Keputusan cemerlang yang diperoleh Nana Sheme baru-baru ini menjadi bualan masyarakat apabila gadis kelahiran Sarawak ini menerima Anugerah Cemerlang Kelas Pertama dalam bidang Pengajian Pengurusan Pembinaan.
Bergelar seorang anak seni dan dalam masa yang sama melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi sudah tentu bukan satu perkara yang mudah. Banyak perkara yang perlu dikorbankan, demi untuk menggenggam segulung ijazah.
“Nana pernah mengambil keputusan untuk kurangkan sedikit aktiviti seni dan lebih fokus dalam bidang pelajaran, sedangkan waktu itu banyak tawaran-tawaran besar yang diterima. Dulu, Nana ada rasa kesal sedikit tetapi bila dah mendapat segulung ijazah ni rasa macam puas dan ini merupakan antara pencapaian terbaik Nana,” katanya.
Karier Vs Study
Ditanya sama ada memilih antara karier dan study, Nana berpendapat bahawa hal ini adalah terserah kepada individu masing-masing. Bagi keluarganya, ibu dan ayah sangat mementingkan bidang akademik. Disebabkan itu jugalah antara satu amanah janji ayah kepada arwah ibunya untuk menjaga pelajaran Nana dan adik-adik.
“Sekarang ni pun ramai yang membabitkan diri dalam industri seni. Kalau nak buat sesuatu dalam hidup, just do it with passion. Buktikan kepada keluarga yang kita boleh berjaya dan bukannya hanya cakap kosong atau menyimpan angan sahaja,”
Berkongsi rahsia kecemerlangan akademik beliau, Nana mengakui bahawa sejujurnya tiada rahsia untuk dia mendapatkan keputusan yang baik. Sama seperti pelajar lain, mereka juga busy dengan aktiviti masing-masing. Paling penting, jangan anggap belajar merupakan satu bebanan, sebaliknya kamu perlu rasa ia adalah sebagai satu tanggungjawab yang perlu dilaksanakan.
“Bunyi macam klise, tapi kalau nak berjaya memang perlu study hard, study smart and at the same time bahagikan masa dengan betul,” jelasnya lagi.
REMAJA ucapkan all the best kepada salah seorang personality I AM #RemajaMalaysia kali ini iaitu Nana Sheme!
Semoga terus sukses mencapai cita-cita dan meneruskan perjuangan sebagai seorang anak seni.