“Pernah Jadi Contoh Positif Di Asia Tenggara, Kini Antara Yang Terburuk”, Nat Geo Kongsi Foto Lockdown Di KL

Share

Nama Malaysia telah disebut dalam sebuah hantaran Instagram milik National Geographic yang memuat naik gambar jalan raya dan pusat membeli-belah di negara kita menunjukkan situasi lenggang akibat arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Walau bagaimanapun, kapsyen yang ditulis mendapat perhatian ramai, khususnya rakyat Malaysia yang turut berkongsi hantaran foto tersebut di laman Instagram mereka.
Foto dan kapsyen foto itu diberikan oleh jurugambar Malaysia, Ian Teh, yang merupakan penyumbang foto kepada Nat Geo.

“Ketika di kebanyakan negara sudah mula pulih daripada pandemik COVID-19, Malaysia kini masih lagi memperketatkan perintah kawalan pergerakan untuk membendung penyebaran wabak tersebut. Jika dahulu dilihat sebagai contoh positif bagi Asia Tenggara dalam membendung virus ini, kini Malaysia menjadi salah satu negara yang paling teruk terjejas di rantau ini,”

“Rakyat Malaysia yang kecewa menggunakan tanda pagar di Twitter yang menjadi trending #kerajaangagal, yang bermaksud ‘pemerintah yang gagal’ untuk melancarkan usaha menangani keadaan dan ekonomi negara yang hancur. Langkah lockdown telah mengurangkan kes kerana kadar jangkita nasional menurun menjadi 6.61 peratus daripada 7.28 peratus pada minggu sebelumnya.”

“Leret ke kiri untuk melihat lebih banyak bangunan pencakar langit dengan pemandangan Menara Berkembar Petronas (KLCC) yang ikonik, jalan raya yang lengang, pusat membeli-belah yang ditutup kecuali pasar raya dan farmasi, kemudahan seperti kolam renang, gymnasium di kondominium turut ditutup, pesanan khidmat masyarakt dipaparkan di skrin LCD gergasi di pusart bandar dan di tengah Kuala Lumpur banyak kilang serta tapak pembinaan yang dianggap penitng dan dibenarkan untuk bekerja dengan kapasiti 60 peratus walaupun statistik daripada Kementerian Kesihatan menunjukkan kadar jangkitan tertinggil adalah daripada sektor-sektor ini,”

Foto: iantehphotography

Foto tersebut telah mendapat lebih daripada 285 ribu tanda suka dan 2,000 komen.

Walau bagaimanapun, masih terdapat orang luar yang memuji kecantikan Malaysia dan mendoakan agar negara kita kembali pulih daripada wabak pandemik ini.

Sama-samalah kita berdoa agar negara kita juga mampu mencapai ‘kemenangan’ seperti negara-negara lain dalam membendung wabak COVID-19 ini.

Sumber: (1)

Published by
Noor Ain Norman