
Sebelum ini dunia mengutuk kenyataan yang dikeluarkan oleh Presiden Perancis, Emmanuel Macron yang mendakwa Islam adalah punca kepada semua krisis yang berlaku di dunia ketika ini.

Berita terkini oleh BBC mendakwa Presiden Perancis, Emmanuel Macron dilaporkan telah diuji positif COVID-19 dan kini menjalani kuarantin selama tujuh hari.
Istana Elysee mengatakan bahawa beliau diuji setelah menunjukkan gejala awal COVID-19.
Menurut Sky News, Macron akan terus bekerja dan menjalankan aktivitinya dari jauh.
Namun, kenyataan ringkas yang dikeluarkan itu tidak memberikan perincian mengenai gejala yang dialami oleh Presiden Perancis itu.
Sebelum ini, pemimpin Tertinggi Iran, Ayatollah Ali Khamenei berkata pembelaan Presiden Perancis terhadap kartun yang menggambarkan Nabi Muhammad sebagai “tindakan bodoh” dan “penghinaan” bagi mereka yang melihatnya.
Siap “Check In” Hotel Lima Bintang, Khairul Aming ‘Reward’ Staff Ke Langkawi Pula

ARTIKEL BERKAITAN : “Beruntung Dapat Majikan Yang Sangat Menghargai…” Kongsi Rezeki Bawa Yang Terpilih Tunai Umrah, Hafiz Mahamad Terima Pujian Ramai
Pemilik syarikat Sambal Nyet itu juga sangat mengambil berat tentang kebajikan pekerjanya. Terbaru, Khairul memuat naik satu klip video di Twitter yang memaparkan beliau membawa seramai 60 kakitangan kilangnya bercuti di Pulau Langkawi, Kedah.
Khairul Aming Bawa Staff “Holidays” Ke Langkawi
“Minggu ni kita tutup kilang Sambal Nyet selama 5 hari untuk bawa kesemua 60 staff bercuti di Langkawi. Kita sediakan hotel 5 bintang, jetski, explore cave, snorkelling, private yacht untuk tengok sunset & duit belanja untuk diorang shopping. Alhamdulillah semua staff happy,” melalui perkongsian Khairul Aming dilaman sosialnya.
Dalam video berkenaan, kakitangannya dibawa untuk “check in” di sebuah hotel lima bintang di Pulau Peranginan tersebut.
Difahamkan, pada hari pertama, kesemua staff diberikan kebebasan untuk melakukan aktiviti masing-masing antara bermain bola tampar pantai, menikmati keindahan laut di tepi pantai dan sebagainya.
Sediakan Duit Belanja Untuk Staff
Tak cukup dengan itu, anak kelahiran Kelantan ini turut berbesar hati memberikan duit belanja untuk staffnya.
“Malam tu pulak, kita sediakan duit poket untuk diorang shopping. Yang ni bebas, korang boleh keluar, pergilah shopping nak beli coklat ke beli apa, spend lah duit tu sampai habis,” katanya lagi.
Dari riak wajah yang ditunjukkan, mereka sangat gembira dengan layanan yang diberikan oleh majikan.
Memang bos yang prihatin la Kharul Aming ni . Murah rezeki sebab selalu berkongsi dengan staff.
Sumber: Twitter Khairul Aming
“Keep Profesional…”, ‘The Pocket Rocketman’ Mohon Rakyat Malaysia Jangan Serang Media Sosial

“Jangan sentuh pelumba Malaysia”
Itu amaran diberikan netizen kepada pelumba lain yang menjadi punca pelumba basikal negara, Muhammad Shah Firdaus Sahrom terjatuh pada saringan kedua acara keirin di Tokyo 2020.
Dan sebagaimana kita tahu tahu, esok merupakan waktu yang getir buat rakyat Malaysia dan atlet trek berbasikal untuk menghidupkan peluang dan harapan merangkul pingat emas negara pertama pada temasya kali ini.

