Tatkala ramai yang mengambil kesempatan cuti sambutan tahun baru pada 1 Januari lalu dengan melakukan pelbagai jenis aktiviti, model dan pelakon Alicia Amin pula mengambil langkah berbeza. Dia memilih untuk mengimbas kembali tahun 2017 dan melihatnya dari perspektif yang agak personal.
Dalam posting yang dimuat naik di Instagram, Alicia, 23 menampilkan imejnya semasa mengembara ke Pulau Tenggol. Normal.
Namun apa yang menarik perhatian REMAJA serta 134,000 followers Alicia adalah caption yang menuruti posting tersebut.
Foto: Bibo Aswan.
Dia menceritakan mengenai pengalaman terjaga di dalam wad psikiatri dan terpaksa menetap di sana untuk tempoh seminggu. Ini berikutan percubaannya untuk mengancam nyawa sendiri tetapi gagal.
Ini merupakan kali pertama Alicia bercakap secara terbuka mengenai hal ini.
Ads
Finalis program TV Asia’s Next Top Model (AsNTM) itu berkata, perasaan ingin bunuh diri itu mencanak selepas tamat sesi rakaman untuk program tersebut. Namun, seperti yang dijelaskan olehnya tadi, tiada siapa yang mengetahui mengenai perasaannya itu.
“Ini berlaku sebelum saya habis berpindah rumah dari Melbourne. Sebelum saya sedar bahawa apabila saya merasa yakin dengan diri dan aspirasi sendiri, saya sebenarnya mampu memberi inspirasi kepada ramai orang yang melalui momen gelap yang pernah saya lalui,” kata Alicia.
Ads
Tidak semua perkara akan berlaku mengikut kemahuan atau perancangan kita 100 peratus. Itulah hidup namanya, ia tidak boleh diramal.
Alicia dan REMAJA merasakan semua orang perlu menerima hakikat bahawa pasti ada kepayahan hidup yang mendatang. Kadangkala, pada masa yang kita sendiri pun tidak tersangka.
Ads
Namun dalam melalui kepayahan fizikal dan emosi, kami seru agar korang menguatkan mentaliti untuk bertahan. It is okay to make a few mistakes guys, tiada siapa yang bersifat maksum kecuali para Nabi utusanNya.
“Say yes to all the love before you even think of giving up. You will be surprised how much a little faith, forgiveness and kindness from yourself – to yourself will help everthing get better,”simpul Alicia di dalam posting tersebut.
Antara comment yang diterima Alicia Amin di Instagram-nya.
Sekiranya korang mengenali kenalan rapat yang mempunyai simptom emosi tidak stabil, ataupun kamu sendiri merasakan diri memerlukan bantuan pakar, jangan teragak-agak untuk menghubungi pihak yang boleh membantu. Antaranya ialah mereka di Befrienders Kuala Lumpur yang sentiasa boleh dihubungi dalam apa jua situasi.
Hubungi nombor 03-79568145 untuk mendapatkan bantuan.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Baru konsert pertama, nampaknya pentas Big Stage musim kedua sudahpun panas.
Tatkala persembahan para peserta pertandingan nyanyian di kalangan selebriti remaja, Big Stage yang berlangsung semalam dipuji oleh netizen, itu semua seakan dibayangi oleh insiden yang dicetuskan oleh salah seorang panel program tersebut.
Penyanyi Mark Adam semalam duduk di kerusi panel sebaris dengan Datuk Seri Situ Nurhaliza dan Cakra Khan.
Namun disebabkan satu patah ayat yang keluar dari mulutnya, netizen semalam dan hari ini tidak teragak-agak untuk mengecamnya.
Apa yang terjadi adalah Mark Adam bergurau mengenai saiz dan figura pengacara Big Stage, Sherry Al-Hadad dengan berkata, “This opportunity is very big, even the host is big.”
Walaupun mungkin dia tidak berniat untuk menjatuhkan air muka Sherry, tetapi komen body shaming seperti itu di atas pentas rancangan siaran langsung bukanlah sesuatu yang boleh dibawa bergurau.
Nampaknya, penyanyi itu juga sedar dan kesal dengan kenyataannya itu, lalu membuat permohonan maaf secara terbuka di akaun Instagram-nya.
Assalamualaikum semua. Pertama sekali saya nak minta maaf dengan apa yang berlaku semalam di Big Stage Saya ni kalau bergurau, saya bergurau macam saya dekat rumah – dengan rakan artis dan kawan-kawan. Semalam saya salah. Sebenarnya ayat tu ada sambungan tapi saya tak sempat sambung.
Niat saya bukan untuk menghina Sherry, Alif atau pihak-pihak yang terasa. Saya mohon maaf. Apa yang saya lakukan semalam adalah tak professional dan saya akan pastikan benda ini tak lagi berlaku lagi.
Diharap Mark Adam ataupun sesiapa tidak lagi mengulanginya.
We felt it. Sama ada kita kurus, besar, cerah, gelap or whatever it is, rupa paras fizikal bukanlah sesuatu yang wajar diulas secara terbuka.
