila Pulang Mengundi
Isi Kandungan
ToggleDemam PRU14 nampaknya semakin hari semakin dirasai. Bagi pengundi pertama kali ia merupakan satu pengalaman baru yang sangat dinantikan. Menurut laporan dianggarkan kira-kira lima juta orang muda yang akan mengundi buat pertama kali pada PRU14 ini. Ia merupakan satu jumlah yang cukup signifikan dan mampu memberikan impak besar terhadap keputusan pilihan raya.
Namun sebagi pengundi pertama kali terdapat beberapa perkara yang harus korang ketahui dan lakukan terutamanya buat yang ingin pukang ke kampung halaman untuk mengundi. Jom ikuti perkongsian Remaja tentag perkara utama yang perlu kamu lakukan bila pulang mengundi!
1. Rancang perjalanan
Pasti ramai anak perantauan yang akan balik ke kampung halaman bagi menunaikan tanggungjawab mereka kepada negara. Berkemungkinan besar jumlah trafik terutamanya di lebuh raya utama menuju ke Utara, Selatan dan Timur akan sesak. Jadi, rancanglah perjalanan dengan baik.
2. Carpool atau berkongsi kereta
Mengamalkan perkongsian kereta untuk pulang mengundi bukan sahaja menjimatkan wang tetapi ia juga boleh memberikan kebaikan kepada alam sekitar dan mengurangkan kesesakan jalan raya. Carilah ahli keluarga atau rakan-rakan yang pulang ke arah yang sama dan berkongsi menaiki kereta. Lagipun ia boleh beri satu pengalaman yang cukup menyeronokkan. Cuma janganlah sampai bertelagah dalam kereta sebab fahaman politik berbeza ya. Hehe.
3. Beli tiket bas lebih awal
Permintaan tiket bas untuk kesemua destinasi pastinya akan meningkat berkali-kali ganda sempena Pilihan Raya Umum Malaysia ke-14. Untuk mengelakkan daripada korang terlepas atau kalut di saat-saat alhir, dapatkanlah tiket bas dengan segera. Jangan tunggu bila sudah hampir hari mengundi baru tergadah mencari tiket bas. Dna jika terserempak dengan ulat tiket, jangan teragak-agak untuk melaporkan kepada pihak berkuasa.
4. Rancang tugasan kerja dengan baik
Kerajaan hari ini telah mengistiharkan bahawa tarikh hari mengundi iaitu 9 Mei sebagai hari kelepasan am bagi seluruh negara. Ia bagi membolehkan semua rakyat Malaysia yang layak mengundi menunaikan tanggungjawab mereka dengan baik. Untuk korang yang sudah bekerja, rancanglah tugasan di pejabat atau di universiti dengan baik agar ia tidak menggangu urusan korang pada hari mengundi. Siapkan tugasan dan rancanglah dengan rakan sekerja atau majikan dengan baik.
5. Jangan terlalu teruja
Remaja cukup pasti, ramai antara kamu pengundi baru atau pertama kali akan berasa sangat teruja dengan ketibaan PRU. Setiap orang mempunyai pelbagai cara menunjukkan sokongan mereka kepada parti pilihan masing-masing. Ada yang memasang bendera di kenderaan dan ada juga mengenakan topi atau t-shirt. Namun, berpada-padalah janganlah sampai membahayakan diri. Contohnya memasang bendera di atas pokok. Usahlah sampaui membahayakan diri sendiri dengan memanjat pokok tinggi bagi memasang bendera. Ketahuilah bendera paling tinggi tidak menjamin mana-mana parti menang PRU.
ARTIKEL BERKAITAN: PRU14- Proses Pilihan Raya Yang Pengundi Pertama Seperti Korang Perlu Tahu
6. Ambil tahu selok belok PRU
Ya, kamu sudah mendaftar dan bakal pulang menunaikan tanggungjawab ini untuk pertama kali buat negara tercinta. Akan tetapi sudahkah kamu ambil tahu tentang bagaimanakah proses perjalanan PRU ini berlangsung. Dan adakah kamu sudah tahu apakan yang perlu kamu lakukan dan perlu elak semasa proses membuang undi? Usah nanti kamu menjadi seperti rusa masuk kampung tercengang-cengang tidak tahu nak buat apa bila tiba masanya untuk mengundi. Layari laman sesawang rasmi SPR yang cukup sarat dengan pelbagai informasi tentang PRU.
7. Usah berpecah belah
Bila pulang ke kampung halaman masing-masing nanti pastinya kamu akan bertemu dengan sanak-saudara serta jiran-jiran terdekat.Dan bila semua sudah berkumpul pastinya perbualan tentang politik pasti tidak akan terlepas. Sebagai orang muda dan pengundi pertama kamu usahlah menjadi terlalu teruja hingga bertikam lidah dengan orang lebih tua semata-mata pegangan politik berbeza. Sudah banyak kes kita dengar ada ahli keluarga tidak bertegur sapa hanya kerana perbezaan ini. Ingat, undi itu rahsia!
8. Raikan perbezaan dengan matang
Generasi muda seperti korang merupakan penentu masa depan negara. Didiklah diri sendiri untuk menjadi individu yang meraikan perbezaan fahaman antara satu sama lain. Tidak gunanya untuk korang beremosi berlebih-lebihan tidak kiralah sama ada pihak yang kamu sokong menang atau kalah. Raikan keindahan hak korang sebagai salah satu tunjang negara kita yang mengamalkan sistem demokrasi berpelembagaan.
9. Pastikan rumah berkunci rapi
Bagi kamu yang mengambil cuti lebih sehari dan pulang lebih lama, sila pastikan rumah berkunci dengan baik. Jika perlu, maklumkan kepada jiran tetangga bahawa kamu akan pulang selama beberapa hari. Sekurang-kurangnya bolehlah mereka tolong tengokkan rumah kamu.