Pernah Kena Kecam Sebab Saiz Badan? Penyanyi Bebe Rexha Jadi Mangsa Terbaru

Share

 

Tak habis-habis nak kecam kekurangan orang lain.

 

Walaupun saiz badan adalah perkara peribadi mengenai seseorang itu dan kita tak ada hak untuk mengecam badan sesiapa pun, masih ramai yang seakan tak fahamkan konsep itu dan terus menganak tirikan orang yang bersaiz lebih besar atau yang terlalu kurus.

Haih, dah 2019 pun timbul masalah macam ni.

Terbaru, penyanyi Hollywood iaitu Bebe Rexha

telah berkongsi pengalaman dikecam pereka fesyen kerana mereka tidak mahu bekerjasama untuk menyiapkan baju Anugerah Grammy untuk Bebe.

Alasannya kerana Bebe tidak mempunyai bentuk badan model yang berjalan di runway. WHAT?!

Bebe dicalonkan untuk Anugerah Grammy buat kali pertama dalam kategori Artis Baru Terbaik dan sepatutnya, dia sedang teruja untuk menantikan malam anugerah tersebut.

Sekali, isu body shaming pula timbul. Dalam sebuah video Instagram yang dimuat naik olehnya, Bebe berkata. “Akhirnya saya dicalonkan untuk Grammys dan ini adalah perkara terbaik pernah berlaku kepada saya. Selalunya, artis akan pergi dan berbincang dengan pereka fesyen untuk menyiapkan baju karpet merah, kan?

“Pasukan saya juga lakukan perkara yang sama dan ramai pereka fesyen yang menolak permintaan kami kerana badan saya dikatakan terlalu besar? Kalau saiz 6 atau 8 tu terlalu besar untuk kamu, saya tak tahu nak cakap apa dah.”

Tambahnya lagi, “Kamu ingat semua perempuan di dalam dunia ini bersaiz bawah dari 8? Kami semua tak cantik dan tak boleh memakai rekaan kamu?

“Saya tak kisah jika mereka tak sukakan stail fesyen saya atau muzik saya. Tapi tolong jangan beri alasan kamu tidak boleh siapkan baju untuk seseorang kerana dia tidak bersaiz model.”

***

Hhm, biasa dengar kan?

Bebe Rexha bukan artis pertama yang ditolak oleh pereka fesyen kerana saiz badannya. Sebelum ini, Ashley Graham pun pernah mengadu perkara yang sama.

BACA: Kamu Mangsa Body Shaming? Hafal 7 Respon Artis Ini!

 

Published by
FZ