Pernah Terfikir Tak Apa Maksud Bait Lirik Awal Lagu Circle Of Life?

Share

Kepada peminat filem Disney, tentunya sangat kenal dengan lagu Circle Of Life yang merupakan lagu soundtrack filem tersebut.

Namun, tentu ramai yang tertanya-tanya apakah perkataan awal lagu tersebut yang kedengaran sangat asing sekali.

Tahukah korang yang sebenarnya bait-bait tersebut adalah bahasa yang wujud di dunia dan mempunyai maknanya sendiri.

Untuk pengetahuan, ayat-ayat tersebut adalah Bahasa Zulu yang berasal dari Afrika.

Nants inyonyama bagithi baba sithi uhm ingonyama, nan ingonyama bagithi baba sithi uhhmm ingonyama ingonyama siyo nqoba ingonyama ingonyama nengw enamabala

Here comes a lion, father Oh yes it’s a lion. Here comes a lion, father Oh yes it’s a lion A lion we’re going to conquer A lion A lion and a leopard come to this open place,’ berikut merupakan terjemahan Bahasa Zulu kepada Bahasa Inggeris.

Ternyata lirik tersebut sangat kena dengan jalan cerita The Lion King yang mengisahkan perjalanan hidup Simba di mana dia kehilangan ayahnya di usia muda dan bagaimana dia kemudiannya diangkat menjadi raja. Deep

sungguh!

Sementara itu, dalam dokumentari, The Making Of Lion King, pengarah filem, Rob Minkoff mengakui bahawa lagu tersebut adalah elemen penting dalam filem tersebut.

“Lagu itu ditulis oleh composer warga Afrika Selatan, Lebo M. Kami terangkan kepadanya tentang jalan cerita Lion King dan dia terus melakukan magisnya.

“Ia sangat mengagumkan. Bila dia terjemahkan lirik tersebut dalam Bahasa Inggeris, kami tahu yang lagu itu adalah penggerak utama file mini,” katanya.

Oh wow! Siapa sangka ayat yang selama ini kita sangka tidak mempunyai maksud sebenarnya adalah mempunyai makna yang sangat mendalam. Memang sangat kreatif orang yang tulis lagu ini!

Sumber: Insider

Published by
Khaleeda