Akibat tidak penuhi salah satu rukun nikah, perkahwinan pasangan penyanyi Indonesia terkenal ini diputuskan tidak sah oleh Pengadilan Agama Jakarta Selatan.
Menurut portal Kapan Lagi, jurucakap Pengadilan Agama Jakarta Selatan, H. Suryana berkata, wali yang menikahkan pasangan ini bukan wali yang berhak dan itulah yang menjadi sebab pihak majlis hakim mengambil keputusan tersebut.
“Dari hasil pemeriksaan, majlis hakim mengambil keputusan pernikahan yang dilaksanakan mendapati salah satu rukun nikah tidak terpenuhi.
“Salah satunya adalah wali yang menikahkan mereka bukan wali yang berhak,” katanya kepada media, hari ini.
Menurut Suryana, wali nikah yang menikahkan Rizky dengan Mahalini adalah seorang ustaz, tetapi pemilihan individu terbabit bertentangan peraturan ditetapkan dalam undang-undang.
Ads
“Setelah dia (Mahalini) mualaf kemudian bernikah, secara automatik memang orang tua pengantin perempuan juga bukan muslim, di situ bererti walinya bukan orang tuanya
“Dalam persidangan ditemukan fakta ternyata yang menikahkannya adalah seorang ustaz dan dia menikahkan dengan menamakan dirinya sebagai wali hakim,” ujarnya.
Menurut Suryana lagi, berdasarkan peraturan Menteri Agama Nombor 30 Tahun 2005, wali hakim yang sah adalah pihak yang persetujui Menteri Agama dan didelegasikan pelaksanaannya oleh ketua setempat.
Ads
Dua Jenis Wali
Menurut Undang-Undang Perkahwinan di Indonesia, wali dalam pernikahan terbahagi kepada dua jenis, yakni wali nasab dan wali hakim iaitu wali nasab adalah wali yang memiliki hubungan saudara dengan mempelai perempuan.
Wali hakim pula digunakan dalam kes tertentu seperti pengantin perempuan tidak memiliki wali nasab atau wali nasab tidak diketahui keberadaannya.
Namun, dalam kasus Rizky dan Mahalini, majlis hakim menemukan bahawa proses pengangkatan wali hakim tidak memenuhi kriteria undang-undang.
“Hal ini yang menjadi dasar keputusan bahawa pernikahan mereka tidak sah secara hukum,” ulasnya.
Ads
Suryana menjelaskan, menegaskan keputusan pengadilan dilakukan mengikut prosedur undang-undang iaitu fakta persidangan dan aturan perundangan sedia ada.
Nikah Sekali Lagi
Kini Rizky Febian dan Mahalini harus mengikuti langkah berikutnya sama ada membuat semakan semula atau menjalani proses pernikahan sekali lagi mengikut ketetapan perundangan.
Terdahulu, pasangan terbabit bernikah pada awal pagi Jumaat pada 10 Mei lalu di Hotel Raffles, Jakarta, manakala resepsi berlangsung di hotel sama sebelah malamnya. Untuk info, Mahalini yang berasal dari Bali dan beragama Hindu memeluk agma Islam sebelum mereka berkahwin.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram & TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Pandemik Covid-19 terus menjadi punca kematian tertinggi di dunia.
Terbaru bekas presiden India, Pranab Mukherjee menjadi mangsa apabila beliau dilaporkan meninggal dunia selepas 21 hari disahkan positive virus COVID-19.
Menerusi laporan berita AP, beliau dikesan dijangkiti virus tersebut ketika dimasukkan ke hospital kerana menjalani pembedahan untuk membuang darah beku diotaknya.
Kematian tokoh politik India itu disahkan sendiri oleh anakya Abhijit menerusi satu ciapan di akaun Twitternya.
Mendiang yang berusia 84 tahun merupakan Presiden India dari tahun 2012 hingga 2017. Sebelum memegang jawatan sebagai Presiden beliau pernah menjawat jawatan sebagai Menteri Pertahan, Kewangan dan Hal Ehwal Luar Negeri.
Mukherjee pernah dianugerahkan dengan gelaran Bharat Ratna pingat penghormatan awam tertinggi India pada tahun 2019. Beliau meninggalkan dua orang anak lelaki dan seorang anak perempuan, manakala isterinya telah meninggal dunia pada tahun 2015.
***P/S : Untuk Remaja semua sentiasalah menjaga penjarakan sosial dan mengenakan topeng muka ketika berada di luar rumah. Prihatin dengan keadaan sekeliling.