Pelumba berbasikal trek negara, Datuk Azizulhasni Awang dan Shah Firdaus berjaya mara ke suku akhir acara keirin Sukan Olimpik 2020 selepas menamatkan saringan ketiga pusingan pertama dalam kelompok dua terbaik di Velodrom Izu Tokyo.
Azizul juga sempat memuat naik satu video untuk meminta semua rakyat Malaysia mendoakan kemenangan mereka esok. Beliau turut memohon dan menasihati rakyat Malaysia tidak bertindak melulu dengan apa yang terjadi kepada rakan sepasukannya.
Foto kredit : Bernama.com
”Alhamdulillah syukur kerana saya memenangi perlumbaan pertama hari ini dan dapat terus memasuki pusingan suku akhir pada esok hari. Malang buat rakan sepasukan saya Shah Firdaus yang terlibat dalam kemalangan tetapi masih bangkit meneruskan perlumbaan di pusingan repecharge dan turut layak ke pusingan suku akhir bersama dengan saya esok.
“Dengan itu saya ingin memohon jasa baik seluruh rakyat Malaysia supaya jangan kita menyerang social media mana-mana individu kerana kami di sini berlumba secara professional dan semua beraksi dengan semangat kesukanan yang tinggi dan juga Olympic Spirit (semangat Olimpik).
“Saya juga berharap seluruh rakyat Malaysia dapat mendoakan kejayaan kami berdua esok,” katanya menerusi satu hantaran di Facebook hari ini.
Sebelum itu, Azizul dengan mudah melayakkan diri ke suku akhir setelah berjaya mengekalkan kedudukan di hadapan pelumba Trinidad and Tobago, Nicholas Paul.
Dalam masa sama, seorang lagi jaguh trek berbasikal negara, Shah Firdaus Sahrom berjaya menempah tempat di suku akhir meskipun berdepan kemalangan pada saringan kedua.
Tak sabar nak lihat aksi pasukan trek berbasikal negara ni…macam ada harapan pingat untuk Malaysia je ni..Mari la kita sama-sama doakan mereka yang berjuang untuk negara ni.
Go..”The Pocket Rocketman” , Go… “giant–killer” Malaysia!!!
Sumber: FB Datuk Azizulhasni Awang
Benarkah Air Hujan Penyebab Sakit Kepala & Demam Selesema, Doktor Beri Penjelasan

