Miss Universe Malaysia 2022, Lesley Cheam ketika ini berada New Orleans, Louisiana, Amerika Syarikat untuk bertanding dalam pertandingan Miss Universe 2022 yang dijangka melabuhkan tirai pada 14 Januari nanti.
Membawa harapan yang menggunung tinggi untuk berjaya di pentas antarabangsa itu, Lesley menggalas harapan yang berat apatah lagi Malaysia pada saat ini sudah 50 tahun tidak berjaya melangkah ke pusingan separuh akhir pertandingan ratu cantik berprestij itu.
Dia yang menampilkan persembahan bertenaga di peringkat pusingan awal nyata telah membuka mata banyak pihak. Biarpun dibuli dengan kata-kata kesat saat kemenangannya ternyata dia berjaya membuktikan yang di berhak digelar Miss Universe Malaysia.
Tidak keterlaluan jika penulis katakan, persembahan Lesley di peringkat awal pertandingan antara yang terbaik pernah wakil Malaysia lakukan. Bertenaga, penuh energi dan menyerlahkan aura positif.
Baru-baru ini sebelum terbang ke USA, Lesley hadir ke studio REMAJA sebagai salah seorang tetamu jemputan untuk podcast yang disiarkan di saluran Spotify REMAJA Podcast dan juga YouTube Majalah Remaja.
Berkongsi kisah tentang kemenangannya dan juga buli siber yang dialaminya, dia ternyata kuat menghadapi segala tohmahan yang diberikan.
Ads
“I think I collect my mind for the very first place, sebenarnya ia tidak mudah. Dari mula saya menangis dan rasa sangat down untuk beberapa hari. Namun selepas itu saya tertanya-tanya apakah makna menang gelaran Miss Universe Malaysia.
“Ia bukan tentang pencapaian saya, tetapi apa yang saya boleh buat kepada orang lain. So, by thinking on how I can help other people, it actually brings me up. Semua penyokong yang meninggalkan esei panjang kepada saya memberi sokongan dan juga saranan yang membuatkan saya bangkit,” ujarnya sambil tertumpah air mata.
Pembuli siber datang dalam pelbagai bentuk dan saiz, mereka mungkin berada di sebalik akaun sebenar, namun banyak sebenarnya berlindung di sebalik akaun palsu. Lesley mengambil tindakan untuk menyekat akaun-akaun yang meninggalkan kata-kata cacian dari boleh melihat akaunnya.
“Bila saya menyekat akaun-akaun tersebut ia adalah kerana kerana saya mahukan keamanan untuk kesihatan mental saya. Saya menyekat akaun-akaun tersebut sewaktu hari-hari yang mana saya terasa sangat sedih dan ketika itu saya sampai terfikir untuk melepaskan takhta yang diterima.
“Saya menyekat akaun-akaun tersebut berdasarkan komen mereka. Walaupun begitu, ramai yang memberikan komen positif dan saya sangat menghargai perkara itu,” kongsi graduan farmaseutikal dari Universiti of Notthingham ini.
Ads
Bangkit dan tidak mempedulikan tohmahan negatif, Lesley banyak berkongsi dengan keluarga dan rakan-rakannya.
Nak dengar lebih panjang temubual kami? Jangan lupa ke Spotify REMAJA Podcast dan dengarkan episod bersama pemilik nama penuh Lesley Cheam Wei Yeng ini.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Tahniah buat Hannah Mumtazah Ahmad Murshidi, seorang penuntut Fakulti Perakaunan Universiti Teknologi Mara (UiTM) yang sekali lagi berjaya mengharumkan nama negara apabila dinobat sebagai graduan terbaik ketiga di Malaysia dan kelapan dunia.
Hannah menerima keputusan cemerlang dalam peperiksaan antarabangsa The Association of Chartered Certified Accountants (ACCA) United Kingdom bulan lalu.
Gadis berusia 22 tahun itu menerima pengiktirafan ini selepas bersaing dengan 3,877 graduan di seluruh dunia dan 500 graduan dari Malaysia. Jelasnya, kejayaan ini tidak akan dapat dikecapi tanpa sokongan ibu bapa dan rakan, selain memberikan komitmen tinggi pensyarah fakulti pengajiannya.