Insya-Allah kita berjaya menhadapi pandemik COVID-19 dengan baik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Selebriti media sosial yang sedang tular dengan kandungan video cabaran ‘babi air’ di YouTube, Aisar Khaled telah pun membuat permohonan maaf kepada masyarakat Malaysia dan berjanji tidak akan mengulangi kesilapannya itu.
Aisar ketika dihubungi REMAJA pada hari ini menjelaskan bahawa video yang dirakam itu bukanlah semata-mata inginkan perhatian atau untuk dijadikan bahan viral. Malah Aisar sendiri tidak menjangkakan bahawa perbuatannya itu akan mendapat reaksi warganet sehingga ke tahap ini.
“Pertama sekali, Aisar memang ingin memohon maaf kepada masyarakat Malaysia dengan apa yang terjadi ini. Basically, saya buat video tersebut pun disebabkan topik babi air sedang trending di media sosial.
“Jadi, saya buat keputusan untuk melakukan cabaran video terrsebut tanpa berfikir dahulu baik dan buruknya. Saya mengaku, itu memang kesalahan saya.
“Setiap YouTubers selalu akan ‘menangkap’ perkara-perkara yang sedang viral untuk dijadikan content. Namun, silap saya di sini kerana tidak berfikir tentang implikasinya.
“Saya juga tidak sangka video tersebut mendapat perhatian ramai dan selepas ini akan lebih berhati-hati dalam mencari content,” jelas Aisar. Tinjauan REMAJA terhadap video yang masih ada di akaun Aisar Khaled itu menunjukkan jumlah ‘unlike’ telah meningkat ke 43 ribu berbanding 12 ribu like yang diterimanya.
Menurut Aisar lagi, dia reda dengan kecaman yang dilemparkan warganet dan cuba untuk berfikiran positif.
“Bagi saya, biasalah kalau dikecam, memang saya perlu menanggung akibatnya. Nak tak nak, memang saya kena hadap cacian mereka. Saya tidak marah kepada mereka, sebaliknya menjadikan ini sebagai pengajaran hidup,”
“Dari segi kerja pula, Alhamdulillah semuanya masih berjalan lancar. Klien pun nampaknya faham dan situasi ini tidak memberi kesan untuk kerja saya. Cuma selepas ini, saya akan lebih berhati-hati dan berfikir dahulu sebelum membuat keputusan.”
“InsyaAllah rezeki masih luas di luar sana. Saya akan tetap meneruskan kerjaya saya dalam industri hiburan.
“Saya berharap kesilapan ini dapat memberikan semangat untuk saya terus berusaha dengan lebih gigih,” tambahnya.
Apa-apa pun kami ucapkan selamat maju jaya buat Aisar dan semoga terus kuat untuk menghadapi dugaan sebagai individu yang dikenali.
Masih jauh lagi perjalanan Aisar dalam industri seni ini dan ada banyak lagi cabaran yang perlu ditempuh. Anggaplah ini sebagai ujian sebelum menjadi orang yang berjaya. Paling penting, jangan ulangi kesilapan yang sama dan sama-samalah kita menjadi individu yang lebih baik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Buat pelajar Universiti Malaya (UM) yang bakal kembali ke kampus pada Oktober ini, MR D.I.Y berbesar hati untuk menyumbangkan sebanyak RM300 kepada setiap pelajar bagi membantu mereka membeli barangan keperluan untuk kembali meneruskan pengajian di kampus.
Bantuan tunai ini akan diberikan kepada pelajar melalui Touch n Go eWallet mereka dalam tiga kali bayaran sebanyak RM100 setiap kali pada 1 dan 30 November, dan 30 Disember. Ini antara usaha samaTouch n Go melalui platform eWalletnya dalam program #DIY4UM.
Selain itu, para pelajar juga bakal menikmati promosi pulangan tunai eksklusif sebanyak RM10 apabila mereka membuat perbelanjaan minimum sebanyak RM20 di cawangan-cawangan MR D.I.Y Group, platform e-dagang www.mr.diy.com.my atau melalui mini program MR D.I.Y yang didapati pada Touch ‘n Go eWallet.
Semua pelajar Universiti Malaya boleh membuat pendaftaran secara online melalui Portal Maya UM bermula 3 Oktober ini dan mengesahkan bahawa mereka telah mempunyai akaun Touch N Go eWallet.
Ha, untuk pelajar UM semua jangan lepaskan peluang bantuan ini dan untuk maklumat lanjut korang boleh layari laman web rasmi MR D.I.Y.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Walaupun baru sahaja membuat persembahan bertenaga sehingga mencuri perhatian para penonton di Coachella 2025, Lisa BLACKPINK membuat keputusan mengejutkan apabila menolak jemputan untuk tampil...