Sekarang Malaysia berada di musim monsun tengkujuh.Tidak hairanlah boleh dikatakan cuaca agak tidak menentu ketika ini termasuk hujan turun secara tiba-tiba. Malah hari Jabatan Mateorologi meramalkan hujan serta ribut petir akan melanda di kebanyakan negeri dan orang ramai diminta berhati-hati khususnya di kawasan rendah mudah dinaiki air.
Dalam pada itu, bila sebut soal hujan, ramai yang akan mencari tempat teduh untuk berlindung. Kadang kita mendengar alasan akan sakit kepala atau alami demam selesema kalau terkena air hujan.
Benarkah air hujan penyebab penyakit. Dalam satu perkongsian oleh Dr Latif Saad dari page The Diagnosa, beliau berkongsi mengenai air hujan. Adakah benar terkena air hujan kita akan jatuh sakit?
Kitakan selalu dengar orang tua-tua cakap dimana jika seseorang itu main hujan, dia boleh terkena demam selesema. Oleh itu, adakah perkara ini benar?
Kajian berkenaan perkara ini telah dibuat di mana telah terbukti keadaan yang sejuk akan menyebabkan jumlah kes demam selesema meningkat dan perkara ini termasuk juga disebabkan pada waktu musim hujan.
Daripada kajian di Malaysia, demam selesema ini selalunya berlaku pada hujung tahun iaitu pada bulan Disember – Januari dan Mei -Julai. Jika keadaan pada ketika itu adalah musim hujan, maka akan lebih ramai orang yang akan mengalami demam selesema.
Bagaimana perkara ini berlaku?
Teori yang boleh diterima pakai bagi menjelaskan masalah ini adalah kerana sistem imun badan pada ketika itu kurang berfungsi disebabkan suhu yang rendah.
Apabila suhu menjadi rendah, badan secara automatiknya akan cuba mengekalkan suhu badannya pada tahap yang normal. Oleh itu, beberapa tindak balas akan berlaku untuk mengekalkan suhu dalam badan dan salah satunya adalah pengecutan saluran darah dibahagian yang terdedah dengan suhu yang sejuk.
Salah satu saluran darah yang akan mengecut adalah pada bahagian hidung. Ini akan menyebabkan hidung menjadi kering dan kurang menghasilkan hingus untuk menapis kuman yang akan masuk melalui lubang hidung.
Disebabkan itu, kuman lebih mudah menjangkiti badan melalui lubang hidung atau paru-paru dan menyebabkan pesakit mengalami demam dan selesema.
Jika di kawasan sejuk seperti Eropah, hujung tahun adalah waktu musim sejuk dan ini akan menyebabkan kes demam selesema meningkat. Bahkan kes jangkitan paru-paru juga akan meningkat pada akhir tahun. Ia mungkin disebabkan hidung tidak mampu menapis kuman yang berbahaya supaya ia tidak masuk terus ke dalam paru-paru.
Hasilnya, kes jangkitan paru-paru juga akan meningkat pada akhir tahun termasuk kes kematian disebabkan perkara ini dan kebanyakan disebabkan virus influenza.

Ada tak punca lain yang menyebabkan selesema setelah main hujan?
Terdapat satu punca lain yang boleh menyebabkan seseorang itu mengalami selesema sahaja tanpa mengalami demam.
Pesakit selalunya akan cepat mengalami selesema setelah main hujan ataupun berada dalam keadaan sejuk.
Pesakit ini juga akan mengalami simptom yang lain seperti hidung gatal, hidung tersumbat dan selalu bersin.
Jika semua simptom ini berlaku ketika mana pesakit baru lepas main hujan ataupun berada di dalam keadaan sejuk atau awal pagi, pesakit mungkin mengalami satu penyakit iaitu resdung ataupun dalam istilah perubatannya dipanggil sebagai Allergic rhinitis.
Jadi jika seseorang itu mengalami selesema sahaja setelah main hujan, ia bermaksud pesakit tersebut mungkin mengalami resdung berbanding demam selesema biasa. Oleh itu, cara rawatan untuk mereka yang mengalami resdung ini adalah berbeza sedikit daripada mereka yang mengalami demam selesema.
Kesimpulan
Hujan bukanlah penyebab utama kepada demam selesema tetapi suhu yang sejuk tersebut. Jadi jika anak anda bermain hujan, pastikan dia mandi menggunakan air pada suhu biasa ataupun air suam selepas itu. Ini untuk membuatkan sistem imun pada kawasan hidungnya berfungsi seperti biasa dan boleh mengelakkan demam daripada berlaku.
Bagi mereka yang mengalami Resdung (allergic rhintis) pula, pesakit juga boleh cuba untuk mandi air suam selepas itu. Jika simptom masih ada, pesakit boleh menggunakan ubat anti-histamine seperti loratadine untuk mengurangkan masalah simptom resdung tersebut.
Rujukan:
Sam, I-Ching & Murad, Aizuri & Karunakaran, Rina & Rampal, Sanjay & Chan, Yoke-Fun & Nathan, Anna & Ariffin, Hany. (2010). Clinical features of Malaysian children hospitalized with community-acquired seasonal influenza. International journal of infectious diseases : IJID : official publication of the International Society for Infectious Diseases. 14 Suppl 3. e36-40. 10.1016/j.ijid.2009.10.005. Gambar: Klikdoktor.com/ Kalam Indah.com