“Pernikahan Dilaksanakan Dalam Rahsia..” HANNAH DELISHA Sudah Setahun Berkahwin?

Share

 

Tarikh 18 Februari 2021 disangkakan sebagai tarikh bahagia Hannah Delisha, 25 setelah selamat diijab kabulkan dengan pasangannya, Imam Shah, 32 di sebuah hotel di Singapura.

Berita tersebut meledak tular setelah Hannah dan Imam masing-masing memuat naik foto pernikahan di akaun Instagram mereka dengan kapsyen Hannah berbunyi, “Akhirnya selepas lima tahun, Alhamdulillah. Saya cintakan awak. #ImamPadaHannah”

Sumber Foto: Instagram

Pengurus Hannah turut memaklumkan pada tarikh tersebut bahawa Hannah telah bernikah dan mengakui Hannah sebagai seorang yang sangat menjaga privasinya.

Dia mengiyakan berita kononnya mereka telah merancang untuk disatukan sejak lima tahun lepas lagi. “Majlis berkenaan ringkas, kecil dan hanya dihadiri keluarga terdekat saja. Cuma saya tidak boleh kongsi lebih lanjut kerana pihak pengurusan tidak terbabit dalam perkara ini. Kami juga dimaklumkan mengenai majlis nikah pada hari ini.”

Pihak pengurusan dikatakan tidak dapat ke Singapura kerana kekangan wabak COVID-19 yang menghalang perjalanan merentas tambak.

ARTIKEL BERKAITAN“Finally, After 5 Years…”,Hannah Delisha Selamat Bernikah Dengan Pilihan Hati – REMAJA

Sumber Foto: Instagram

Tidak sampai sebulan kemudian, timbul pula ura-ura yang tidak enak mengenai persatuan pasangan serba sweet ini.

Menerusi perkongsian ibu kepada Hannah iaitu Noor Ashikin, pernikahan tersebut telahpun “dilaksanakan secara rahsia” dan berkata ia tidak direstui olehnya sendiri.

Dalam posting dengan kapsyen berkias, penyanyi era 80-an itu berkata,

Apabila dewasa Sang anak bercinta.

Cinta yang datang dengan al kisahnya.

Terjadi suatu yang membelenggu, maka itu tiada restu.

Sang ibu membawa diri, fitnah dan tohmah silih berganti.

Salah siapa bukan inti, salah sendiri menjadi paksi.

Allah sentiasa menyaksi.

Pernikahan dilaksanakan dalam rahsia, ditutupi pula dengan media.

Muat naik ini telahpun diulang di platform Facebook dan Instagram Noor Asyikin.

 

Kantoi Berkahwin Tahun Lalu?

Terbaru, timbul pula soal kononnya majlis pernikahan Hannah dan imam sebenarnya telah dilangsungkan pada bulan Februari tahun 2020 dan hanya diberitahu kepada semua orang pada bulan Februari 2021.

Ura-ura kononnya Hannah dan Imam merahsiakan perkahwinan sepanjang tempoh setahun ini timbul apabila warganet membezakan beberapa keping foto yang diambil di pelamin pernikahan mereka.

Mereka membandingkan foto pernikahan yang dimuat naik oleh ibu Imam Shah, @mariana_yati dengan foto pelakon, Eleena Sui di atas pelamin yang dimuat naik pada 19 Februari 2020.

Sumber Foto: Instagram

Dalam kedua-dua foto ini, Eleena dilihat menyarungkan gaun rekaan Alia Bastamam yang sama, di atas pelamin yang sama.

Perbandingan ini menguatkan spekulasi Hannah sememangnya telah merahsiakan pernikahan tersebut sepanjang setahun lepas.

Sumber Foto: Instagram

Bukanlah niat sesiapa rasanya untuk membuka rahsia keluarga Hannah dan Imam.

Bagaimanapun sebagai seorang personaliti yang diminati ramai, peminat pastinya inginkan penjelasan mengenai isu berbangkit ini agar tiada siapa yang tertanya-tanya mengenai soal peribadi mereka lagi selepas ini.

BACA LAGI : Hannah Delisha Cantik Hiasi Kempen Baru Naelofar 

Published by
FZ