Biarpun bergelar atlet antarabangsa dan pemenang pingat emas dalam acara sukan terjun, Pandelela Rinong turut tidak terkecuali daripada berdepan tentangan ketika dia menyuarakan mengenai keperluan menjadikan arena sukan tempatan medan yang lebih selamat untuk para atlet terutamanya atlet wanita.
Penerjun kelahiran Sarawak itu pernah berdepan tuduhan kononnya berkelakuan ‘diva’ hanya kerana dia menyuarakan kerunsingan mengenai tahap keselamatan di pusat sukan.
Justeru, Pandelela menerusi akaun Twitter-nya semalam telah menghantarkan ciapan berbunyi sebagai tanda sokongan terhadap pelajar remaja bernama Ain Husniza Saiful Nizam
yang dipalit isu ‘gurauan rogol’ oleh seorang guru lelaki, beberapa minggu lalu.“(Situasi yang dihadapi oleh Ain) ini adalah sama seperti semasa saya cadangkan #MakeSportASafePlace. Saya dipanggil sebagai DIVA, dengan ‘double meaning‘.
“Kepada Ain, saya cadangkan agar kamu kekal cakna kerana kamu mungkin akan disabotaj jika tidak berhati-hati. Bagaimanapun, teruskan berjuang untuk masa hadapan kita,” catatnya berserta tanda pagar #MakeSchoolASaferPlace.
ARTIKEL BERKAITAN : Pandelela Rinong Raih Pingat Emas Di Kejohanan Piala Dunia FINA 2021 – REMAJA
Mesej daripada Pandelela ini hadir setelah Ain menerima komen biadap daripada seorang pengguna Facebook yang dipercayai merupakan seorang pengetua sekolah.
Dalam satu muat naik di Facebook Ain, individu tersebut telah melabel Ain sebagai hipokrit kerana berpenampilan menutup aurat demi menghormati sesi perbualan ‘Speak Up’ yang dianjurkan oleh Khadihah Learning Centre, semalam.
Pada sesi itu, Ain telah dijemput untuk bercakap tentang topik keyakinan diri ketika tampil di khalayak ramai. Bagaimanapun, penampilan Ain telah menjadi pencetus perdebatan.
Tanpa angin tanpa ribut, individu itu telah menggelar Ain sebagai ‘anak setan pakai tudung’ dan berharap agar ibu bapa Ain ‘ajar anak kurang ajar’. Lalu, warganet menjadi berang ke atas serangan yang datang daripada individu tersebut.
Ramai tampil memuat naik foto masing-masing dengan memegang kertas berbunyi #StandWithAin.
ARTIKEL BERKAITAN : Akibat Berani Bersuara, Pelajar Ini Terima Ancaman Rogol Dari Rakan Sekolah Pula – REMAJA
BACA LAGI : “Rogol Perkataan Sensitif Bagi Perempuan DAN Lelaki..” – Miss Universe Malaysia – REMAJA