*
Sementara itu, selebriti seperti Alif Satar, Achey dan Sharifah Amani memuji tindakan Mark yang man up dan meminta maaf tersebut. Paling penting, Sherry sendiri tidak berdendam dengannya.
Instagram: Sherry Alhadad
Katanya, “Assalamualaikum semua. Mark sudah telefon saya dan minta maaf secara personal. Dia (atau) saya hanya manusia biasa, tak lari dari kesilapan. Maafkan dia kawan-kawan.”
Dikala negera kita masih dilockdown sehingga 14 Jun 2021 nanti, tetapi khabarnya sedikit demi sedikit pusat pelancongan di negara jiran kita Thailand akan dibuka kepada pelancong dan kunjungan orang awam.
Terbaru, Phuket juga sudah pun memulakan operasinya bermula 1 Julai 2021. Walau bagaimanapun, pelonggaran sekatan pada mulanya hanya akan terpakai untuk pelancong yang divaksinasi sepenuhnya (dan kanak-kanak di bawah usia enam tahun) dari negara berisiko rendah.
Antara vaksin yang diterima untuk memasuki Phuket;
Pfizer; Moderna; Johnson & Johnson; AstraZeneca; Sinovac, Covishield. Yang lain akan ditambah dalam list kemudian jika memenuhi kriteria.
Paling best, para pelancong boleh terbang terus ke pulau itu tanpa perlu menjalani kuarantin, sebahagian daripada usaha ”Phuket Sandbox”, program perintis untuk merancakkan semula kedatangan pelancong.
Keadaan Pulau di Phuket yang kosong tanpa kehadiran pelancong. (Photo by Lillian SUWANRUMPHA / AFP)
Lembaga Pelancongan Thailand (TAT) mengatakan pihaknya berharap dapat menyambut kedatangan sekitar 129 ribu pelancong asing antara bulan Julai dan September.
Sekiranya program perintis Phuket ini berjaya, lapan destinasi pelancongan lain di Thailand akan dibuka semula kepada pengunjung antarabangsa dengan cara yang serupa dalam beberapa bulan akan datang iaitu Krabi, Phang-nga, Koh Samui, Pattaya, Bangkok, Buriram, Cha-am dan Hua Hin.
Difahamkan, kelonggaran peraturan kuarantin pada bulan depan itu bergantung pada kejayaan pelaksanaan vaksin di Phuket.
Tujuannya adalah untuk memastikan 70 peratus populasi pulau itu telah menerima kedua-dua suntikan Covid-19 sebelum pembukaan semula pulau. Setakat ini, kira-kira 50 peratus penduduk di Phuket telah diberi vaksin, menurut laporan media tempatan.
Sementara menunggu sempadan ke luar negara dibuka, eloklah sekiranya kita duduk rumah kalau tiada keperluan untuk keluar. #kitajagakita
Seorang pelajar kolej berusia 24 tahun telah mengaku tidak bersalah atas tuduhan memandu di bawah pengaruh alkohol sehingga menyebabkan kematian seorang warga emas pada 12 Mac 2022.
Lo Yen Hue membuat pengakuan itu di Mahkamah Majistreet Kuala Lumpur pada hari Jumaat selepas pertuduhan ke atasnya dibacakan di hadapan Majistreet Amanina Mohamad Anuar.
Mengikut pertuduhan, Yen Hue didakwa memandu kenderaan model Toyota Sienta semasa berada di bawah pengaruh alkohol dengan memiliki 184 miligram dalam 100 mililiter darah dalam badan sewaktu insiden. Had yang dibenarkan adalah 50 miligram alkohol dalam 100 mililiter darah.
Dia didakwa gagal mengawal kenderaan sehingga melanggar seorang pekerja Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) berusia 74 tahun di Jalan Kuching menghala Batu Caves pada jam 3.15 pagi.
Pada waktu itu, mangsa difahamkan sedang memotong pokok di pembahagi jalan sebelum maut dilangggar.
Justeru, Yen Hue didakwa mengikut Seksyen 44 (1)(b) Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Pindaan 2020) yang memperuntukkan hukuman penjara antara 10 hingga 15 tahun serta denda antara RM50,000 hingga RM100,000 dan hilang kelayakan memandu untuk tempoh tidak kurang 10 tahun dari tarikh disabitkan kesalahan.
Semasa prosiding, Timbalan Pendakwa Raya, Siti Nursyuhada Abd. Rauf mencadangkan tertuduh diberi ikat jamin sebanyak RM15,000 dengan seorang penjamin.
Bagaimanapun, tertuduh yang diwakili peguam, K.A Ramu memohon agar kadar ikat jamin dikurangkan dengan alasan anak guamnya memberi kerjasama yang baik kepada pihak berkuasa sepanjang siasatan dijalankan.
Majistret Amanina kemudiannya membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM12,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 27 Mei nanti untuk serahan dokumen.
Ini bukanlah kali pertama remaja tempatan didakwa dengan kesalahan memandu dalam keadaan mabuk.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Misompuru yang membawa maksud keramaian menjadi judul yang dipilih bagi album terbaru juara Anugerah Juara Lagu ke-39, Marsha Milan!Marsha ketika ditemui REMAJA baru-baru ini...