Hanya dengan sekali lafaz, pemain badminton beregu negara, Nur Izzuddin selamat bergelar suami kepada wanita pilihannya yang dikenali sebagai Mawar Mutiara, pada Jumaat.
Pasangan merpati dua sejoli itu dinikah oleh jurunikah yang dilantik dengan berwalikan bapa pengantin perempuan iaitu Abdul Razak.
Pada majlis yang berlangsung sederhana itu, Izzuddin menyerahkan mas kahwin bernilai RM300 buat pilihan hatinya itu.
Selain itu, Izzudin dan isteri turut dilihat tampil kacak dan cantik mengenakan busana sedondon berwarna putih.
Dalam pada itu, menerusi Instastory milik pengantin perempuan, dia dilihat memuat naik foto menggenggam tangan Izzuddin berserta kapsyen ‘assalamualaikum suami’.
Terdahulu, ketampanan wajah pemain badminton berusia 25 tahun itu menjadi bualan ramai sehingga tular dalam media sosial.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram , Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.