“Saya sentiasa kekal konsisten supaya tidak ketinggalan dan merujuk kepada pensyarah untuk menerima maklum balas dalam hal peperiksaan atau latihan kelas. Perkara itu harus diutamakan kerana ia ruang untuk penambahbaikan dan pemahaman saya bagi sesuatu subjek yang dipelajari,” jelas Hannah.
Hannah juga berharap agar dia memperoleh pekerjaan yang bakal merealisasikan cita-citanya untuk menjadi seorang akauntan bertauliah.
Sebelum ini Hannah Mumtazah pernah menerima anugerah untuk dua kertas peperiksaan diambil iaitu Financial Management (FM) dengan pencapaian tempat pertama di Malaysia dan juga di dunia manakala untuk Strategic Business Reporting (SBR), dia mendapat tempat pertama di Malaysia dan tempat kedua di dunia.
Sekali lagi tahniah kami ucapkan kepada Hannah Mumtazah. Semoga dapat menggapai impiannya untuk menjadi seorang akauntan yang bertauliah dan terus memberi inspirasi buat anak muda bagi mencapai kejayaan hingga ke peringkat dunia.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Baru-baru ini, jenama sukan terkenal Jordan kembali dengan satu lagi keluaran kasut sukan istimewa yang dikenali sebagai Jordan Why Not .5 bersempena sambutan tahun 2022.
Ia merupakan satu projek kolaborasi terbaru Jordan bersama pemain bola keranjang Los Angelas Lakers, Russell Westbrook dan telah mencuri tumpuan peminat sukan itu dek kerana kecantikan rekaannya serta – well – disebabkan pemain itu sendiri.
Ini kerana Russell cukup dikenali sebagai seorang atlet yang agresif gerak-gerinya sewaktu membuat kemunculan di gelanggang.
Russell juga merupakan salah seorang pemain yang tidak pernah berhenti mengimpikan gelaran juara NBA pertamanya bersama LA Lakers dan salah satu faktor pemangkin semangatnya itu adalah disebabkan kasut Jordan Why Not .5 ini.
Anyway, menerusi iklan promosi Jordan bagi memperkenalkan empat pilihan warna koleksi Jordan Why Not .5 ini termasuklah Inner City (perang), Childhood (ungu), Raging Grace (merah jambu neon) dan Music Hype (biru firus); Jordan telah menerima respon balas yang cukup positif di ruangan komen.
Malah, video berdurasi seminit itu juga sehingga kini telah mencatatkan 4 juta tontonan sejak ia dimuat naik pada 3 Januari lalu.
Tidak lama selepas itu, team Jordan telah bertindak di luar kotak dan memperkenalkan video sama dalam versi sari kata Bahasa Melayu. Hantaran bertarikh 19 Januari 2022 itu turut dimuat naik dengan kapsyen Bahasa Melayu!
Ia berbunyi, “Apabila anda berpeluang untuk terbang, usah bertanya sebabnya. Sebaliknya kata, #WhyNot (Apa Salahnya). Tanyalah melalui Russell Westbrook.”
This is so unexpected! (Ini sangat tidak ku sangka!)
Iklan versi Bahasa Melayu ini telah membuatkan pengikut Jordan di Malaysia menonton semula ciapan serta video tersebut selama beberapa kali demi memastikan ia bukanlah video yang disunting oleh pihak ketiga mahupun peminat jenama Jordan. Seperti yang dapat korang lihat pada pautan ciapan di atas, ia adalah daripada akaun rasmi Jordan sendiri.
Lihat di antara respon spontan beberapa pengguna Twitter di bawah.
Ternyata ia merupakan video ‘legit’ oleh akaun rasmi Jordan. Percubaan melakukan promosi dengan menggunakan Bahasa Melayu sebagai salah satu bahasa pengantara ini secara tidak langsung membuatkan REMAJA tumpang berbangga.
