Pernah Disekat & Sambut Konvo Di Airport, Syed Saddiq Bantah Tarik Ijazah Pelajar Protes Minta VC Letak Jawatan

Share

Majlis konvokesyen merupakan satu majlis yang terindah dan dikenang sepanjang hidup, selepas penat lelah belajar hingga bergelar graduan.

Namun insiden baru-baru ini yang viral apabila seorang pelajar membuat “hal” ketika menghadiri hari konvokesyennya sedikit sebanyak menggugat institusi pendidikan negara.

Terpanggil untuk bersuara dan memberikan pendapatnya, Menteri Belia Dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abd Rahman sebentar tadi ada memuat naik sekeping gambar 'throwback' ketika dia menyambut konvo dengan caption yang panjang lebar di laman sosialnya.

Syed Saddiq menceritakan pengalamannya sendiri yang pernah disekat daripada menghadiri majlis konvokesyen kerana kelantangannya menentang rasuah dan salah guna kuasa. Menurut Syed Saddiq yang juga Ahli Parlimen Muar menegaskan setiap orang bebas untuk bersuara dan perkara itulah yang perjuangkannya sejak dari dahulu lagi.

Pernah Merasai Pengalaman

Tambah beliau, pernah disekat daripada menghadiri majlis konvokesyen kerana kelantangan saya menentang rasuah & salahguna kuasa.

Difahamkan hampir 90,000 individu menandatangani petisyen menuntut UM menarik balik ijazah sarjana muda milik Wong Yan Ke menongkah arus apabila membawa naik placard meminta Naib Canselor UMDr Abdul Rahim Hashim meletakkan jawatan ekoran didakwanya memberi ucapan agak rasis ketika Kongres Maruah Melayu berlangsung minggu lalu.

Pun begitu, katanya, menghukum penuntut terbabit dengan menarik balik ijazah yang diterima bukanlah langkah yang wajar.

Perasaan Ibu Bapa

Sebaliknya, orang yang tidak bersetuju dengan tindakan penuntut terbabit boleh mengkritik dan mengecam tindakan tersebut tanpa merampas ijazah yang diusahakan selama lebih empat tahun

Kata Syed Saddiq lagi , majlis konvokesyen adalah detik untuk penuntut meraikan kejayaan yang dicapai, dan lebih penting, menurutnya, waktu untuk ibu bapa berasa bangga melihat anak mereka bersarung jubah dan menggenggam ijazah.

Menurutnya lagi, bagi sesetengah orang mungkin segulung ijazah itu tidak begitu penting, namun keadaan adalah sebaliknya buat ibu dan bapa yang berasa sangat bahagia.

"Siapa yang tak nak hadir majlis konvokesyen sendiri setelah 4 tahun berpenat lelah menuntut ilmu? Akhirnya, “majlis konvokesyen” di Airport bersama mama & abuyah.

Pun begitu, katanya, menghukum penuntut terbabit dengan menarik balik ijazah yang diterima bukanlah langkah yang wajar.
.
Dalam kita bebas bersuara, kita juga perlu belajar untuk menghormati keadaan atau situasi setempat.
.
Jangan disebabkan kita, saat gembira dan bermakna orang lain tercalar. Majlis Konvokesyen adalah majlis untuk kita meraikan kejayaan para pelajar dan yang lebih penting, untuk ibu bapa bangga melihat anak-anak mereka bersarung jubah dan menerima segenggam ijazah.
.
Mungkin bagi kita, segulung ijazah tidak penting, tetapi bagi ibu dan bapa kita, itu sangat bermakna dan membahagiakan.
.
Saya tidak nafikan hak pelajar untuk bersuara tetapi saya secara peribadi percaya itu bukanlah tempat yang terbaik untuk protes kerana hari itu bukan sahaja untuk diri kita sendiri, tetapi untuk kawan-kawan dan keluarga mereka juga.
.
Setiap orang bebas untuk bersuara dan itulah juga yang saya perjuangkan sejak dahulu lagi. Jadi, saya faham bagaimana rasanya suara kita disekat, dikenakan tindakan hanya kerana tidak setuju dengan pentadbiran universiti mahupun negara.
.
Dalam meraikan pendapat semua pihak, kita harus bersedia untuk bersetuju dengan yang tidak bersetuju.
.
Oleh itu, saya tidak bersetuju dengan gesaan untuk menarik balik ijazah pelajar itu. Kita boleh kritik & kecam tindakan beliau tanpa merampas ijazah yang diusahakan selama lebih 4 tahun.
.
Ruang kebebasan harus dipandu dengan sikap bertanggungjawab. Saya menghormati hak demokrasi setiap rakyat tetapi setiap tindakan harus datang bersamanya tanggungjawab. Kita raikan demokrasi yang matang dan tanggungjawab ini harus dipikul oleh pelajar dan universiti.
.
Apa-apapun, tahniah saya ucapkan kepada semua siswa yang sudah berjaya merangkul segulung ijazah. Make your Malaysia proud!,"

Nasihat REMAJA, berfikirlah dengan baik sebelum nak buat apa-apa tu. Macam peribahasa nasi dah jadi bubur, nak kesal pun tak guna. Setiap orang mempunyai alasan dan asbab mengapa mereka melakukan sesuatu tindakan. Chill bro!

Sumber : Instagram Syed Saddiq

Published by
Ruziana Zainal