Semua perempuan nak kulit cantik. Hm, zaman sekarang ni jangan kata perempuan, lelaki pun dah pandai jaga kulit muka.
Namun, masalah biasa yang selalu dihadapi oleh setiap individu adalah muka berjerawat. Kalau setakat tumbuh dua, tiga biji tak apa, tapi bila dah jadi kes jerawat yang mula bercambah dengan jayanya sampai muka berbekas-bekas, yang tu dah tak cool lagi.
Sama seperti apa yang pernah dilalui oleh bekas finalis Dewi Remaja ini dulu, Ramona Zamzam mengambil masa dalam dua hingga tiga tahun untuk betul-betul memulihkan kulitnya daripada masalah jerawat kerana tuntutan kerja yang memerlukan dia sentiasa mengenakan makeup pada wajah.
Lihatlah perbezaan kulitnya sekarang. Memang nampak ketara sangat perubahannya. Makin cantik.
Apa yang Ramona buat sehingga kulit wajahnya kembali normal? Nah, ini 12 petua yang dikongsi olehnya sendiri di laman Facebook. Kata Ramona, proses nak baik pulihkan kulit ni bukan makan masa sehari atau sebulan, if you don’t give up, I believe you can!
Tologlah cuci muka bersih-bersih. Untuk anda yang suka pakai makeup , tak kisahlah sebab bekerja atau just for fun, dan terutamanya if you’re using foundation/compact powder
/ bb cream atau cc cream. Ikut step yang pernah Ramona kongsikan dulu.Facial wash itself is NEVER ENOUGH. Kesilapan Ramona dulu lepas habis shooting balik rumah mandi cuci muka pakai facial wash saja dah cukup. Maka, bermulalah masalah skin problem yang amat teruk.
So, untuk langkah pertama ni, cuci muka bersih-bersih!
Mungkin susah untuk anda ikut step ni sebab dah jadi trend, everyone pandai makeup. Ramona punya skin problem dulu terjadi sebab too much of makeup. Jadi, step kedua untuk repair kulit muka is stop using makeup.
Bila hari tak ada shooting, Ramona lagi suka duduk rumah diam-diam. Malaysia bukan macam Switzerland, udara tak fresh macam dekat sana. You have no idea betapa teruknya dust yang ada di luar tu dan wajah tanpa makeup membantu kulit anda untuk bernafas. So, penting sangat-sangat untuk kulit muka anda tak ada apa-apa on it sebab liang roma pun nak bernafas juga.
Minum air putih minimum dua liter sehari. Ramai yang annoyed sebab kena pergi ‘sheeshee’ 20 kali sehari tapi 20 kali kencing tu la yang tolong buang toksik dalam badan, sekali gus tolong bersihkan kulit muka.
Tips: Lihat gambar Ramona tu, dah jadi habit akan sentiasa membawa botol bersaiz 2 liter. Start isi air pada waktu pagi selepas bangun tidur dan bawalah ia kemana-mana anda pergi. Cuba minum untuk sehari dua saja dan anda akan nampak perbezaan pada kulit.
Step ni sangat penting. Ramona kena skin infection dulu sebab dia tak apply apa-apa langsung pada muka sebelum pakai makeup. Ramai yang tak tahu kalau nak pakai makeup wajib untuk anda apply toner atau moisturizer terlebih dahulu.
Kalau tak nak mengalami seperti apa yang terjadi pada Ramona, nak pakai makeup pakai lah, tapi make sure apply basic skincare
dekat muka dulu. Tak boleh tepek foundation direct kat muka tau!Do whatever exercise that you can, jogging, walking, hiking, badminton or anything asalkan keluar peluh. So starting from cardio, Ramona try jalan atas treadmill je, lama-lama bila buat cardio je rasa boring, so dia mula buat weight lifting.
Dengan kawan-kawan pula, aktiviti seperti hiking dan swimming pun dia akan buat. Pendek kata, apa saja yang mengeluarkan peluh, pasti Ramona buat. Exercise bukan saja baik untuk kesihatan diri, tapi juga elok buat kulit.
Please understand that our hands are full of germs and bacteria, kadang-kadang bila lepak dekat luar, pegang tombol pintu, escalator atau paip dekat toilet, arghhh macam-macam la. Just imagine kalau anda pegang muka dengan tangan yang tidak dicuci?
Kalau dekat rumah baru lepas mandi atau lepas cuci tangan tak kisahlah nak belek atau pegang muka sendiri. Tengok pada keadaan, don’t simply touch your face.
Sebut pasal facial extraction, facial dah satu hal, facial saja tak cukup, kena ada extraction juga. Untuk yang tak faham apa itu ‘extraction’, ia bermaksud proses untuk mengeluarkan dan memicit segala yang ada dalam liang roma muka anda.
Basic facial selalunya sekadar mencuci muka, scrub dan pakai mask. Tapi kalau anda skin problem, tolong cari facial yang ada extraction.
Antara sebab lain kenapa kulit muka tak boleh nak baik adalah bila ada masalah penghadaman. Sepatutnya, kita perlu membuang air besar at least satu atau dua kali sehari. Tapi kalau tak dapat macam tu maknanya usus ada problem dan yeah, boleh menyebabkan skin problem juga.
Jadi nak buat apa? Cari jalan untuk membolehkan anda buang air besar setiap hari seperti minum banana milkshake setiap pagi seperti Ramona.
Sekali sekala, cuba masak sendiri dekat rumah dan kurangkan minyak. Salah satu punca masalah kulit adalah daripada makanan. Cuba untuk ambil makanan yang dibakar, grill
atau steam, selain bergoreng.Ramai yang tak ambil pusing tentang hal ini. Cadar dan sarung bantal yang digunakan setiap hari perlu kerap ditukar. Kalau setahun sekali baru nak tukar, macam mana kulit nak baik?
Jangan tidur with makeup on ok? Ini perkara basic yang rasanya ramai dah tahu. Kalau dah ngantuk sekali pun, basuh muka bersih-bersih dulu baru tidur.
Ramai yang lupa bahawa penggunaan mask secara kerap boleh tolong untuk repair skin anda dengan lebih cepat. Bergantung kepada masalah yang anda hadapi, ada banyak pilihan yang boleh dibuat.
Nak pakai mask yang lima minit lepas tu cuci pun ok, nak pakai sleeping mask time tidur pun boleh, nak pakai mask tampal kemudian buang selepas 20 minit pun tak ada masalah, janji lakukan secara kerap. Kalau pakai mask selalu kulit muka akan cepat baik dan susah jerawat nak naik.
So, ini adalah rutin-rutin yang dilakukan oleh Ramona Zamzam sepanjang proses memulihkan masalah kulitnya. jelas sekali kulit wajahnya lebih licin berbanding dulu. Untuk anda yang mengalami masalah yang sama, apa kata ikut petua Ramona ni. Mana tahu serasi kan?
Sumber: Facebook Ramona Zamzam