Ia menunjukkan bahasa kebangsaan yang kita sanjungi selama ini berjaya dimartabatkan di peringkat antarabangsa oleh jenama sepopular Jordan.
Jika orang luar pun boleh menghargai bahasa kebangsaan kita, mengapa tidak kita sendiri sebagai rakyat Malaysia. Betul tak?
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Setiap kali kita merancang untuk bercuti terutamanya untuk tahun hadapan, pastinya korang inginkan satu pengalaman berbeza dengan lokasi yang pernah dikunjungi dahulu.
Ada yang sukakan lokasi sukan ekstrem, percutian konsert, untuk dekat dengan alam sekitar dan sebagainya. Memang banyaklah konsep percutian sekarang!
Salah satu yang paling kami gemari sekarang adalah percutian yang mempunyai elemen cantik bagi menangkap gambar. Contohnya seperti 5 bandaraya yang terkenal dengan keindahan berwarna merah jambu ataupun ‘pink’!
Jom tengok.
.
01
JAIPUR
Bandaraya di India ini terkenal dengan gelaran ‘The Pink City’.
Apa yang menarik tentang Jaipur adalah gabungan seni bina lamanya dengan tradisi generasi baru. Jalan rayanya masih penuh oleh kenderaan beca, motorsikal dan kadangkala juga unta (yes!).
Namun di sebalik kesibukan itu, terletak pelbagai lokasi menarik yang menanti kamu di Jaipur seperti City Palace, Jantar Mantar, bangunan Hawa Mahal dan kota Amber di atas bukit.
.
.
.
02
PULAU JEJU
Betullah kata orang, setiap kali bercuti ke Pulau Jeju di Korea Selatan, pengalamannya pasti tidak sama. Destinasi vacay popular di kalangan peminat K-Drama ini adalah tempat untuk merehatkan minda.
Antara perkara wajib yang perlu dilakukan adalah untuk melihat matahari terbit dari tepi pantai, melakukan urutan kaki (koreans masseurs are the best!), menghabiskan masa di kafe mereka sambil mencuba kopi dan tentunya, mendaki bukit setinggi 1.3 km berhampiran gunung Hallasan.
.
.
.
03
HANGZHOU
Lupakan seketika Shanghai, Xi’An dan Guangzhou. Hangzhou merupakan destinasi terbaru yang diminati pelancong Asia jika ingin ke China.
Dengan panorama indah West Lake dan bukit-bukau hijaunya, Hangzhou memang best untuk golongan photographers.
Di West Lake, ramai pengunjung akan berada di sana pada musim cuti. Oleh itu, waktu terbaik untuk berada di sana adalah seawal 7 pagi ketika mereka melakukan rutin taichi.
.
.
.
04
MALDIVES
Walaupun ramai yang mengatakan Maldives adalah lokasi untuk pelancong berduit saja, tapi itu tak benar.
Maldives mempunyai lebih 100 pilihan hotel bergantung kepada bajet korang. Travel di antara pulau dengan feri untuk melawat bandar dan mencuba aktiviti snorkelling. Kunjungi pekan Male yang padat dengan bangunan menarik termasuklah Masjid Besar ‘Old Friday’.
.
.
.
05
MACAO
‘Vegas of China’ ini bukan sekadar bandar perjudian terkemuka Asia.
Macao merupakan bekas tanah jajahan koloni Portugis selama lebih 300 tahun dan pelbagai sejarah peninggalan dapat dilihat di sini.
Budaya koloni itu cukup sebati dengan mereka. Di Semenanjung Macao adalah bandar lamanya, Pulau Taipa dipenuhi seni bina lama yang dipelihara, Pulau Cotai ialah lokasi kasino popular dan akhir sekali, Pulau Coloane didiami perkampungan kolonial dan pantai indah.
*
So, korang tahu destinasi lain yang berwarna ‘pink’? Di Malaysia ada tak?
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Hanya sehari sebelum dilangsungkan, acara One Love Music Festival yang dijadualkan menghiburkan pengunjung selama 12 jam berturut-turut di MAEPS, Serdang esok terpaksa dibatalkan.
Penganjurnya, Tuff...